“Ada Aircond!” – Pasangan UK Bandingkan MRT Di Malaysia Dengan London Underground
Mereka turut memuji ciri-ciri keselamatan pada stesen MRT yang dapat mengelak penumpang daripada terjatuh ke atas landasan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Buat mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang, perjalanan sudah tentu lebih mudah dengan kewujudan pelbagai pengangkutan awam termasuk KTM, LRT dan MRT.
Malah pengangkutan awam turut menjadi mod pengangkutan utama bagi pelancong luar negara apabila mereka datang ke Kuala Lumpur.
Seperti pasangan warga United Kingdom (UK) ini, mereka telah beberapa kali menggunakan pengangkutan MRT bagi perjalanan di sekitar Kuala Lumpur.
Baca Artikel Berkaitan: “Projek Hampir Siap” – Jurutera Teruja Kongsi Suasana Di LRT 3 Stadium Shah Alam
Baca Artikel Berkaitan: Ini Senarai Masjid Berhampiran MRT, LRT & Monorel Sekitar Lembah Klang Untuk Berbuka Puasa
Pasangan Britain Bandingan MRT Di Malaysia Dengan Tren Underground Di London
Menerusi hantaran di TikTok (@the.backsnackers), mereka telah melakukan perbandingan antara MRT dengan sistem keretapi bawah tanah di London yang dikenali sebagai Underground.
“Kami dengan cepat membandingkan setiap perincian sistem baharu mereka dengan London Underground yang terkenal tetapi sudah antik,” katanya.
Mereka memuji kecangihan MRT termasuk penggunaan skrin di dalam gerabak yang menunjukkan laluan kereta api termasuk stesen hentian seterusnya.
“Ini menjadikannya sangat lebih mudah untuk menavigasi perjalanan anda berbanding dengan di London,” kata wanita terbabit.
Mereka turut menunjukkan koc yang dikhaskan buat wanita, sesuatu kelebihan yang tiada pada gerabak tren London Underground.

Tiada Risiko Mogok Kerana MRT Dipandu Secara Automatik
“Mind the gap” menjadi antara ungkapan terkenal dalam kalangan para pelancong ke London. Ini kerana ayat itu pasti kedengaran setiap kali mereka menggunakan khidmat keretapi Underground di bandar itu.
Namun pasangan dari Britain itu berkata mereka tidak perlu risau dengan perkara itu ketika menaiki MRT memandangkan tiada lubang yang besar antara gerabak kereta api dan platform.
Baca Artikel Berkaitan: “Mind The Gap”- Kisah Wanita Sering Ke Stesen Kereta Api Untuk Dengar Suara Mendiang Suami Undang Sebak
Mereka turut memuji keselamatan di stesen MRT kerana memasang penghadang yang dapat mengelak penumpang daripada terjatuh dari platform ke atas landasan.
Di samping itu seperti yang semua sedia maklum, gerabak MRT juga dipandu secara automatik tanpa pemandu.
Oleh itu, penumpang tidak perlu risau perjalanan keretapi tergendala jika pemandu mogok seperti yang kerap berlaku di London sebelum ini.

Namun Pembayaran Bagi MRT Sedikit Sukar Buat Pelancong
Pun begitu, mereka berdepan kesukaran untuk membeli tiket MRT kerana perlu melakukannya menerusi mesin tiket sebelum penumpang diberikan token.
Ini jelas berbeza dengan sistem tiket yang digunakan di London Underground yang hanya menggunakan bayaran contactless menerusi kad debit bank.
Mereka turut menghadapi kesukaran apabila wang tunai yang digunakan tidak diterima dan ditolak oleh sesetengah mesin tiket MRT.
Walaupun penumpang juga boleh menggunakan sistem Touch N Go sama seperti Oyster card di UK, namun mereka gagal mendapatkan kad berkenaan terlebih dahulu.
Mereka bagaimanapun merasakan harga tiket bagi pengangkutan awam itu adalah amat murah, iaitu separuh daripada di London.

MRT Ada Aircond, Bukan Macam London Underground
Secara keseluruhannya, mereka berpendapat bahawa MRT di Malaysia adalah jauh lebih bersih dan kemas berbanding London Underground.
Malah mereka juga menegaskan bahawa MRT mempunyai sistem pendingin hawa, yang hanya dimiliki pada sesetengah gerabak keretapi di London Underground.
Ini kerana penggunaan pendingin hawa di dalam terowong akan membebaskan haba sekaligus menyebabkan penumpang yang sedang menunggu di platform kepanasan.
@the.backsnackers How does London Underground compare to the MRT system in Kuala Lumpur, Malaysia? After taking the MRT a few times, we felt we needed to make a video on it as it genuinely blew us away. Immediately we were comparing every facet of their newer system to the London underground's famous, yet antiquated underground. The stations and trains are clean, there is air conditioning, improved safety for passengers, there are women only sections and all the boards are electronic to help you know exactly where you're going. Not to mention that it costs a fraction of the price of the London underground. One area which they do need to sort out is the fact that you can't use ordinary contact less cards on their gates however. But other than that, the MRT in KL really does blow London's underground system out the water and the UK could learn a thing or two from Malaysia. #mrt #londonunderground #transport #travel #traveltiktok #travelcouple #malaysia #malaysiatiktok #nowyouknow ♬ original sound – The Backsnackers 🎒
Tonton video penuh [DI SINI].
Bukan Pertama Kali Pelancong Luar Puji MRT DI Malaysia
Telah mula beroperasi sejak Jun 2022, perkhimatan MRT merupakan mod pengangkutan awam rel terbaharu di Lembah Klang dan telah meraih pujian dari pelancong negara luar.
Pada Julai lalu, seorang YouTuber dari Amerika Syarikat turut memuji kebersihan di stesen MRT.
Dia turut teruja melihat koc wanita yang tidak pernah dilihat olehnya di mana-mana sebelum itu.
Seorang pelancong dari United Kingdom juga sebelum ini kagum dengan kecanggihan stesen MRT sehingga menyifatkan Malaysia seolah-olah hidup pada tahun 3,000.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tak Nampak Sampah Di Stesen MRT, YouTuber US Kagum & Puji Kebersihan Malaysia
Baca Artikel Berkaitan: “Macam Hidup Dalam Tahun 3,000” – Pelancong UK Puji Kemajuan Stesen MRT Laluan Putrajaya
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki UK Bandingkan Sistem Kesihatan Awam Malaysia Dengan NHS Di Negaranya
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



