“Dia Jual Angin Ke!?” – Gula-gula Paras Suku Cawan Harga RM8.40 Buat Ramai Tergamam
Wanita dikenali sebagai Siti itu berkata, dia tidak ditipu kerana peniaga sudah mendedahkan 100g gula bersamaan dengan RM7 namun menganggap harganya agak melampau.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tidak dapat dinafikan, segelintir harga barang keperluan di pasaran kian meningkat. Namun ada juga golongan peniaga yang mengambil peluang itu untuk mengenakan harga makanan melambung tinggi kepada para pelanggan.
Kadangkala, harga dicaj tidak logik dek akal. Seperti sebelum ini, seorang peniaga wanita mendapat perhatian di media sosial selepas mendedahkan harga jualan bagi menu telur dadar ‘premium’ adalah RM13.
Harga berkenaan membuatkan ramai yang tidak berpuas hati kerana menganggap menu tersebut tidak sepatutnya semahal itu.
Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Dikecam Jual Telur Dadar ‘Premium’ Harga RM13, Katanya Ada Bahan Istimewa
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tular Kedai Jual Nasi lemak Tapi Sambal, Telur Rebus & Ikan Bilis Perlu Dibeli Asing
Baca Artikel Berkaitan: “Camtu Je Kena Gula-gulakan”- Ramai Sifatkan Peniaga Jual Biskut 150g & Susu RM20 Mahal [Video]
Wanita Dedah Gula-gula Paras Suku Cawan Berharga RM8.40
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Siti Hajar meluahkan rasa terkejut dengan harga gula-gula yang dibeli olehnya di Uptown Bazaria Danau Kota, Wangsa Maju.
Menerusi foto perkongsian, Siti telah menunjukkan kuantiti gula-gula kenyal yang dibeli olehnya iaitu suku sebiji cawan plastik sahaja. Perkara yang mengejutkan adalah harga bagi manisan tersebut mencecah RM8.40.
“Hilang kewarasan aku masa bayar dia cakap RM8.40. Tak kaya juga akak peniaga ni tak tahulah,” luahnya.
Jelas Siti, si peniaga pada awalnya sudah memaklumkan bahawa 100g (gram) gula bersamaan dengan RM7. Namun wanita tersebut tidak menyangka 100g gula sesikit itu.
“Dia tak scam pun. Cuma harga dia overprice (terlalu mahal). Tapi pembeli akan rasa kena scam. Harga untuk 100g. Rakyat Malaysia mana nak tahu 100g tu banyak mana. Sepatutnya tunjuklah contoh 100g tu banyak mana,” katanya.

Wanita Harap Peniaga Lakukan Urusan Jual Beli Secara Jujur
Jelas Siti, dia masih membeli gula-gula kenyal itu meskipun dengan harga sedemikian kerana tidak mahu si anak tantrum.
“Dia (anak) dah teruja pilih. Nak suruh dia cancel tapi dia (anak) sangat kecil tak faham. Jadi kami putuskan bayar je daripada dia tantrum di khalayak ramai,” tambah Siti.
Terkejut dengan caj dikenakan, Siti menganggap ia sebagai satu pengajaran dan berkata dia tidak akan lagi membeli makanan dengan harga melampau.
Dia dalam masa sama berharap agar usahawan di luar sana lebih telus dalam berniaga dan tidak menganiaya orang ramai.
“Kepada penjual, cari lah rezeki yang berkat dan berniagalah dengan jujur. Rakyat Malaysia ni pemurah. Tapi kalau awak berniaga macam ni, tak mudah nak kekal lama. Kepada yang dah kena macam saya, moga hati kita ikhlas menghalalkan semuanya,” ujar Siti lagi.
View on Threads
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Harga 100g Gula-gula Kenyal
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai turut terkejut dengan harga gula kenyal yang tidak berpatutan.
“Patutlah banyak uptown sekarang ni sendu je tak macam dulu meriah. Faktor harga jualan mereka yang buat pengunjung kurang, orang dah beralih ke platform online untuk beli-belah,” kata seorang netizen.
Malah sesetengah warganet juga sempat menyindir peniaga yang menjual gula kenyal berkenaan.
“Kak tak tahu ke? Dia caj angin bukan caj gula-gula,” kata seorang pengguna Threads.
Sementara itu, segelintir individu turut berkongsi pengalaman lebih kurang sama selepas membeli makanan yang ditimbang sebelum ini.
“Aku beli haritu dekat event sekilo RM80! Harga 100g RM8. Ngam-ngam sekilo tu yang tak tahan,” dedah seorang lelaki.






Lapor Kepada KPDN Jika Harga Makanan Dijual Peniaga Tak Munasabah
Untuk info, kes peniaga menjual makanan dengan harga yang terlalu mahal dan tidak munasabah adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan jika didapati bersalah.
Ini terletak di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011).
Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) sebelum ini, pihaknya mempunyai cara pengiraan dan penetapan pencatutan (profiteering) yang mengambil kira banyak faktor seperti harga asal, kos pengilangan, pembungkusan, pengedaran, harga borong dan akhirnya harga runcit.
Baca Artikel Berkaitan: Apa Itu Pencatutan & Kenapa GSC Didenda RM45,000 Kerana Mencatut Air Mineral & Keropok Kentang?
Berikut kami senaraikan saluran KPDN yang anda boleh hubungi bagi melaporkan kes sedemikian. Antaranya:
- Portal e-Aduan KPDN.
- Aplikasi Ez-ADU KPDNHEP
- Talian Hotline: 1-800-886-800
- Pesanan WhatsApp: 019-2794317
- E-mel: e-aduan@kpdnhep.gov.my
- Pusat Arahan Penguatkuasaan (EEC): 03-8882 6088 atau 03-8882 6245
Baca Artikel Berkaitan: “Sanggup Tahan Lapar Macam Ni” – Nuget 2 Ketul Berharga RM5 Di Konsert Dua Lipa Jadi Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Makanan Healthy Dijual Terlalu Mahal? Ini Penjelasannya
Baca Artikel Berkaitan: “Kalah Dekat Mall” – Netizen Persoal Harga Makanan Di Food Festival Sangat Mahal
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.