“Haiwan Pun Tahu Peraturan” – 3 Ekor Anjing Lintas Jalan Di Zebra Crossing Raih Perhatian
Tiga ekor anjing itu menggunakan lintasan zebra di persimpangan lampu isyarat dipercayai sekitar Wangsa Walk Mall.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui jalan raya merupakan satu lokasi yang bahaya dan ada risiko perkara buruk berlaku sebagai contoh kemalangan sekiranya tidak berwaspada.
Oleh disebabkan itu, adalah penting bagi setiap individu menitikberatkan undang-undang yang sudah ditetapkan pihak berkuasa agar keselamatan terjamin.
Antara kes pengabaian peraturan jalan raya yang kerap kali berlaku di kalangan pejalan kaki adalah tidak menggunakan lintasan zebra (zebra crossing) khususnya di lokasi trafik sesak.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pejalan Kaki Kongsi Sikap Pemandu & Rider Tidak Beri Laluan Di Lintasan Zebra
Baca Artikel Berkaitan: “Hormati Zebra Crossing” – Rider Ingatkan Orang Ramai Beri Laluan Kepada Pejalan Kaki
Baca Artikel Berkaitan: “Sangat Bahaya” – Mat Saleh Persoal Ada Rider Di KL Guna Laluan Pejalan Kaki [Video]
3 Anjing Jalanan Melintas Di Zebra Crossing
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Jessamine Trisha berkongsi satu situasi menyentuh hati yang berlaku di sebuah persimpangan lampu isyarat dipercayai sekitar Wangsa Walk Mall.
Menerusi rakaman dashcam kereta tersebut, kelihatan kenderaan di laluan Jessamine sedang berhenti semasa lampu isyarat merah. Perkara yang mengejutkan adalah apabila seekor anjing melintasi jalan terbabit menggunakan lintasan zebra.
Sebelum melintas, haiwan berbulu tersebut berhenti dahulu dan memerhatikan trafik sebelum bergerak ke laluan bertentangan.
Tidak lama selepas itu, dua ekor anjing lain dipercayai dari kawanan yang sama juga dilihat melintas pada kemudahan disediakan bersama seorang pejalan kaki.
“Bijaknya tiga ketul ni lintas jalan dekat zebra crossing line?! Bapak comel 😭,”kata Jessamine di ruangan kapsyen.
View on Threads
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Anjing Lintas Di Zebra Crossing
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai turut memberikan reaksi yang lebih kurang sama seperti Jessamine.
Ada juga yang berkata anjing ini lebih pandai daripada segelintir pejalan kaki yang tidak menggunakan lintasan zebra.
“Anjing haiwan pun tahu peraturan kita yang ada akal ni. Malas jalan dekat lintasan zebra,” kata seorang netizen.
Tambah seorang individu, anjing merupakan antara haiwan yang bijak menggunakan fasiliti di jalan raya.
“Saya rasa kebanyakan anjing di serata tempat pandai lintas jalan bila lampu merah. Ada sikit je yang gelabah semasa nak lintas. Kucing pulak kebanyakan kalut lintas sebab tu banyak kucing kena langgar berbanding anjing,” ujar seorang lelaki.
Sementara itu, segelintir individu turut berkata anjing tersebut tidak mengganggu orang lain yang berada di kawasan sekitar.
“Anjing kawasan sini setakat ni pandai-pandai. Kalau joging lalu sebelah pun diorang tak kacau,” kata seorang pengguna Threads.



Info Tentang Lintasan Zebra Warna Putih & Kuning
Sebelum ini, Bekas Ahli Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Shahrin Tamrin memaklumkan bahawa setiap kenderaan wajib berhenti di lintasan zebra belang kuning dan putih sekiranya melihat ada individu yang mahu melintas.
Jelas Shahrin, tanggapan orang ramai bahawa peranan kedua-dua jenis lintasan zebra berbeza adalah tidak benar.
“Adalah tidak benar bahawa warna zebra crossing menentukan siapa berhenti dulu atau siapa boleh gerak dahulu. Ini adalah tanggapan salah yang telah lama berlaku di media sosial.
“Yang sebenarnya, pemandu dan penunggang kenderaan wajib berhenti dan beri keutamaan kepada pejalan kaki tidak mengira warna,” kata beliau.

Boleh Dikenakan Saman Jika Abaikan Zebra Crossing
Dalam sesetengah kes, pengguna jalan raya bukannya sengaja tidak menggunakan zebra crossing tetapi disebabkan kenderaan yang memandu laju sehingga tidak berhenti semasa melihat ada orang lain mahu melintas.
Untuk info, pengguna jalan raya yang ingkar dan mengabaikan undang-undang termasuk tanda zebra crossing adalah satu kesalahan.
Jika didapati bersalah, anda boleh dikenakan tindakan saman mengikut Seksyen 78 Akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987.
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Tegur Ramai Yang Abaikan ‘Zebra Crossing’, Ini Fakta Yang Patut Korang Tahu! [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.