Now Reading
“Ey Gemoknya” – ‘Gurauan’ Individu Ini Terhadap Kenalan Di Media Sosial Undang Perhatian

“Ey Gemoknya” – ‘Gurauan’ Individu Ini Terhadap Kenalan Di Media Sosial Undang Perhatian

Wanita bernama Aqilah itu menerima komen dari individu lain yang mengatakan badannya besar selain mempersoalkan keyakinan wanita berkenaan untuk memuat naik hantaran tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seperti yang kita tahu, setiap individu mampu mendapatkan info dalam sekelip mata sahaja dengan bantuan gajet dan teknologi canggih kini. Bukan itu sahaja, ia turut memudahkan anda untuk berkomunikasi dengan orang lain menerusi alam maya.

Namun begitu, ada juga sesetengah pihak yang menyalahgunakan platform berkenaan. Sebagai contoh mengutuk, membuli, mengejek, berkata kesat dan banyak lagi di media sosial.

Terdahulu, seorang pakar kesihatan mental mendedahkan bahawa individu berani melakukan perkara negatif itu kerana tiada perjumpaan secara bersemuka dengan orang lain yang dimaki.

Baca Artikel Berkaitan: “Kenapa Kejam Sangat” – Pakar Perjelas Punca Warganet Kerap Berkata Kasar Di Media Sosial

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rakyat Indonesia Kecam Tindakan Pendakwah Didakwa Hina Peniaga Air Teh Depan Khalayak Ramai

Baca Artikel Berkaitan: Kes Hina Agong, TMJ & PMX: TikToker Rayyan Wong Bebas Dengan Jaminan Polis

Pengguna Media Sosial Selamba Hina Bentuk Badan Wanita Di Instagram Story

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Alya Aqilah berkongsi satu tangkap layar menunjukkan mesej diterima olehnya di platform Instagram Story.

Kebiasaannya, setiap individu akan menerima balasan yang positif terhadap setiap perkongsian selagi mana ia tidak membawa unsur negatif. Namun lain pula yang dilalui Aqilah apabila seorang individu memperlekehkan video dirinya selepas dimuat naik.

Bukan sahaja menghina bentuk badan Aqilah, bahkan sempat berkata dia hanya bergurau di akhir ayatnya.

“Ey gemuknya. Yakin pula tu nak buat Story (muat naik gambar). Hikhik gurau,” kata pengguna Instagram terbabit.

Wanita Tersinggung Pengguna IG Perlekeh Keadaan Badan

Perkara itu kemudiannya membuatkan Aqilah berasa kecewa dengan tanggapan orang lain terhadap dirinya.

“Saya dah berusaha keras untuk kelihatan baik, tetapi kenapa masih tak sempurna? Apa kurangnya saya? Walaupun sekadar ‘gurau’ tapi hmm…” kata Aqilah

View on Threads

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Individu Suka Hati Ejek Orang Lain

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai mengecam tindakan individu berkenaan kerana dengan selamba mengutuk penampilan individu lain.

“Serius menyampah dengan orang perangai macam tu. Dia dah sakitkan hati orang lepas tu kasi ayat ‘gurau’,” berang seorang netizen.

Malah segelintir warganet turut menyarankan Aqilah untuk menyekat individu terbabit di semua akaun media sosial miliknya.

“Block je. Kalau dia tanya kenapa block? Cakap, ‘Gurau je’,” ujar seorang pengguna Threads.

“Perhatikan sindiran yang diselindung sebagai gurauan. Kawan sendiri pun mungkin cemburu dan tak suka kau. Aku pernah rasa,” kata seorang lagi individu.

Sementara itu, golongan warganet juga tidak terlepas dalam memberi kata semangat kepada Aqilah agar tidak terganggu dengan komen sedemikian.

“Jadi diri sendiri je awak. Jangan dilayan orang macam tu. Awak seorang yang hebat,” kata seorang wanita.

Sumber: Threads (@theaqyla)

Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Hina Agama, Menteri Perpaduan Beri Amaran Henti Gugat Keharmonian Negara

Baca Artikel Berkaitan: Padah Hina Agong Di Laman X, Peniaga Gerai Makan Didenda RM3,000

Mengejek Orang Lain Juga Dikira Sebagai Buli

Untuk info, perbuatan menghina dan mengejek juga boleh dikategorikan sebagai bentuk pembulian. Ia tidak tertumpu kepada serangan fizikal sahaja.

Hal ini kerana setiap ejekan yang dilontarkan mampu mengganggu emosi dan kesihatan mental seseorang.

Sumber: Pexels

Seperti sebelum ini, anak perempuan kepada influencer dikenali sebagai Norreen meluahkan dirinya pernah dibuli semasa berada di sekolah. Difahamkan rakan kepada si kecil pernah memanggilnya dengan gelaran ‘gemuk’.

Menerusi kapsyen hantaran, Norreen luluh hati dan meluahkan rasa kecewa apabila anak kesayangannya yang baru sahaja berumur 8 tahun terpaksa mengharungi situasi sedemikian semasa alam persekolahan.

Bagaimanapun, dia berbangga dengan anaknya kerana berjaya melalui insiden itu dengan baik.

“Alhamdulillah, dia berjaya harungi buli di sekolah selepas dipanggil sebegitu. Because I always remind her that we are beautiful just the way we are,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Luluh Hati Seorang Ibu” – Influencer Terkilan Anak Luah Pernah Kena Ejek Di Sekolah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd