Now Reading
Ini Langkah Perlu Diambil Jika Pasport Rosak Atau Basah Terkena Air

Ini Langkah Perlu Diambil Jika Pasport Rosak Atau Basah Terkena Air

Antara kerosakan yang menyebabkan pasport tidak diterima di imigresen adalah basah, terkoyak dan gambar pudar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila nak berkunjung ke luar negara, mestilah pasport wajib dibawa sekali. Kalau tak ada, nak keluar sempadan Malaysia pun tak boleh tau.

Selalunya pasport akan menjadi benda pertama yang orang sediakan bila nak berjalan ke luar negara, di samping dokumen penting lain seperti visa.

Namun kadangkala lagi beberapa hari nak bertolak, barulah tersedar ada kerosakan pada pasport macam air tertumpah dan sebagainya.

Jadi, apa yang perlu anda lakukan? Boleh guna sahaja pasport tersebut atau kena buat baru?

Baca Artikel Berkaitan: Impian Ibu Nak Bawa Anak-anak Bercuti Naik Kapal Hancur Kerana Lupa ‘Renew’ Pasport

Baca Artikel Berkaitan: Masih Ada Yang Tak Tahu, Lelaki Kongsi Tips & Pengalaman Buat Pasport Di KLIA

Baca Artikel Berkaitan:  “Patutlah Mahal” – Orang Ramai Terpesona Lihat Corak ‘Rahsia’ Dalam Pasport Malaysia 

Wanita Kongsi Langkah Tukar Pasport Yang Rosak Terkena Kencing Kucing

Itulah yang dikongsikan oleh seorang wanita menerusi hantaran di Threads (@mijamiejoo) apabila pasport miliknya basah akibat terkena kencing si bulus!

Katanya, dia meninggalkan pasport di atas meja kerana baru pulang dari bercuti di luar negara.

Namun kucing peliharaannya tiba-tiba kencing di atas meja sehingga terkena pada pasport tersebut.

“Nak dijadikan cerita passport memang basah. Tapi tak semua page pun basah. Dalam hati tertanya-tanya lepas ke nak keluar negara. Lagi 10 hari nak fly next trip,” katanya.

Pasport Rosak Perlu Diganti, Laporkan Pada Pegawai Imigresen

Risau dengan keadaan itu, wanita tersebut mengambil keputusan untuk bertanyakan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia jika pasportnya masih boleh digunakan untuk ke luar negara.

Dia diberitahu bahawa pasport dengan kesan basah itu berkemungkinan menyebabkan masalah ketika perjalanan dan diminta untuk melaporkan situasi tersebut kepada pegawai.

Wanita itu kemudiannya telah ke pejabat imigresen di Jalan Duta pada waktu perjabat untuk bertemu dengan pegawai terbabit.

“Sekali kena isi borang, ada beberapa soalan yang dia tanya. Terus mengaku sebenarnya anak kucing saya kencing kat situ,” katanya.

Beberapa Dokumen Diperlukan Bagi Tujuan Permohonan Gantian Pasport

Berdasarkan kepada borang yang dikongsikan olehnya, antara soalan yang ditanya adalah bila kali terakhir pasport digunakan dan bagaimana kerosakan terjadi yang perlu diterangkan secara terperinci.

Dia juga perlu memerincikan jenis kehilangan atau kerosakan yang berlaku. Di ruangan balas, dia berkata telah menyatakan kerosakan pasport akibat terkena kencing kucing sebagai ‘bencana alam’.

Selain borang tersebut, pemohon juga perlu mengemukakan salinan dokumen lain termasuk kad pengenalan dan muka depan pasport.

Sumber gambar: Threads @mijamiejoo

Wanita itu berkata dia perlu menunggu sekitar lima hari waktu bekerja untuk mendapatkan pasport baharu dan mengingatkan orang ramai agar menyemak pasport dengan awal sebelum hendak ke luar negara.

Tambahnya lagi, dia dikenakan bayaran sebanyak RM400 yang merangkumi RM200 sebagai denda dan RM200 lagi bagi mendapatkan pasport baharu.

Dalam pada itu, dia turut memuji pegawai-pegawai yang banyak membantu.

View on Threads

Basah & Conteng Antara Kerosakan Pada Pasport Yang Tidak Dibenarkan

Jika dilihat pada gambar pasport yang dikongsikan, tidaklah begitu teruk kerosakan yang berlaku dan hanya kelihatan bekas basah.

Wanita itu turut menjelaskan bahawa kenalannya juga perlu membuat pasport baharu apabila rosak akibat terkena dakwat pen pada bahagian bawah pasport.

“Nampak macam biasa je kan? Tapi kalau careless macam ni burn la duit korang. Lepas tu akan menyusahkan kita masa kat airport nanti, silap-silap tak boleh fly,” katanya.  

Sebagai info, antara kerosakan pada pasport yang akan menyebabkan dokumen berkenaan tidak diterima di bahagian imigresen termasuk:

  • Basah
  • Diconteng
  • Terkoyak
  • Terbakar
  • Dimakan anai-anai atau serangga
  • Gambar pudar atau luntur
  • Butiran dalam pasport dipinda

Suami Isteri Kerugian RM16,000 Kerana Percutian Ke Luar Negara Dibatalkan Akibat Pasport Basah

Mujur wanita tersebut menyedari pasportnya rosak agak awal sebelum penerbangan! Sempat juga dia mohon pasport baharu.

Namun sepasang suami isteri sebelum ini kurang bernasib baik apabila percutian mereka ke Turkiye untuk berbulan madu terpaksa dibatalkan kerana pasport suami basah.

Difahamkan kerosakan itu berlaku akibat terkena hujan sewaktu tiba di kastam Singapura ketika berulang-alik bagi urusan kerja.

Pasport itu bagaimanapun masih boleh digunakan ketika di imigresen Singapura kerana menggunakan mesin automatik.

Situasi itu membuatkan mereka kerugian RM16,000 yang telah dibelanjakan untuk bercuti ke Turkiye secara berkumpulan di bawah agensi.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gara-gara Pasport Basah, Plan Bulan Madu Di Turki Kena ‘Cancel’ & Rugi RM16K

Langkah-Langkah Jika Baru Tersedar Pasport Tamat Tempoh Pada Hari Penerbangan

Selain kerosakan pada pasport, ada juga situasi di mana individu hanya menyedari dokumen itu telah luput pada hari sama bagi penerbangan.

Jika ini berlaku kepada anda, lakukan langkah-langkah ini agar berpeluang mendapatkan pasport baharu:

  1. Bawa pasport lama, itinerari penerbangan dan gambar pasport dalam bentuk soft copy.
  2. Terus pergi ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) berdekatan.
  3. Terangkan situasi anda kepada staf UTC yang bertugas dan semuanya terletak pada budi bicara mereka.

Selepas menerima pasport baharu, jangan lupa kemas kini maklumat terkini dengan pihak penerbangan.

Diingatkan juga bahawa anda masih boleh meneruskan penerbangan dengan pasport baharu walaupun pembelian tiket dilakukan menggunakan nombor pasport lama.

Baca Artikel Berkaitan: Nak Travel Tapi Baru Sedar Pasport ‘Expired’? Ini Apa Yang Anda Perlu Lakukan

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Langkah Yang Perlu Dilakukan Jika Hilang Pasport Di Luar Negara


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

    Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

    © 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd