Now Reading
Kes Cabul Budak: Pengakuan Kanak-kanak Tanpa Bukti Sudah Cukup Kuat Untuk Sabitkan Pelaku

Kes Cabul Budak: Pengakuan Kanak-kanak Tanpa Bukti Sudah Cukup Kuat Untuk Sabitkan Pelaku

Menurut peguam Mahmud Jumaat, perkara ini merupakan satu keistimewaan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Walaupun dengan pelbagai akta yang telah diwujudkan, malangnya kes jenayah seksual masih kerap berlaku dalam kalangan masyarakat dalam negara.

Lebih teruk lagi apabila kes penganiayaan seksual berlaku terhadap kanak-kanak bawah umur yang sepatutnya dilindungi oleh komuniti.

Terbaharu, tular apabila satu kes cabul kanak-kanak yang dilaporkan kepada pihak berkuasa telah dikategorikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Baca Artikel Berkaitan: Guru Sekolah Rendah Didakwa Cabul 2 Murid Dalam ‘Rumah Hantu’

Baca Artikel Berkaitan: Bomoh Cabul Remaja 4 Kali Konon Hilangkan ‘Pendamping’ Dipenjara 50 Tahun

Baca Artikel Berkaitan: Tular Lelaki Didakwa Cuba ‘Rogol’ Budak Perempuan Tengah Solat Dalam Masjid

Peguam Jelaskan Tentang Kes Cabul Kanak-Kanak Yang Tular

Menerusi hantaran di TikTok, peguam Mahmud Jumaat, menerangkan tentang satu insiden cabul kanak-kanak yang tular di media sosial baru-baru ini.

Dia menunjukkan rakaman video pendek yang menyaksikan seorang lelaki bukan warganegara mengaku bersalah apabila ditanya jika dia telah memegang seorang kanak-kanak.

Menurut Mahmud, insiden itu berlaku di sebuah pasar raya dan lelaki tersebut bertindak sedemikian atas alasan merindui anaknya.

Tambahnya disebabkan oleh pengakuan yang dibuat, ayah kepada kanak-kanak tersebut telah bertindak menampar pelaku dan membawanya ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Kes cabul kanak-kanak itu bagaimanapun telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut atau NFA (no further action).

Sebaliknya, Mahmud berkata bapa kepada mangsa pula yang akan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mendatangkan kecederaan dengan sengaja.

Dalam masa sama, dia juga akan disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 disebabkan video terbabit telah tersebar.

Pengakuan Daripada Kanak-Kanak Cukup Untuk Sabitkan Pelaku Jenayah Seksual

Mahmud menegaskan bagi kesalahan seksual terhadap kanak-kanak, pengakuan daripada kanak-kanak terbabit sudah cukup untuk menyabitkan pelaku dengan kes terbabit.

“Bawah undang-undang, keberanian kanak-kanak untuk membuat aduan dan juga laporan, serta memberi keterangan berkenaan dengan kes seksual sudah memadai untuk dilihat adanya kes cabul berkemungkinan berlaku dalam kes ini,” jelasnya.

Katanya di bawah Seksyen 18 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, keterangan tanpa sokongan yang diberikan oleh kanak-kanak dengan sumpah boleh digunakan untuk mahkamah menyabitkan pelaku bagi suatu kesalahan.

Sumber: Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017

Tambah Mahmud, masih ramai yang belum cakna dengan seksyen di atas. Dia menyifatkan seksyen berkenaan sebagai satu keistimewaan di bawah akta tersebut.

“Mangsa kanak-kanak, yang mana keterangan kanak-kanak sangat kuat tanpa perlu sebarang bukti untuk menyokong keterangan tersebut,” ujarnya.

Keputusan NFA Untuk Kes Cabul Boleh Jadi Punca Ramai Mangsa Tidak Buat Laporan

Mengulas tentang kes cabul kanak-kanak yang NFA, Mahmud berpendapat sekiranya keputusan tersebut diberikan lebih ramai mangsa seksual yang tidak akan tampil membuat laporan.

Ini kerana mereka mungkin khuatir bahawa pihak polis akan meminta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi membuktikan jenayah seksual telah berlaku.

Sebaliknya pihak keluarga yang memukul pelaku dan diambil tindakan menambahkan lagi tekanan kepada mangsa untuk melakukan aduan.

Dalam pada itu, Mahmud bermohon agar siasatan semula kes terbabit dipertimbangkan.

“Kecewa hati saya sebagai seorang ayah sekiranya kes ini tidak disiasat sebab tiada CCTV ataupun bukti untuk membuktikan bahawa kanak-kanak tersebut telah dicabul,” katanya.

@mahmudjumaat Jangan bagi orang luar sentuh anak kita sesuka hati! #CapCut #fypage #viral #fyppppppppppppppppppppppp #mj ♬ Painful, sad song, BGM(1295262) – syummacha

Tonton video penuh [DI SINI].

Laporan Polis Terhadap Kes Cabul Telah Dibuat Pada 12 Mac Lalu

Terdahulu, tular video di media sosial yang menyaksikan kejadian lelaki warga Bangladesh yang didakwa mencabul seorang kanak-kanak perempuan.

Sehubungan itu, pihak polis meminta saksi kejadian agar tampil membantu siasatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, semakan mendapati laporan polis telah dibuat pada 12 Mac lalu oleh seorang lelaki berusia 32 tahun, mendakwa anak perempuannya yang berusia sembilan tahun dicabul seorang pekerja sebuah kedai serbaneka di Kajang.

“Kejadian cabul dipercayai berlaku 27 Februari lalu. Laporan dibuat dua minggu kemudian selepas mangsa menceritakan kejadian kepada pengadu pada 11 Mac,” kata Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Saksi kejadian kes ini masih dikesan bagi membantu siasatan memandangkan tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian,” katanya.

Beliau meminta individu dengan sebarang maklumat agar menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Norfaziana Sirkam di talian 019-5759045 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Baca Artikel Berkaitan: Penganiayaan Seksual Kanak-Kanak Dijana Guna Deepfake AI, Sebabkan Ketagihan Di Kalangan Remaja – PDRM

Baca Artikel Berkaitan: “Sejak Bila Masjid Untuk Lelaki Je?” – Tun Laila Kesal Dakwa Ada Individu Salahkan Budak Dicabul


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd