“Sanggup Kumpul Duit” – Lelaki Sebak Rakan Hadiahkan Barang Keperluan Ketika Pindah Rumah Baru
Antara barangan elektrik diterima oleh lelaki dikenali sebagai Acak itu adalah penggoreng udara (airfyer), mesin basuh, peti ais dan banyak lagi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila sudah melangkah ke alam dewasa, sudah tentu ramai yang sudah menyimpan impian untuk memiliki kediaman sendiri. Namun mendapatkan aset tersebut bukanlah satu perkara mudah kerana harganya yang agak tinggi pada masa kini.
Bukan sahaja kos rumah itu, malah pemilik juga perlu memikirkan tentang barangan-barangan lain yang perlu dibeli setelah mendapatkan kunci kediaman sebagai contoh perabot, kain langsir, sofa, mesin basuh dan banyak lagi.
Ramai di antara kita akan membeli barangan tersebut sikit demi sedikit pada setiap bulan.
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Kos Bajet Pindah Rumah Baru. Itupun Belum Keseluruhan!
Baca Artikel Berkaitan: Ini Lokasi Utama Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Berpindah Rumah, Kuantan Salah Satunya
Baca Artikel Berkaitan: Nak Pindah Rumah Baru? Gudang Perabot Di Kampung Melayu Subang Ini Ada Barang Rare!
Lelaki Terharu Rakan Sudi Beri Hadiah Banyak Sempena Masuk Ke Rumah Baru
Namun siapa sangka, lain pula nasib buat lelaki ini apabila proses pemindahan rumah berjalan dengan lancar dengan bantuan sahabat di sisi. Semalam (6 Ogos), tular satu perkongsian di laman TikTok apabila lelaki dikenali sebagai Acak (@acak_east) itu berkongsi pengalaman mengambil kunci bagi rumah barunya sekitar Cybersouth, Dengkil.
Memang jelas kegembiraan dan rasa teruja pada wajah Acak sebaik menerima kunci itu. Momen tersebut disifatkan seolah-olah dia telah menang ‘jackpot’.
Bagaimanapun, kejutan tidak terhenti di situ sahaja apabila teman serumah Acak telah berpakat dengan kumpulan rakan lain untuk memberikan hadiah yang lebih istimewa buat lelaki berkenaan.
Dalam video sama, kelihatan rakan kepada Acak menyediakan pelbagai barangan elektrik baharu buatnya termasuklah penggoreng udara (airfryer), kipas siling, pengisar (blender) dan banyak lagi.
Perkara tersebut kemudiannya membuatkan lelaki itu sebak dan menangis kerana tidak menyangka rakan-rakannya sudi berkongsi rezeki.
“Aku menangis sebab diorang macam tahu bila masuk rumah baru ni banyak benda nak pakai duit kan,” katanya.
@acak_east Rumah pertama, kunci baru, tanggungjawab pun besar. Tapi tak sangka sahabat datang ‘bawa rezeki’… Satu rumah penuh dengan barang keperluan diaorang hadiahkan. Aku menitis air mata, sebab dorang faham… #idamanmelur #idamanmelurcybersouth #Rum#RumahPertamaz#RezekiBersahabatr#SurpriseSahabats#MasukRumahBarud#HadiahTakTernilaih#SahabatSampaiSyurgak#NikmatSyukura#TeamSupportSystemm#MomentTakLupar#HargaiYangMengingatil#AllahHantarRezekiMelaluiMerekah#BahagiaCaraKitaz#RezekiTakDisangkam#HomeSweetHomesmillahRumahPertama ♬ original sound – SSAME
Tonton video penuh [DI SINI].
Beri Kejutan Hadiah Lebih Mahal Buat Rakan Yang Pindah Rumah Baru
Bukan itu sahaja, kumpulan sahabat berkenaan kembali semula ke rumah Acak dengan hadiah barangan elektrik yang lebih besar dan mahal iaitu mesin basuh serta peti ais dua pintu!
“Sanggup korang kumpul duit dan mesej semua kawan-kawan aku. Terima kasih banyak-banyak,” ujar Acak lagi.
@acak_east Replying to @hiokHioK Terima kasih kepada kawan2 dan kenapa la korang sanggup buat macam ni.Thanks sekali lagi. #RumahPertama #RezekiBersahabat #SurpriseSahabat #MasukRumahBaru #HadiahTakTernilai #SahabatSampaiSyurga #NikmatSyukur #TeamSupportSystem #MomentTakLupa #HargaiYangMengingati #AllahHantarRezekiMelaluiMereka #BahagiaCaraKita #RezekiTakDisangka #HomeSweetHome #BismillahRumahPertama ♬ Manifest (with Novet) – ALIGN & Novet
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Kumpulan Rakan Berikan Hadiah
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut terharu melihat suasana rakan memeriahkan rumah lelaki itu dengan barangan elektrik yang banyak.
“Mesti abang ni jenis kelakar, mudah terhibur dan baik gila dengan rakan dia. Sebabtu kawan-kawan dia pun tak berkira dengan dia. Tahniah bang dapat rumah baru!” kata seorang pengguna TikTok.
Malah, ramai juga menitipkan pesanan buat Acak untuk sentiasa menghargai kebaikan rakannya.
“Untung dapat kawan begini. Jaga baik-baik okay. Saya masuk rumah baru A-Z semua sendiri. Sampai sekarang dah penuh rasa nak let go,” ujar seorang lelaki.
Sementara itu, segelintir individu juga bersetuju dengan Acak bahawa pindah ke rumah baharu mencecah kos yang tinggi.
“Betul weh, aku buat satu rumah dekat kampung. Sedang baik hari ni 7 Ogos, dah siap rumah tu. Dalam kosong lagi, ingatkan rumah dah siap kira okay la. Rupanya nak penuhkan dalam rumah pula perlukan dana lagi tinggi,” kata seorang netizen.






Dalam tidak sedar lelaki itu terima banyak rezeki dalam satu masa sama iaitu rumah baharu, rakan-rakan yang baik hati, barang keperluan dan banyak lagi.
Insya-Allah selagi mana anda ikhlas, pemurah dan penyayang dengan orang lain, Allah akan dekatkan anda dengan insan yang baik juga.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Momen Keluarga Beri Kejutan Hadiah Keperluan Rumah Kepada Pengantin Bikin Ramai Teruja
Baca Artikel Berkaitan: “Rezeki Tak Salah Alamat” – Peniaga Bazar Ini Terima Hadiah Motosikal Daripada Influencer Media Sosial
Baca Artikel Berkaitan: Cikgu Terharu Bekas Pelajar 12 Tahun Lalu Masih Beri Hadiah Ketika Sambutan Hari Guru
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.