Now Reading
“Rindu Teringat Dekat Arwah Ayah” – Wanita Ini Sebak Belanja Atuk Duduk Makan Seorang Diri

“Rindu Teringat Dekat Arwah Ayah” – Wanita Ini Sebak Belanja Atuk Duduk Makan Seorang Diri

Wanita itu secara spontan mahu membelanja warga emas berkenaan nasi berlauk dan juga minuman sebaik melihatnya duduk berseorangan di sebuah kedai makan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebenarnya banyak cara untuk kita berbuat baik dengan orang lain. Bukan sahaja dengan berkelakuan sopan, bahkan anda juga boleh menghulurkan bantuan semasa seseorang dalam kesusahan.

Seperti sebelum ini, sebuah keluarga mendapat perhatian warganet selepas mereka bertindak membelanja sekumpulan murid Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungai Besar, guru dan pemandu minuman sejuk ketika terkandas di tepi lebuh raya.

Alhamdulillah, jasa baik itu sedikit sebanyak membuatkan pelajar-pelajar berkenaan gembira kerana dapat melegakan tekak dalam cuaca panas terik.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Pantas Keluarga Sedekah Air Buat Pelajar Terkandas Tepi Lebuh Raya Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: “Serious Best Tak Tipu” – Ramai Terinspirasi Dengan Tindakan Sedekah Makan Buat Gelandangan

Baca Artikel Berkaitan: “Baik Dia Kongsi Rezeki” – Pelakon Remaja Belanja Keluarga Makan Lepas Dapat Gaji Raih Pujian

Wanita Sedekah Makanan Buat Warga Emas Di Kedai Makan

Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@imynopiess) apabila seorang wanita dikenali sebagai Mya Maisarah berkongsi momen menyentuh hati yang dilaluinya semasa berada di sebuah kedai makan.

Menurut Mya, dia telah berjumpa dengan seorang warga emas yang duduk berseorangan sambil menjamah roti berkrim dan secawan minuman sahaja. Oleh kerana risau warga emas berkenaan masih lapar, wanita itu telah bertindak membeli set nasi berlauk dan menghidangkan di depannya.

Terharu dengan pemberian itu, si datuk kemudiannya mengucapkan terima kasih sambil tersenyum kepada Mya.

“Masa tengah makan satu suap tiba-tiba ternampak atok tu makan sorang-sorang tapi atok tu makan roti dengan air je 😭.

“Lepas tu mama suruh belikan atok tu makanan (sebab risau) atok tu lapar. Lepas je beli makanan dia tu terus (Mya) nangis tak henti dan tersedu-sedu,” kata Mya di ruangan kapsyen.

Situasi Si Atuk Buatkan Wanita Teringat Kepada Arwah Ayah

Situasi tersebut membuatkan Mya tidak dapat menahan sebak kerana dia teringat kepada bapanya. Difahamkan, ayah Mya sudah pun meninggal dunia.

Dalam video sama, kelihatan wanita berkenaan mengalirkan air mati tanpa henti sambil menikmati makanan di depan mata.

“Sebab teringat dekat ayah rindu ayah sangat-sangat. Sekarang memang sensitif sangat kalau tengok orang-orang dah berusia macam ni mesti teringat dekat arwah ayah juga,” kata Mya lagi.

@imynopiess

story nya macam ni mase tgh makan 1 suap tibe ii ternampak atok tu makan sorang sorang tpi atok tu makan roti dgn air je 😭 bagitau mama and mama suruh belikan atok tu makanan mesti atok tu lapar, lepas je beli makanan atok tu terus nangis non stop tersedu sedu 😭 sbb teringat kat ayah rindu ayah sangat sangat 😭😭😭 sekarang mmng sensitive sgt klau tgk org ii dh berusia mcm ni mesti teringat arwah ayah jugak 😭💔 TOLONG DOAKAN ATOK NI TAU 🥹 (teringat arwah ayah) 😔

♬ Ayah – Seventeen

Tonton video penuh [DI SINI].

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Momen Wanita Belanja Atuk Makan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji tindakan baik hati Mya kerana sudi berkongsi rezeki meskipun dengan orang tidak dikenali.

“Tak rugi dik awak buat baik dengan orang. Terima kasih orang baik. Semoga dipermudahkan segala urusan awak dan pakcik tu,” kata seorang pengguna TikTok.

Malah, ramai juga yang meluahkan rasa sebak sama seperti Mya di dalam video.

“Sama la sis. Saya baru kehilangan ayah tahun ni. Setiap kali nampak orang tua memang saya sensitif sekarang, terus teringat ayah saya. Saya rindu ayah saya sangat. Sis bawa saya nangis juga sekarang,” luah seorang wanita.

Sementara itu, seorang wanita yang mengakui anak kepada datuk itu juga sempat mengucapkan terima kasih kepada Mya kerana sifat prihatinnya.

“Saya anak kepada pakcik ni. Terima kasih kerana menyantuni ayah saya. Semoga awak dimewahkan rezeki dan arwah ayah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Kalau nak tahu, dia memang selalu lepak minum dekat situ. Orang sana memang dah kenal dia hehe,” kata si anak.

Sumber: TikTok (@imynopiess)

Baca Artikel Berkaitan: “Hadiah Paling Bermakna” – Warga Emas Titip Doa Buat Pelanggan Borong Semua Aiskrim Dijualnya

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Eksperimen Sosial Lelaki Tak Makan 2 Hari, Ramai Individu Tampil Kongsi Rezeki

Baca Artikel Berkaitan: “Siap Pergi Dusun Kutip Durian” – Aksi Lelaki Masak & Kongsi Rezeki Dengan Roommates Raih Pujian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd