Now Reading
“Ada Beza Dengan Cable” – Jurutera Kongsi Kepentingan Networking Untuk Cari Kerja Baharu

“Ada Beza Dengan Cable” – Jurutera Kongsi Kepentingan Networking Untuk Cari Kerja Baharu

Menurut jurutera dikenali sebagai Halimi, orang ramai sukar mendapatkan tempat untuk jawatan kerja baharu kerana calon yang begitu ramai sehinggakan HR (Sumber Manusia) tidak perasan resume anda.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Mencari pekerjaan baharu bukan satu fasa yang disenangi ramai. Hal ini kerana mereka perlu berdepan dengan banyak penolakan (rejection) daripada pelbagai syarikat sebelum mendapatkan peluang bekerja itu.

Ada individu bernasib baik yang hanya perlu berdepan situasi sedemikian dalam masa singkat, tetapi ada juga yang menganggur sehingga mencecah 2-3 tahun.

Sebelum ini, tinjauan oleh Jobstreet by SEEK mendedahkan bahawa 34% daripada rakyat Malaysia berpendapat bahawa mencari peluang pekerjaan yang sesuai dengan bidang dipelajari lebih sukar berbanding mencari pasangan hidup.

Dalam tinjauan itu juga, didapati hanya 18% sahaja daripada dua pertiga rakyat Malaysia yang berjaya mendapat pekerjaan setara dengan kemahiran mereka.

Baca Artikel Berkaitan: 34% Rakyat Malaysia Dedah Lebih Sukar Cari Kerja Dari Pasangan Hidup. Betul Ke?

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Tips Buat Resume Dengan Kemas & Teratur. #1 Paling Penting

Baca Artikel Berkaitan: “Terlalu Selesa” – Pernah Rekrut Lebih 500 Pekerja, Usahawan Dedah Masalah Graduan Baru

Jurutera Dedah Networking Penting Untuk Cari Kerja Baharu

Baru-baru ini, seorang lelaki dikenali sebagai Halimi menerusi akaun TikTok miliknya (@overthinkengineer) telah berkongsi pandangan mengenai cabaran seseorang mencari pekerjaan baharu.

Menurut Halimi yang juga seorang jurutera, realiti sebenar ketika ini adalah seseorang perlukan networking (jalinan hubungan) bagi memudahkan urusan proses pengambilan kerja.

“Itulah realiti dunia. Kau nak marah, silakan tapi ia tak akan ubah apa-apa. Sebab benda (networking atau cable) tu tak salah di sisi undang-undang.

“Aku pun tak sokong cable, sebab kau tak layak (namun diterima). Tetapi networking adalah sebahagian daripadanya (dapat kerja baharu),” jelasnya.

Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Pexels

Mohon Kerja Cara Normal Adalah Sukar Kerana Jumlah Calon Yang Ramai

Proses sedia ada yang normal pula dikatakan memakan masa lama kerana jumlah calon pekerja terlalu ramai.

“Ada beribu-ribu orang cari kerja di luar sana. Tapi engkau tak tahu mana yang betul-betul berkelayakan sebab dari sekeping kertas yang bernama resume, engkau tak akan dapat tahu orang tu betul-betul berfungsi atau tidak.

“Semua orang boleh tulis benda sama dalam satu kertas. Aku pun boleh tulis aku pakar dalam bidang A, B, C, D dalam kertas tapi akhirnya aku tak boleh buat pun,” kata Halimi.

Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Pexels

Calon Kerja Menerusi Networking Masih Perlu Lalui Temuduga

Justeru itu, networking memainkan peranan untuk menentukan kemahiran dan bakat seseorang dalam bidang pekerjaan tersebut.

Kebiasaannya, networking ini melibatkan individu dikenali yang memberikan cadangan kepada calon majikan tentang kebolehan anda.

“Dia bukan kau bagi referral terus dapat kerja, tetapi kau kena lalui proses temuduga macam biasa namun skip proses memohon kerja di pihak ketiga sebagai contoh Jobstreet dan LinkedIn.

“Bahagian tu yang penting sebenarnya sebab kau ada kemahiran, kau boleh buat kerja tapi susah nak dapat temuduga,” jelasnya.

Sumber: Freepik

Networking Lebih Dipercayai Berbanding Info Di Dalam Resume

Bukan itu sahaja, word of mouth (dari mulut ke mulut) akan membuatkan majikan lebih mempercayai bakat dan kemahiran anda dalam melakukan kerja dengan baik.

“Daripada kau hantar (resume), kau sendiri cakap kau bagus orang tak percaya. Tapi kalau orang lain cakap kau bagus orang akan percaya. Itu sebab orang lagi percaya networking daripada engkau mohon melalui portal kerja. Bukan tak boleh dapat dekat portal kerja tapi peluang dia rendah,” ulas Halimi.

Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Freepik

Bagi menjalinkan hubungan kerja yang ramai, anda perlu membuat kenalan baharu dan bersosial dalam industri sama. Selain itu, berbuat baik dengan golongan ini juga akan menunjukkan tanggapan yang baik terhadap diri sendiri.

Dalam masa sama, pastikan mereka tahu apa kebolehan diri anda yang boleh dijual dalam pasaran industri tersebut.

Tambah Halimi, anda tidak perlu mempunyai status tertentu untuk menjalinkan hubungan di dalam kerja, cukup sekadar kemahiran dan keberanian untuk mendekati orang lain.

@overthinkengineer Cable tetap salah dan tak berintegriti tapi networking tak susah kalau ada usaha dan keinginan. #fypシ #halimi #LearnOnTiktok #careeradvice ♬ original sound – Halimi

Tonton video penuh [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: “Salam, Jawatan Kosong” – Ramai Terpinga Lihat Cara Individu Ini Mohon Kerja

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Tips Untuk Anda Yang Baru Nak Mula Kerja

Baca Artikel Berkaitan: Warganet Kongsi Cara Nak Kenal Pasti Syarikat ‘Red Flag’ Atau Tak Ketika Mohon Kerja


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd