[Video] Aksi Si Kecil Selamba Main Dengan Serbuk Matcha Bikin Ramai Terpinga
Menurut si ibu, dia menyedari anak perempuannya bermain dengan serbuk matcha ketika mahu membuat minuman tersebut di dapur.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila sebut tentang kanak-kanak, pasti ibu bapa akan terus terfikir ragam dan telatah mereka yang comel serta suka bermain pada usia mereka yang kecil.
Namun kadangkala, perangai mereka yang tidak terduga itu juga boleh membuatkan penjaga tergamam. Seperti sebelum ini, seorang anak perempuan membuat ramai terhibur selepas dia menaburkan beras di dapur hanya kerana merajuk dengan ibunya.
Difahamkan, anak sulung tersebut meragam kerana tidak mendapat perhatian penuh selepas dia melahirkan anak kedua.
Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Anak Sulung Tabur Beras Kerana Merajuk Dapat Adik Baru Buat Ramai Terhibur
Baca Artikel Berkaitan: “Hampir Jadi Cucur” – Gelagat Si Kecil Main Tepung Di Dapur Buat Ramai Geli Hati
Baca Artikel Berkaitan: Ibu Pasrah, Anak Masukkan Sirap Dalam Lauk Lemak Labu Buat Ramai Geli Hati [Video]
Ibu Terkejut Serbuk Matcha Berselerak Di Dapur
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@hiruup.co) apabila seorang ibu berkongsi gelagat si kecil yang bermain berseorangan di dapur.
Kebiasaannya, kita akan dengar kanak-kanak menghiburkan diri mereka dengan bermain beras atau tepung seperti video tular terdahulu. Namun lain pula kali ini, apabila anak perempuan itu dilihat bermain dengan serbuk yang laku keras di pasaran sekarang iaitu matcha.
Menerusi klip perkongsian, kelihatan si kecil sedang santai duduk bersila di atas meja sambil dikelilingi serbuk hijau merata tempat.
Perkara tersebut membuatkan ibunya tidak terkata seolah-olah susah untuk melihat kejadian yang berlaku di depan mata.
“Mommy sumpah tak tahu nak bagi reaksi macam mana. Speechless sampai 2-3 kali fikir. Betul ke ni, sumpah la dik,” kata si ibu.
Si Ibu Sedar Apabila Nak Buat Minuman Matcha Coconut Di Dapur
Menurut ibu berkenaan, dia belajar dari kesilapan dan tidak akan membiarkan anak kecil bermain sendirian dengan serbuk matcha lagi selepas ini.
“Saya pergi dapur nak ambil air kelapa dalam peti ais sebab nak buat matcha coconut. Macam mana dia lagi laju dari saya🥹. Menangis sebab ye la, nampak anak nak membesar nak marah tak boleh. Salah sendiri, jadikan pengajaran.
“Sedih sebab matcha sekarang susah dapat, kena berebut la. Kena tunggu berminggu-minggu. Jadi beli yang ni untuk siap sedia untuk booth (jual) nanti,” katanya.
@hiruup.co I pergi dapur nak amik air coconut dlm fridge sbb nk buat matcha coconut. How dia lagi laju dari I 🥹 Menangiss sbb ye la nangis Je nampakk anak nak membesar nak marah tk boleh. Salah sendiri lesson learned… Dia sedih sbb matcha now susah dapat kend battle la, kena tunggu berminggu minggu. so this one i beli utk standby for booth nnt. Moga dgn asbab kesabaran ni Allah gantikan dgn supplier bg greenlight "Ok i boleh bagi u 10 pack" aaminn. Korang aaminkan sama sama eh 🥹
♬ Jet2 Advert – ✈️A7-BBH | MAN 🇬🇧
Tonton video penuh [DI SINI].
Perkara yang membuatkan ibu tersebut lebih tergamam adalah kerana serbuk itu terbazir begitu sahaja dalam krisis kekurangan matcha seluruh dunia ketika ini.

Ramai Turut Terkejut Lihat Sebuk Matcha Premium Yang Terbazir
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi melihat serbuk matcha yang bertaburan. Segelintir peminat matcha tidak senang duduk melihat serbuk kegemaran mereka itu berselerak atas meja.
“Pasir paling mahal ni dik oi,” kata seorang wanita.
“Kak gugur jantung saya kak,” tambah seorang lagi pengguna TikTok.
Malah ada warganet yang mahu husnuzon dengan mengatakan serbuk berkenaan boleh dikutip semula.
Sementara itu, ada juga individu sempat berjenaka melihat si kecil tenang bermain dengan serbuk matcha yang mahal.
“Hampir nak jadi Shrek tu,” kata seorang netizen.






Punca Kenapa Serbuk Matcha Semakin Mahal Di Pasaran
Terdahulu jenama matcha Forest Cloud, mendedahkan bahawa sedang berlakunya krisis kekurangan stok matcha seluruh dunia termasuk juga di Jepun pada ketika ini.
Gelombang haba, kemarau, dan taburan hujan yang tidak konsisten telah menyebabkan kekurangan penghasilan teh hijau. Oleh disebabkan itu, penghasilan matcha menurun sehingga 40% di wilayah Jepun tertentu.
Khususnya di Jepun, pengilang membida matcha dengan harga tinggi bagi mendapatkan stok sehingga menyebabkan harga rantaian matcha meningkat termasuk di Malaysia.
Baca Artikel Berkaitan: “Dia Pakai Susu Unta Ke?” – Lelaki Kagum Dengan Rasa Matcha Latte Di Mekah
Baca Artikel Berkaitan: “Lambat & Tak Teratur” – Ahli Farmasi Kongsi Matcha Boleh Jadi Penyebab Period Tak Stabil
Baca Artikel Berkaitan: Tak Suka Kopi? Jom Cuba 5 Minuman Matcha Jenama Lokal Sekitar Lembah Klang
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



