Now Reading
“Potong Mood Terus” – Telur Lalat Dalam Bungkusan Nasi Ayam Gepuk Bikin Ramai Rasa Jijik

“Potong Mood Terus” – Telur Lalat Dalam Bungkusan Nasi Ayam Gepuk Bikin Ramai Rasa Jijik

Menurut wanita dikenali sebagai Leena, dia menyedari telur lalat itu semasa dia sedang membelek ayam di dalam bungkusan hidangan tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Rakyat Malaysia dengan makanan memang tidak dipisahkan sehinggakan ada di antara kita yang sanggup beratur panjang bagi mendapatkan juadah diidamkan. Kalau makanan lambat sampai misalnya, memang boleh membuatkan seseorang moody.

Namun antara isu yang biasa dilaporkan orang ramai di media sosial adalah apabila mereka terjumpa bendasing di dalam hidangan makanan.

Ia sekaligus menunjukkan bahawa peniaga yang bertanggungjawab dalam menyediakan juadah tersebut tidak menitikberatkan aspek keselamatan dan kebersihan dengan sempurna.

Baca Artikel Berkaitan: “Hilang Selera!” – Lelaki ‘Kembang Tekak’ Jumpa Banyak Ulat Dalam Bungkusan Nasi Lemak

Baca Artikel Berkaitan: “Meremang Aku!” – 2 Ekor Lipas Dalam Bungkusan Nasi Ayam Kicap Bikin Ramai Loya Tekak

Baca Artikel Berkaitan: “Patutlah Lembut & Manis” – Lelaki Ini ‘Kembang Tekak’ Jumpa Ulat Dalam Kurma Premium

Wanita Jumpa Selonggok Telur Lalat Pada Hati Ayam

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Leena Hassim meluahkan rasa kecewa selepas menerima pesanan makanannya iaitu set nasi ayam gepuk.

Tidak seperti diharapkan, Leena berasa terkejut apabila mendapati terdapat telur lalat yang begitu banyak pada hati ayam di dalam bungkusan tersebut.

“Baru nak suap, nampak selonggok telur lalat,” katanya.

Leena dalam masa sama berkata, mujur dia menyedari objek asing itu lebih awal sekaligus mengelakkan daripada tertelan hati ayam berkenaan.

“Tekak rasa loya sampai sekarang,” ujarnya.

Di ruangan balas, pelanggan itu juga mempersoalkan tahap keselamatan dalam pengendalian makanan di premis kedai makan tersebut.

“Diorang ni memasing tak pergi kursus pengendalian makanan ke? Kendalikan makanan untuk menjual bukan bagi tembolok (diri) sendiri makan,” tegasnya.

View on Threads

Pelanggan Sudah Buat Laporan Kepada KKM

Menerusi satu hantaran lain, Leena memaklumkan bahawa dia telah pun mengemukakan aduan di aplikasi foodpanda dan juga pihak berkuasa, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai kejadian terbabit.

Tambah wanita itu, keberadaan telur lalat tersebut membuatkannya trauma dan enggan menjamah hidangan nasi ayam gepuk dalam tempoh masa yang lama.

View on Threads

Para Penggemar Nasi Ayam Gepuk Jijik Lihat Telur Lalat Pada Hati Ayam

Perkongsian ini nyata mendapat perhatian ramai memandangkan nasi ayam gepuk ini antara makanan kegemaran masyarakat.

Rata-rata daripada golongan warganet turut meluahkan rasa geli melihat telur lalat pada hati ayam itu.

“Bukan main meriahnya (telur lalat). Kesian pelanggan. Dah la kita ni peminat ayam gepuk tapi yang ni tak pernah cuba sebab tengok review banyak komen pasal kebersihan, kotor, dan macam-macam bendasing dalam makanan.

“Termasuklah dawai pun ada. Kalau ternampak review macam ni memang automatik turn off,” dakwa seorang pengguna Threads.

Malah, warganet juga berkata telur lalat tersebut adalah berbahaya kerana boleh membawa kepada masalah kesihatan.

“Pernah hari tu belikan adik-adik makanan dari luar. Sebab kitorang jenis makan luar. Tak tergamak la kalau kita tak periksa dulu lepas tu biarkan adik makan macam tu je. Budak-budak bukan pandai nak check, diorang tahu makan je terus. Kadang kesian kalau diorang termakan benda macam ni. Esok lusa sakit perut sampai demam,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, segelintir invididu turut mendedahkan kejadian lebih kurang sama di mana banyak lalat dilihat mengerumuni makanan dijual oleh peniaga.

“Saya pernah tegur budak jual nasi kukus. Lalat banyak kenapa tak tutup. Dia kata, ‘(Makanan) masih panas lalat tak datang.’ Muka dia sangat diva (angkuh) ya,” kongsi seorang netizen.

Sumber: Threads (@hharleenahassim)

Pelanggan Jumpa Banyak Telur Lalat Pada Ayam Bakar Nasi Kerabu

Untuk info, isu melibatkan telur lalat yang berada pada makanan ini sudah beberapa kali berlaku sebelum ini.

Pada bulan Ramadan lalu, seorang lelaki telah menjumpai telur lalat yang begitu banyak pada ayam bakar dalam set nasi kerabu miliknya. Bukan sahaja pada satu bahagian, tetapi telur lalat itu dilihat berada di beberapa tempat juga.

Menurut individu berkenaan, perkara itu sekaligus membuatkannya hilang selera dan mood untuk berbuka puasa.

Baca Artikel Berkaitan: “Craving Tapi Dapat Macam Ni” – Pelanggan Beli Ayam Bakar Dapat ‘Percuma’ Telur Lalat

Sumber: TikTok (@padinkopibatukawan)

Lapor Kepada KKM Jika Jumpa Bendasing Pada Makanan Dibeli

Buat mereka yang berdepan dengan masalah sama pada masa akan datang, anda boleh menyalurkan aduan kepada pihak berkuasa iaitu Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sekiranya makanan dibeli di mana-mana premis tidak berkualiti, tercemar serta rosak.

  • Facebook BKKM.
  • Hubungi talian BKKM atau MyGCC: 03-8885 0797 atau 03-8000 8000.
  • Membuat aduan di Pejabat BKKM atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.
  • Aduan menerusi surat kepada Pejabat BKKM, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.

Baca Artikel Berkaitan: “Dapat Protein Extra” – Doktor Berang Jumpa Ulat Beluncas Dalam Mi Segera Goreng

Baca Artikel Berkaitan: “Bukan Sehari Punya Tu…” – Roti Sosej Lelong Dipenuhi Ulat Bikin Ramai Jijik


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd