Now Reading
“Pantang Tengok…” – Wanita Berang Dakwa Ada Influencer Tak Letak Anak Dalam Car Seat

“Pantang Tengok…” – Wanita Berang Dakwa Ada Influencer Tak Letak Anak Dalam Car Seat

Jelas wanita itu, pempengaruh itu sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dan meletakkan anak kecil pada kerusi keselamatan (car seat) semasa berada di dalam kereta.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seperti yang kita tahu, keselamatan di atas jalan raya perlu dititikberatkan oleh semua lapisan masyarakat. Ini termasuklah memakai tali pinggang keledar dan meletakkan anak-anak kecil pada car seat (kerusi keselamatan buat bayi).

Namun begitu, masih ada segelintir ibu bapa yang tidak menggunakan car seat sehingga mengundang bahaya kepada anak mereka.

Seperti sebelum ini, seorang kanak-kanak telah tercampak ke stereng kereta semasa pemandu menekan brek kecemasan. Brek kecemasan itu bukan sahaja membuatkan si kecil tercampak, malah kepala si kecil yang tidak duduk di car seat juga dilihat terhantuk pada cermin kereta.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kanak-kanak Tercampak Ke Stereng Kereta Ketika Brek Kecemasan Undang Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: Ahli MKJR Saran Wajibkan Pakai Seatbelt Dalam Bas Demi Kurangkan Risiko Kemalangan Maut

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Individu Letak Bayi Dalam Bonet Kereta Undang Kritikan Ramai [Video]

Wanita Berang Dakwa Ada Influencer Kerap Tidak Letak Anak Kecil Dalam Car Seat

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads (@mommadrama55) apabila seorang wanita menegur perbuatan individu yang didakwa influencer media sosial.

Menerusi tangkap layar dikongsi dari Instagram Story, kelihatan bayi kepada influencer berkenaan diletakkan di atas riba si suami yang sedang memandu.

Wanita itu kemudiannya mempersoalkan tindakan tersebut selain mendakwa pasangan suami isteri itu telah melakukan aksi sama berulang kali sebelum ini. Dia dalam masa sama bertanya mengapa penjaga itu tidak menggunakan car seat (kerusi keselamatan buat bayi).

Jelasnya lagi, pempengaruh itu tidak sepatutnya memaparkan perbuatan yang jelas salah kepada para pengikut di laman media sosial kerana bimbang ia menjadi ikutan.

“Pantang betul ya tengok anak kecil tak duduk dekat carseat. Tapi ni tahap lain ya, seorang atas suami yang tengah memandu seorang lagi atas (pangkuan) isteri yang duduk sebelah suami.

“Hello kamu tu influencer, tak payah la rakam benda-benda macam ni dan muat naik. Ni bukan sekali dua ya dia post,” luah wanita berkenaan.

Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Kecil Duduk Dalam Car Seat Walaupun Meragam

Tambah wanita itu, walaupun kebanyakan anak kecil akan meragam ketika diletakkan pada car seat, namun ibu bapa harus tegas bagi menjamin keselamatan.

“Saya dengan suami dua-dua pakai kereta biasa kereta terpakai lebih 10 tahun kot kereta kami. Tapi car seat la benda pertama yang kami beli lepas dah tahu hamil. Baju semua tu kemudian baru beli. Sebab tahu car seat ni sangat penting.

“Keluar hospital memang terus letak dalam car seat. Ya anak menangis, melalak lagi-lagi kalau drive sorang. Tapi kena buat. Kena biasakan insya-Allah lama lama ok la tu. Yang penting baby dah tukar lampin dan dah kenyang,” tambahnya.

View on Threads

Warganet Beri Pelbagai Reaksi Lihat Ibu Bapa Tak Letak Anak Pada Kerusi Keselamatan

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai turut bersetuju bahawa ia adalah berbahaya untuk anak.

“Pernah nampak satu video yang bapaknya brek kecemasan lepas tu anak dia tersodok ke stereng dari tempat duduk sebelah. Apalah nasib anak kalau benda tu jadi dalam posisi anak macam tu,” kata seorang wanita.

Malah ada juga individu yang berkata si kecil akan terbiasa sekiranya mereka diajar menggunakan kerusi keselamatan sejak kecil.

“Anak saya sejak baru lahir duduk dalam car seat. Sekarang anak dah pandai merayau meronta tak mahu duduk di kerusi keselamatan. Tapi kisah apa, itu untuk keselamatan untuk anak ku,” jelas pengguna Threads.

Sumber: Threads (@mommadrama55)

Kanak-kanak Berat 36KG Wajib Pakai Car Seat Semasa Berada Dalam Kereta

Untuk info, mulai 1 Januari 2020, penggunaan car seat diwajibkan di Malaysia bagi kanak-kanak yang mempunyai berat kurang 36 kg, atau ketinggian kurang 136 cm atau berumur bawah 12 tahun.

Undang-undang di Malaysia menyatakan kerusi keselamatan kanak-kanak perlu mematuhi standard United Nation Regulation (UNR), iaitu R44 atau R129.

Sumber: Freepik

Hal ini bagi memastikan keselamatan mereka terjamin selain mengelakkan kes kemalangan daripada berlaku.

Langkah itu diambil susulan statistik yang membimbangkan apabila sebanyak 1,559 kematian dicatatkan membabitkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dari tahun 2007 hingga 2017.

Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Umum Insentif Car Seat Bayi Khas Buat Keluarga B40 & M40

Baca Artikel Berkaitan: Elak Letak Bayi Dalam Car Seat Lebih 2 Jam, Boleh Alami Risiko Aliran Udara Terhad

Baca Artikel Berkaitan: Ada Had Masa Bayi Guna Car Seat, Terlalu Lama Boleh Sebabkan ‘Positional Asphyxia’


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd