Khairul Aming Tampil Perkenal Produk Baharu Rendang Nyet Berapi, Boleh Mula ‘Sambar’ Jumaat Ini
Kata Khairul Aming, produk ketiganya itu telah melalui proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama berbulan lamanya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sebut sahaja nama Khairul Aming, sudah tentu masyarakat Malaysia mengenali tokoh perniagaan yang menghasilkan Sambal Nyet Berapi dan Dendeng Nyet Berapi.
Boleh dikatakan rata-rata orang ramai pasti pernah merasai dua produk yang dihasilkan olehnya itu.
Hari ini (4 Ogos), Khairul Aming membawa berita gembira apabila mengumumkan produk ketiganya yang pasti menarik perhatian ramai!
Baca Artikel Berkaitan: Dendeng & Sambal Nyet Berapi Khairul Aming Terima Sijil Pengesahan Halal JAKIM
Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Cuba Makan Aiskrim Vanila Dengan Sambal Nyet, Sedap Ke?
Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming & Pinn Yang Berganding Bahu Bantu Jual Produk Lokal Di TikTok
Khairul Aming Perkenalkan Rendang Nyet Berapi RTE
Khairul Aming menerusi hantaran di media sosial mempersembahkan produk ketiganya iaitu Rendang Nyet Berapi.
Hidangan yang kebiasaannya dijamu sewaktu hari raya itu, kini boleh terus dimakan tanpa perlu dimasak terlebih dahulu.
Menurut Khairul Aming, resepi Rendang Nyet Berapi telah melalui proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama berbulan lamanya.
“Nak pastikan kita dapat kuah yang pekat, aroma yang wangi dan warna yang cantik,” katanya.
Melihat kepada senarai bahan yang digunakan, produk ketiga Khairulaming ini lengkap dengan lengkuas, kerisik, gula melaka dan buah keras, sekaligus mengekalkan rasa tradisional walaupun disediakan menggunakan mesin.
Dalam masa sama, Khairul Aming berkata dia merancang untuk menyediakan makanan tradisi di Malaysia agar mudah dimakan iaitu dalam bentuk ready-to-eat (RTE).

Jualan Rendang Nyet Berapi Dilancarkan pada Jumaat Ini
Mengulas lanjut dari segi prosedur operasi standard (SOP), Khairul Aming berkata pihaknya menjalankan langkah-langkah agar memastikan rasa makanan yang konsisten walaupun dimasak oleh sekitar 100 kakitangan.
Setiap hari, beribu-ribu paket Rendeng Nyet Berapa dihasilkan dan turut melalui proses retort agar lebih tahan lama.
Tambah Khairul Aming, penjualan Rendang Nyet Berapi akan dibuka pada jam 9 malam, Jumaat (8 Ogos) ini.
70,000 paket akan ditawarkan menerusi sesi siaran langsung di TikTok Live Shop. Get ready semua!
@khairulaming Produk ketiga Khairulaming. Penat lelah dari 3 bulan lepas akhirnya akan berakhir tak lama lagi. KA tak sabar nak bagi you guys rasa Rendang Nyet Berapi ni 🥹
♬ original sound – Khairulaming
Ramai Teruja & Tak Sabar Dapatkan Rendang Nyet Berapi Khairulaming
Dengan pengumuman oleh pempengaruh terkenal itu, orang ramai sudah tentu berasa amat teruja dan tidak sabar menantikan pelancaran Rendang Nyet Berapi.
Ramai turut berseloroh agar bersiap-sedia untuk ‘battle’ pada Jumaat ini bagi mendapatkan stok hidangan tersebut.
Dalam masa sama, ada juga yang memuji bungkusan berwarna hitam yang kelihatan premium, di samping video pengumuman yang profesional.
“Rasa macam seorang pemegang taruh tengah dengar pembentangan produk,” kata seorang wanita.
Segelintir pengguna media sosial turut memuji kebersihan kilang Khairul Aming yang dapat dilihat menerusi rakaman video tersebut.











Jualan Produk Khairulaming Cecah RM42 Juta Pada 2024
Kedua-dua produk Khairulaming sebelum ini sememangnya laku licin dalam kalangan pengguna! Buka je jualan, ramai berebut-rebut untuk mendapatkan Sambal Nyet Berapi dan Dendeng Nyet Berapi.
Malah pada 11 April, 13,000 botol Sambal Nyet habis dijual dalam masa dua minit sahaja dengan jumlah jualan RM170,000!
Pada tahun 2024 pula, jumlah jualan keseluruhan bagi dua produk Khairulaming itu mencecah RM42 juta.
Kini memasuki tahun kelima sejak produk Khairulaming mula diperkenalkan, pempengaruh itu turut menzahirkan penghargaan kepada orang ramai atas sokongan yang diberi.
Baca Artikel Berkaitan: “Demand Luar Biasa” – Jualan Produk Khairul Aming Laku Keras, Cecah RM42 Juta Pada Tahun 2024
Baca Artikel Berkaitan: “Paling Laju Sold Out Sepanjang 3 Tahun” – Khairul Aming Terkejut 13,000 Sambal Nyet ‘Sold Out’ Dalam 2 Minit
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Belum Ada Pekerja Resign” – Khairul Aming Kongsi Tips Bina ‘Team’ Yang Bersatu Padu
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



