Now Reading
[Video] UAI Perjelas Hukum Bersedekah Tapi Belum Langsaikan Hutang

[Video] UAI Perjelas Hukum Bersedekah Tapi Belum Langsaikan Hutang

Menurut UAI, amalan bersedekah tetapi enggan membayar hutang adalah seumpama dengan mereka yang melaksanakan puasa sunat namun tidak berpuasa di bulan Ramadan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tabiat berhutang bukanlah satu perkara janggal malah diamalkan di kalangan masyarakat. Ada yang menepati janji mereka untuk membayar pada tarikh ditetapkan bersama pemiutang, tetapi ada juga sebaliknya.

Ia boleh terjadi di dalam kumpulan rakan-rakan atau dengan ahli keluarga kita sendiri. Namun perkara yang dilihat berlaku pada masa kini adalah ada sesetengah pihak yang bertindak menghulurkan sedekah misalnya di masjid tetapi enggan membayar hutang.

Ia mungkin berlaku apabila penghutang mempunyai simpanan yang sedikit tetapi mampu untuk bersedekah. Namun tidak memiliki sejumlah wang yang banyak untuk membayar semula hutang yang tinggi.

Tetapi apa hukumnya dari sudut Islam?

Baca Artikel Berkaitan: “Ramai Hutang Benda Tak Perlu” – Wanita Kongsi Pandangan Bayaran Ansuran, Cetus Perdebatan Netizen

Baca Artikel Berkaitan: 30% Rakyat Malaysia Terbeban Dengan Hutang – BNM

Baca Artikel Berkaitan: Masih Wujud Individu Belum Settle Hutang PTPTN Walau Umur Cecah 60 Tahun

Boleh Ke Sedekah Tapi Tak Bayar Hutang?

Menerusi semakan kami, pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam sesi soal jawab sebelum ini ada mengulas tentang isu tersebut iaitu perbuatan seseorang mendahulukan sedekah berbanding dengan hutang bersama orang lain.

UAI menjelaskan bahawa hutang merupakan bayaran yang wajib dilangsaikan manakala sedekah adalah amalan sunat.

Memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pula, hutang itu wajib dibayar berdasarkan banyak ayat al-Quran dan hadis. Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ أَخَذَ أَمْوَالَ النَّاسَ يُرِيدُ أَداءَهَا أَدَّى اللهُ عَنْهُ وَمَنْ أَخَذَ يُرِيدُ إِتْلَافَهَا أَتْلَفَهُ اللهُ

Maksudnya: Sesiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk membayarnya semula, maka Allah SWT akan menunaikannya untuknya. Sesiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk menghabiskannya tanpa membayar balik, maka Allah SWT akan membinasakan dirinya.

[Riwayat al-Bukhari (2387)]

Bahkan Islam juga memandang buruk perbuatan menangguh-nangguhkan pembayaran hutang dan menganggapnya sebagai satu kezaliman.

Sumber: Freepik

Menurut UAI, perbuatan bersedekah dibolehkan meskipun belum selesai menjelaskan pinjaman. Namun perbuatan tersebut adalah salah.

“Sebab tu orang yang puasa sunat, Isnin dan Khamis tak pernah tinggal. Tapi dia tak puasa semasa Ramadan. Adakah puasanya diterima? Tidak kerana tergantung.

“Orang yang solat Dhuha dan Tahajjud, tetapi tak sembahyang lima waktu maka amalan sunat itu tergantung,” ujar UAI.

Sama Seperti Individu Yang Solat Sunat Tetapi Tak Lengkap Solat Fardu 5 Waktu

Maksud tergantung yang dikatakan adalah tawakuf (tertangguh) dahulu. Dalam erti kata mudah, setiap individu harus melaksanakan perkara yang wajib terlebih dahulu, sebelum amalan sunat itu diterima.

Sumber: Freepik

“Maka bila kita bandingkan bayar hutang dengan sedekah. Bayar hutang itu wajib, sedekah itu sunat. Sama seperti orang yang melakukan perkara sunat tetapi meninggalkan benda wajib.

“Cantik kalau kita tengok kepada (amalan) yang sunat, tetapi tengok kepada keseluruhan hodoh. Contoh mudah memakai seluar (tutup aurat) itu wajib, tetapi pakai serban dan kopiah itu sunat,” tambah beliau lagi.

Kesimpulannya, UAI menegaskan bahawa setiap orang perlu mengutamakan perkara wajib sebelum melaksanakan perkara sunat. Amalan sunat itu tertangguh selagi mana perkara wajib seperti hutang belum dilunaskan.

Baca Artikel Berkaitan: 53,000 Individu Bawah 30 Tahun Di Malaysia Miliki Hutang Terkumpul Sebanyak RM1.9 Bilion – AKPK

Baca Artikel Berkaitan: Hutang Wajib Bayar, Usah Merayu Kepada Saya – Pengerusi MARA

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rela Diisytihar Bankrupt Kerana Tidak Mahu Bayar Hutang, Boleh Ke?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd