[Video] Kerja 7 Pagi Hingga 10 Malam, Ramai Terkenang Bapa Lihat Pemandu Bas Kuat Berkerja
Meskipun bekerja dalam tempoh yang lama namun kelihatan pakcik ini begitu ceria dan mesra melayan jurugambar berkenaan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap individu yang sudah dewasa pasti akan beralih ke fasa pekerjaan untuk kelangsungan kehidupan di masa hadapan.
Tidak kiralah pekerjaan apa sekalipun yang diceburi asalkan perkerjaan itu membawa rezeki halal untuk diri sendiri serta keluarga.
Malah ada yang bekerja sehingga ke usia emas bagi memastikan keluarga atau individu dalam tanggungan mereka dapat hidup dengan selesa.
Pemandu bas raih perhatian ramai, maklumkan kerja 7 pagi hingga 10 malam
Baru-baru ini, seorang pakcik yang juga pemandu bas di Kuala Lumpur telah meraih perhatian ramai kerana bekerja dari pagi sehingga malam.
Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang jurugambar dikenali sebagai Mohammad Masfud, awalnya dia mendekati pakcik berkenaan untuk mengambil gambarnya.
Masfud kemudiannya dilihat berbual mesra untuk berkenalan dengan pakcik berkenaan sebelum meminta izin untuk mengambil gambar pakcik berkenaan.
Sewaktu berbual Masfud bertanya khabar pakcik tersebut dan bertanya bas yang dipandu itu menghala ke destinasi yang mana serta pukul berapa dia bermula bekerja?
Pakcik itu lalu menjawab ke Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan memaklumkan dia mula berkerja seawal jam 7 pagi sehingga 10 malam.
Mesra layan jurugambar bertanya dan berbual
Kelihatan pakcik berkenaan begitu mesra malah setiap soalan yang ditanya oleh Masfud dijawab dengan senyuman manis.
Masfud turut bertanya pakcik itu tinggal di kawasan mana, dia lalu menjawab hanya tinggal di sekitar kawasan Datuk Keramat.
“Oh Datuk Keramat saja. Saya ni jurugambar, jalan-jalan ambil gambar random (rawak). Ha saya nak ambil gambar pakcik boleh?
“Gambar senyum, mana tahu anak-anak nampak ke? Anak-anak adaa dekat sini ke? ‘Ada’.
“Ha okay saya ambil satu senyum ya pakcik,” kata Masfud dalam video berkenaan.
Sentiasa tersenyum ceria
Kelihatan pakcik itu gembira apabila Masfud mengambil gambarnya dan tersenyum ceria.
“Pakcik bas ni tetap ceria walaupun bekerja dari pagi hingga malam.”
Sebelum berpisah, Masfud turut memesan kepada pakcik berkenaan untuk menjaga diri dan mendoakan kesihatannya.
@mohammadmasfud Pakcik bas ni tetap ceria walaupun bekerja dari pagi hingga malam.. #streetphotography #portrait #photoshoot #photography #photo #happy #moment #ayah #cinta #love #kasihsayang #kenangan #bas #foryou #foryoupage #canon #canonmalaysia ♬ original sound – Aki Seruling – AKI Seruling
Ramai sebak ada yang terkenang bapa sendiri
Di ruangan komen, salah seorang pengguna yang dipercayai anak kepada pakcik tersebut mengucapkan terima kasih kepada Masfud kerana merakamkan video buat ayahnya.
Tidak kurang juga ada pengguna lain yang sebak melihat kegigihan pakcik itu bekerja meskipun dia dilihat seperti sudah tua serta terkenangkan bapa sendiri.
Ada juga menjadikan pakcik itu sebagai insipirasi untuk bekerja lebih kuat dan rajin kerana mereka masih lagi muda.
“Assalammualaikum, pakcik ni ayah saya. Ayah memang orang paling kuat, dia lah cinta pertama saya. Terima kasih buat video ayah saya”

“7am to 10pm. Allahuakbar lamanya kerja di usia begitu. Semoga pakcik sentiasa dalam keadaan sihat walafiat dan dipermudahkan segala urusan”

“Cuba tahan air mata daripada gugur. Apakah daya gugur jua akhirnya”

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



