Now Reading
[Video] Wajar Ke Buat Pinjaman Peribadi Hanya Untuk Majlis Perkahwinan?

[Video] Wajar Ke Buat Pinjaman Peribadi Hanya Untuk Majlis Perkahwinan?

Segelintir individu bertindak berhutang sebanyak puluhan ke ratusan ribu semata-mata untuk mengadakan majlis perkahwinan yang serba mewah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Mendirikan rumah tangga adalah proses yang bakal dilakukan setiap individu di luar sana selepas yakin dengan pilihan hati mereka. Meskipun menghalalkan sesuatu hubungan itu dituntut dalam Islam, tetapi ada sahaja cabaran lain yang perlu dilalui.

Sebagai contoh adalah kos perbelanjaan perkahwinan yang tinggi. Oleh disebabkan itu, ‘intimate wedding’ atau majlis perkahwinan berskala kecil yang terdiri daripada 100-300 tetamu menjadi trend pada masa kini.

Namun ia berbalik kepada lokasi dan setiap pakej diambil. Ada juga pasangan pengantin yang masih berbelanja tinggi walaupun dengan jumlah jemputan sedikit.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Mampu Ke Nak Beli Rumah Sebelum Umur Cecah 25 Tahun? Ini Kata Pakar Kewangan

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Persoal, Tu Hari Special Dia” – Ramai Beri Pandangan Tentang Topik ‘Intimate Wedding’

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rata-rata Anak Muda Anggar RM20,000 Wajar Sebagai Wang Hantaran Kahwin

Sesetengah Pasangan Pengantin Mahu Majlis Mewah Hingga Terjerut Dalam Hutang

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@financialfaizpodcast), apabila seorang pakar kewangan dikenali sebagai Faiz Azmi bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Emjestic Global dikenali sebagai Zarif Azrie mengulas mengenai topik perbelanjaan untuk perkahwinan.

Menurut Faiz, ada segelintir individu berasa tertekan dengan perbelanjaan perkahwinan yang mencecah kos tidak masuk akal sehinggakan mengambil pinjaman peribadi.

Sumber: Pexels

Jelas Zarif pula, ramai di kalangan masyarakat sekarang yang bertindak berhutang bagi merealisasikan perkahwinan impian mereka.

“Mesti nak buat majlis kahwin yang grand (mewah) kan? Nak tarik perhatian siapa sebenarnya? Itu yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang ni, kita sibuk nak impress orang.

“Padahal perhatian tu paling tidak (bertahan) pun sehari je. Raja Sehari, lepas tu esok orang dah lupa dah. Kita buat grand macam mana pun, orang tu lupa dah,” katanya.

Zarif berkata sesetengah pasangan pengantin terlalu mengejar pujian dari orang ramai berbanding memikirkan tentang perbelanjaan duit dalam tempoh masa yang lama.

Sumber: Pexels

Risau Tidak Mampu Tampung Kos Sara Hidup Dengan Hutang Yang Tinggi

Antara perkara penting yang perlu difikirkan sebelum mengambil pinjaman peribadi adalah faedah yang dikenakan.

“Interest tu tinggi. Lepas dah tak mampu bayar ia akan tertindih (dengan perbelanjaan lain). Kau dah la baru kahwin, baru mulakan kerja dan ada pinjaman kereta.

“Dalam masa sama kau nak bagi nafkah dekat isteri lagi, lepas setahun, isteri tu dah beranak pulak. Tapi hutang kau ni tak selesai lagi dan mungkin akan tersekat. Tiba-tiba kena berhenti kerja, ekonomi (pula) merosot. Kau dah buat pinjaman peribadi untuk kahwin RM40,000-RM50,000. Dia ikut je (hutang masih ada),” ulasnya.

Zarif menjelaskan bahawa hutang masih perlu dibayar dalam sebarang bentuk situasi sekali pun.

@financialfaizpodcast

Buat personal loan untuk kahwin? Sanggup berhutang demi majlis kahwin, pandangan tak jauh kehadapan #financialfaiz #hutang #kewangan #kahwin

♬ original sound – Financial Faiz Podcast

Tonton video [DI SINI].

Betul Ke Masyarakat Terbeban Dengan Kos Majlis Kahwin?

Betul ke kos perbelanjaan perkahwinan yang mencanak naik menjadi punca orang ramai stres?

Sebelum ini, Profesor Keusahawanan dan Perniagaan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Datuk Dr Nik Maheran Nik Muhammad mendedahkan bahawa inflasi, peningkatan kos dewan dan katering, serta jangkaan masyarakat telah menyebabkan perbelanjaan sesuatu majlis perkahwinan melonjak antara RM50,000 dan RM200,000.

Perkara ini sekaligus menyumbang kepada cabaran kewangan yang ketara bagi pasangan lebih muda untuk menabung bagi mengadakan majlis tersebut.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Pexels

“Perbelanjaan perkahwinan di Malaysia adalah antara yang tertinggi di Asean, dengan kos purata antara RM50,000 hingga RM200,000.

“Sebagai perbandingan, perkahwinan di Kemboja dan Filipina jauh lebih berpatutan, dengan purata sekitar AS$15,000 (RM71,000) dan AS$4,800 (RM22,800), masing-masing,” ujar beliau.

Ramai Terpaksa Berhutang Semata-mata Untuk Bayar Kos Perkahwinan

Memetik The Sun, kajian mendedahkan bahawa pasangan bangsa Cina memperuntukkan lebih banyak dana untuk tempat persandingan mewah dan katering.

Manakala pasangan bangsa Melayu dan India kebiasaannya mengutamakan deko dan jemputan yang ramai.

Baca Artikel Berkaitan: Nak Kahwin Dalam Masa Setahun Tapi Duit Tak Cukup? Ini Tips Dari Pakar Kewangan

Baca Artikel Berkaitan: Kos Kahwin Di Malaysia Antara Tertinggi Di ASEAN, Ada Yang Sampai Berhutang

Baca Artikel Berkaitan: Orang Ramai Kongsi Idea Doorgift Kahwin Bermanfaat Yang Tak Akan Dibuang Para Tetamu


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd