“Sampai Telinga Dia Tumbuh Je” – Alasan Kanak-Kanak Pada Ibu Sebab Nak Bela Kucing Bikin Ramai Geli Hati
Dek kerana permintaan si anak, si bulus itu akhirnya menjadi kucing yang ke-20 dipelihara oleh mereka di rumah.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pencinta kucing pantang bila ternampak si bulus, mesti terasa nak belai! Yang betul-betul sayang pula selalu akan selamatkan kucing liar dan membawanya pulang ke rumah.
Buat mereka yang ada anak-anak, pernah tak dikejutkan dengan kehadiran si bulus atau haiwan lain yang dibawa pulang oleh mereka?
Selalunya sebelum minta izin, mereka dah bawa balik dulu kucing untuk cairkan hati ibu ayah! Itulah juga yang dilakukan oleh seorang kanak-kanak kepada ibunya baru-baru ini.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Kucing Hampir Digilis Lori Di Tengah Jalan Raya Bikin Ramai Seriau
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kerana Simpati & Kasihan, Wanita Bawa Pulang Tujuh Ekor Anak Kucing Buat Ramai Tersentuh
Baca Artikel Berkaitan: “Yeah Atuk Dah Sampai!” – Ramai Teruja Lihat Kucing Cam Bunyi Enjin Motor Lelaki Ini
Kanak-Kanak Minta Izin Pada Ibu Untuk Bela Kucing Tak Bertelinga
Menerusi video di TikTok (@makdadak), seorang kanak-kanak lelaki dilihat meminta izin daripada ibunya untuk memelihara seekor anak kucing yang ditemukan. Namun apa yang mencuit hati adalah cara dia memujuk ibunya.
“Tolonglah. Tolong sampai telinga dia tumbuh,” kata kanak-kanak itu sebelum berkata dia akan melepaskannya kembali apabila si bulus sudah mempunyai telinga.
Dia kemudiannya membaca satu doa sebelum membuka beg sekolah dan mengeluarkan seekor anak kucing berwarna perang keemas-emasan.
Memang mengejutkan apabila si bulus itu benar-benar tidak mempunyai telinga!
Tulus Jadi Kucing Ke-20 Di Rumah Mereka
Kucing itu kelihatan hanya mendiamkan diri sahaja mungkin kerana takut, tetapi tidak pula cuba melarikan diri.
Di ruangan kapsyen, wanita itu berkata kucing itu diberi nama Tulus.
“Kucing ni baka apa ya? Telinga dia macam cacat, tapi nampak semula jadi. Ada yang pernah jumpa kucing macam ni?” soalnya.
Tambah wanita itu lagi, anaknya memang amat mencintai kucing dan Tulus menjadi si bulus ke-20 yang dipelihara oleh mereka!

@makdadak Nama dia Ikhlas. Dia seludup anak kucing masuk dalam beg sekolah… Katanya, “ummi… jaga sampai telinga dia tumbuh balik.” 😭😭😭 Kucing ni kami namakan Tulus. Sebab yg jumpa namanya ikhlas.,,😅 Korang rasa… kucing ni baka apa ye? Telinga dia macam cacat… tapi nampak semula jadi. Ada yang pernah jumpa kucing macam ni? #rescuecat #ikhlas #tulus #belajarbuatlive #fypシ゚viral #kucingvirallditiktok ♬ alhamdulillah wasyukurillah – ✨MAYABJ✨
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Geli Hati Kanak-Kanak Pujuk Ibu Dengan ‘Kepintarannya’
Menjenguk ke ruangan komen, ada individu yang berpendapat bahawa kucing itu mungkin berbaka American curl atau Scottish fold.
Namun ada juga yang merasakan ia hanya kucing kampung dengan baka campuran atau sekadar cacat telinganya.
Orang ramai juga berasa geli hati dengan ‘kepintaran’ kanak-kanak itu memujuk ibunya agar dapat memelihara si bulus itu iaitu dengan alasan sehingga telinganya tumbuh.
“Memang tak tumbuh dah tu. Memang selamanya la dia akan jadi big boss dalam rumah,” seloroh seorang pengguna TikTok.
“Adik ni bijak. Bela sampai telinga tumbuh. Memang takkan tumbuh sampai bila-bila tu maknya,” kata seorang lagi.
Dalam masa sama, segelintir individu juga berasa tertarik dengan tingkah laku kanak-kanak itu yang membacakan doa Nabi Sulaiman sebelum dia menunjukkan kucing itu kepada ibunya.











Doa Nabi Sulaiman Untuk Menundukkan Haiwan Buas
Mendengar kepada doa yang dibaca oleh kanak-kanak itu, mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah tujuannya.
Doa tersebut merupakan potongan ayat 30 surah An-Naml. Ia selalunya dibacakan bersama-sama ayat 31 surah sama.
Digelar sebagai Doa Nabi Sulaiman, ia bertujuan untuk menjinakkan haiwan, menundukkan haiwan buas dan berbisa serta menghalau jin.
Ia turut dibaca sebelum menyembelih haiwan agar dipermudahkan urusan penyembelihan. Bacaannya adalah:


Maksudnya: “Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): `Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku, dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran agama Allah)’”
Baca Artikel Berkaitan: Kucing Bawa Balik ‘Hadiah’? Mungkin Sebagai Ucapan Tanda Terima Kasih
Baca Artikel Berkaitan: “Satu Kerja Kena Berhenti Setiap Aras” – Aksi Kucing Naik Lif Nak Balik Rumah Raih Perhatian Ramai
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rupa-Rupanya Kucing Juga Boleh Kena Diabetes, Sampai Kena Potong Kaki
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



