Khairul Aming Buat Giveaway Trip Ke NZ, Kena Jadi 5 Pembeli Rendang Nyet Berapi Terpantas!
Lima pemenang yang dipilih boleh membawa ‘plus one’ dalam satu percutian bersama Khairul Aming ke South Island, New Zealand yang ditanggung sepenuhnya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Semalam (4 Ogos) Khairul Aming mengumumkan produk terbaharunya, Rendang Nyet Berapi, yang bakal mula dijual pada Jumaat (8 Ogos) ini.
Rendang Nyet Berapi merupakan produk ketiga Khairulaming selepas Sambal Nyet Berapi dan Dendeng Nyet Berapi.
Hari ini, idola kegemaran ramai rakyat Malaysia itu membawa satu lagi berita gembira!
Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Tampil Perkenal Produk Baharu Rendang Nyet Berapi, Boleh Mula ‘Sambar’ Jumaat Ini
Baca Artikel Berkaitan: Dendeng & Sambal Nyet Berapi Khairul Aming Terima Sijil Pengesahan Halal JAKIM
Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Cuba Makan Aiskrim Vanila Dengan Sambal Nyet, Sedap Ke?
5 Pembeli Rendang Nyet Berapi Berpeluang Memenangi Percutian Ke New Zealand
Buat mereka yang menanti-nantikan penjualan Rendang Nyet Berapi, Khairul Aming mengumumkan satu giveaway secara besar-besaran akan diadakan sempena pelancarannya pada Jumaat ini.
Lima pembeli produk baharu itu berpeluang untuk memenangi percutian ke South Island, New Zealand bersama-sama Khairul Aming!
Bukan itu sahaja, pemenang boleh membawa ‘plus one’ dengan segala kos percutian akan ditanggung sepenuhnya.
Menerusi pengumuman di media sosial, Khairul Aming turut memberi bayangan aktiviti yang bakal dijalankan iaitu road trip di sekitar pulau itu, sementara berhenti singgah di mana-mana tasik atau sungai yang dijumpai ketika dalam perjalanan.
“Kalau sempat nanti kita tangkap salmon. Aku susunlah jadual, tengok yang mana sempat nanti,” katanya.
Yang paling penting sekali, mestilah dapat memasak bersama-sama Khairul Aming!
Para Pemenang Akan Diumumkan Pada Hari Jumaat Ini
Tambah Khairul Aming, lima pemenang itu akan diumumkan terus pada hari Jumaat ini iaitu ketika pembelian Rendang Nyet Berapi dibuka.
Percutian ke New Zealand pula dirancang pada bulan Oktober akan datang iaitu ketika musim bunga di sana.
Khairul Aming juga memaklumkan bahawa dia masih menjalinkan hubungan rapat dengan pihak kedutaan New Zealand sejak dia bertemu Perdana Menterinya pada tahun lalu.
“Dah berbulan-bulan KA plan trip ni. Tak sabar nak bawa korang bercuti sekali nanti,” ujarnya.

Ini Yang Anda WAJIB Lakukan Kalau Nak Menang
Jadi apa yang para pembeli kena buat untuk berpeluang memenangi percutian ke New Zealand itu?
Anda perlu menjadi antara lima pembeli terpantas yang mendapatkan lima pek Rendang Nyet Berapi.
Pembayaran pula WAJIB dilakukan menerusi FPX online banking tidak kira mana-mana bank. Pembayaran melalui kad kredit atau e-wallet tidak akan dikira sama sekali.
Lima pemenang akan dipilih oleh Khairul Aming tertakluk kepada terma dan syarat.
Jangan lupa battle pada 9 malam Jumaat ini, di sesi siaran langsung TikTok Live Shop di akaun @khairulaming untuk mendapatkan Rendang Nyet Berapi.
@khairulaming KA nak bawa 10 orang ke New Zealand lepas launching Rendang Nyet Berapi nanti 😁
♬ original sound – Khairulaming
Tonton video penuh [DI SINI].
Semalam (4 Ogos) Khairul Aming menjelaskan resepi Rendang Nyet Berapi telah melalui proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama berbulan lamanya.
Sebanyak 70,000 paket akan ditawarkan menerusi sesi siaran langsung di TikTok Live Shop pada Jumaat ini.
Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming & Pinn Yang Berganding Bahu Bantu Jual Produk Lokal Di TikTok
Baca Artikel Berkaitan: “Demand Luar Biasa” – Jualan Produk Khairul Aming Laku Keras, Cecah RM42 Juta Pada Tahun 2024
Baca Artikel Berkaitan: “Paling Laju Sold Out Sepanjang 3 Tahun” – Khairul Aming Terkejut 13,000 Sambal Nyet ‘Sold Out’ Dalam 2 Minit
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



