“Masalah Dunia Feline” – Ramai Geli Hati Lihat Kuku Harimau Tersangkut Pada Kain
Kain itu sebenarnya merupakan guni yang digunakan sebagai aktiviti pengayaan sensori bagi sang belang.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sebut sahaja harimau, orang ramai mesti akan memikirkan seekor haiwan yang ganas, garang dan menakutkan.
Malah, Harimau Malaya turut menjadi lambang keberanian negara yang digunakan pada jata negara dan logo PDRM.
Namun rupa-rupanya haiwan yang seringkali ditakuti itu juga mempunyai sisinya yang berjaya mencuit hati ramai.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tular Pekerja Zoo Selamatkan Anak Kucing Dalam Kandang Harimau Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Singa Di Zoo Johor Tidur Hingga Meleleh Air Liur & Terkangkang Bikin Ramai ‘Geram’
Kuku Harimau Tersangkut Pada Kain Yang Digantung
Satu video yang tular di TikTok (@pudinnn33) menyaksikan gelagat seekor Harimau Malaya di Zoo Negara, Kuala Lumpur.
Seperti seekor kucing peliharaan, kukunya dilihat tersangkut pada satu kain yang digantungkan pada sangkar.
Dia dilihat cuba melepaskan kuku daripada tersangkut dengan menarik-narik tangannya. Memang macam si bulus!
Namun memandangkan dia tidak berjaya melepaskan diri, harimau itu menunggu sahaja sambil tangannya masih tergantung pada kain berkenaan.
Tidak lama selepas itu, barulah dia cuba merentap tangannya sehingga kuku dapat dilepaskan.
@pudinnn33 Haaa kannn
♬ the cat from ipanema – j1gggs
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Geli Hati Lihat Gelagat Sang Belang Seperti Si Bulus Di Rumah
Menjenguk ke ruangan komen, orang ramai sememangnya berasa geli hati melihat gelagat sang belang itu. Memang saling tidak tumpah seperti seekor kucing di rumah!
“Ingatkan kucing je suka sangkut kuku kat langsir,” kata seorang individu.
“Ni memang masalah dunia feline la kan? Pandai nak capai benda tergantung, tapi tak reti lepaskan kuku,” ujar seorang lagi.
Ada juga yang menyifatkan perkara itu sebagai harimau seolah-olah hilang naluri kehidupannya apabila ditempatkan di dalam zoo.
Di samping itu, segelintir pengguna media sosial berseloroh tentang siapakah yang perlu membantu harimau itu sekiranya kuku masih tersangkut.
“Ini kalau nak masuk tolong pun fikir banyak kali. Silap-silap tukar alam,” kata seorang lelaki.
Seorang individu juga berjenaka bahawa kuku sang belang perlu dipotong bagi mengelakkan kejadian itu daripada berlaku lagi. Potong kuku kucing pun habis bercalar-balar tangan, inikan kuku harimau.










Guni Merupakan Sebahagian Daripada Aktiviti Pengayaan Sensori Harimau
Dalam pada itu, seorang individu dipercayai pekerja di zoo berkenaan, Feifik, berkata apa yang kelihatan seperti kain itu sebenarnya adalah satu guni yang diisi dengan jerami dan daun.
Ia bertujuan sebagai aktiviti pengayaan sensori untuk sang harimau agar dia mencapai, menggigit dan merentap guni itu.
Kata Feifik, guni itu hanya disambung menggunakan tali yang halus dan mudah putus, jadi tidak akan mendatangkan bahaya kepada harimau yang digelar Squash itu.
“Lagipun depan tu ada penjaga dia tengah interview dengan wartawan. Tu yang mengada dia tergantung,” tambahnya lagi.
Selain guni, terdapat juga bola dan kotak yang digunakan untuk aktiviti pengayaan sensori harimau.

Pengayaan sensori bagi harimau menggunakan barang-barang yang diisi di dalam guni atau kain turut dilakukan di zoo lain.
Tonton video di bawah untuk melihat bagaimana harimau bermain dengan guni tersebut di Colchester Zoo, England.
Baca Artikel Berkaitan: Harimau Bukan Oyen, ‘Tempat Perlindungan’ Penuh Perilaku Tidak Beretika
Baca Artikel Berkaitan: Harimau Dijumpai Di Batang Kali – Ini Apa Yang Anda Perlu Buat Jika Terjumpa ‘Pak Belang’
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



