Now Reading
[Video] Bersorak Ketika Kawan Dapat Jambangan Duit Dari Anak, Gelagat Peniaga Pasar Raih Perhatian

[Video] Bersorak Ketika Kawan Dapat Jambangan Duit Dari Anak, Gelagat Peniaga Pasar Raih Perhatian

Menerusi video kelihatan wajah pakcik tersebut awalnya keliru sewaktu menerima jambangan duit tersebut sehingga menyedari ia adalah daripada anak-anak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selain tanda ingatan, hari jadi juga disambut untuk menghargai individu yang disayangi seperti ibu bapa, suami, isteri, anak, rakan dan sebagainya.

Sebut mengenai sambutan hari jadi, setiap orang pasti mempunyai cara tersendiri untuk meraikan insan tersayang.

Ada yang meraikannya dengan meluangkan masa bersama dan ada juga yang yang memberikan kejutan kepada insan tersayang untuk membuatkan mereka bahagia.

Anak buat kejutan bagi jambangan duit pada ayah di pasar

Baru-baru ini, seorang pakcik turut merasakan perkara sama apabila anak-anak memberikan kejutan dengan menghantar jambangan duit sempena hari jadi di tempat kerjanya.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah gelagat rakan-rakannya iaitu para peniaga di pasar sehingga meraih perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh RN Surprise Delivery, awalnya kelihatan seorang wanita telah berkunjung ke pasar di Seremban, Negeri Sembilan untuk menghantar jambangan duit RM10 kepada seorang pakcik.

Sewaktu menerima jambangan duit tersebut kelihatan wajahnya seperti keliru sebelum membaca ucapan pada kad.

Turut kedengaran suara rakannya mengatakan jambangan itu diberi oleh anaknya. Malah kedengaran dia menyebut nama anak pakcik tersebut.

Bukan hanya itu, dia turut meminta rakannya itu mengatakan sesuatu ketika penghantar jambangan tersebut membuat rakaman.

Peniaga di pasar bersorak hingga riuh

Apa yang meraih perhatian lagi, turut kedengaran suara para peniaga di pasar terbabit begitu teruja kerana bersorak sebaik melihat pakcik itu mendapat jambangan duit berkenaan.

Pada jambangan itu tertera ucapan ‘Happy Birthday Babah’ daripada anaknya.

Malah kelihatan wajahnya begitu gembira ketika menerima jambangan tersebut, apabila ditanya adakah dia ingin mengatakan sesuatu kepada anak?

Dia memaklumkan tiada apa yang ingin dikatakan sambil tersenyum.

https://www.tiktok.com/@rn.surprisedelivery/video/7531255029563542791?_r=1&_t=ZS-8yOIGUiuQ5g

Ramai seronok lihat gelagat pakcik dapat jambangan duit

Melihat di ruangan komen, ramai yang rasa bahagia melihat momen tersebut.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan jawapan pakcik terbabit apabila diminta beri ucapan sama seperti jawapan bapa lain.

Ada juga yang gemar melihat keletah para sahabat pakcik tersebut yang mengusiknya sambil bersorak.

“Abah-abah betul ‘Nak cakap apa?’ ‘Tak ada cakap apa-apa.’ Padahal muka gembira”

“Betul-betul sorak ya. Ingatkan pakai sound. Macam sorak tengok bola. Happy Birthday Pakcik”

“Comel je tau pakcik. Lancarkan rezeki dan kesihatan pakcik dari hari ke hari”

“Teringat pada arwah ayah saya. Saya suka buat kejutan macam ni dekat dia. Nampah sengih-sengih, tapi saya tahu dia suka. Alahai rindunya dekat ayah nak buat kejutan macam ni”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd