Now Reading
[Video] Tindakan Spontan Bikers Potong Pokok Tumbang Di Tapah Dipuji Ramai

[Video] Tindakan Spontan Bikers Potong Pokok Tumbang Di Tapah Dipuji Ramai

Difahamkan, pokok yang tumbang menghalang lalu lintas itu berjaya dialihkan hasil daripada bantuan para penunggang dan beberapa individu lain di situ.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, rakyat Malaysia memang terkenal dengan sikap saling membantu tanpa mengira latar belakang. Semangat perpaduan itu kerap kali terserlah, terutamanya saat berlaku insiden atau bencana tidak dijangka.

Hampir setiap hari kita dapat lihat tindakan mulia rakyat yang tampil membantu tanpa disuruh, baik di jalan raya mahupun di media sosial. Ia sedikit sebanyak menunjukkan masih wujud nilai muafakat dalam kalangan masyarakat.

Itulah yang berlaku baru-baru ini apabila sekumpulan penunggang motosikal bertindak pantas membantu membersihkan jalan yang terhalang akibat pokok tumbang, tanpa mengira siapa yang terlibat.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Momen Keluarga Beri Kejutan Hadiah Keperluan Rumah Kepada Pengantin Bikin Ramai Teruja

Baca Artikel Berkaitan: “Make Up I Okay Ke?” – Minta Pendapat Driver E-Hailing, Perbualan Dua Wanita Ini Raih Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tindakan Lelaki Bantu Beli Jualan Peniaga Kurang Pengunjung Raih Pujian

Pokok Tumbang Di Tapah, Bikers Berhenti Bantu Alihkan Halangan

Menerusi satu perkongsian video di laman TikTok (@gajendraa.s), kejadian berlaku di Jalan Cameron Highlands – Tapah melibatkan sebuah pokok besar yang tumbang dan menghalang laluan dua hala.

Beberapa individu dipercayai penduduk setempat termasuk Orang Asli dilihat bertungkus lumus memotong pokok tersebut secara manual.

Turut kelihatan sekumpulan penunggang motosikal yang tersadai membantu, ada yang memakai helmet penuh dan menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Mereka bekerjasama untuk memotong dan menarik batang pokok sedikit demi sedikit ke tepi jalan bagi membuka ruang kepada kenderaan yang tersekat.

Tindakan spontan para penunggang itu telah menarik perhatian ramai kerana kesediaan mereka turun membantu walaupun sedang dalam perjalanan masing masing.

Tonton video penuh [DI SINI].

Bantu Tolak Batang Pokok Secara Berkumpulan

Dalam satu perkongsian susulan, kelihatan sekumpulan individu termasuk para penunggang motosikal yang berada di lokasi bekerjasama menolak sebatang batang pokok besar yang dipercayai masih menghalang sebahagian jalan.

Batang pokok tersebut telah dipotong daripada daun dan ranting. Namun kerana saiznya yang besar, usaha untuk mengalihkan ke tepi memerlukan kerjasama ramai.

Kelihatan mereka beramai-ramai mengangkat dan menolak batang kayu itu dengan tenaga fizikal secara beramai, membuktikan semangat tolong-menolong yang masih kuat dalam kalangan masyarakat.

https://www.tiktok.com/@gajendraa.s/video/7524197055816895751?_r=1&_t=ZS-8xpW98zIKHQ
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Puji Semangat Bantu Membantu Rakyat Malaysia

Menjengah ke ruangan komen, rata rata netizen memuji usaha murni kumpulan bikers berkenaan.

Mengenali rakyat Malaysia yang memang mesra dengan jenaka, seorang pengguna berkata, “Baguslah safety, semua buat kerja pakai helmet,” merujuk kepada riders yang sudah semestinya menggunakan topi keledar kerana menunggang motosikal.

Selain itu, ramai juga yang menyifatkan video itu sebagai bukti bahawa semangat muafakat dalam kalangan rakyat Malaysia masih utuh. Tidak kira siapa, semua bersatu hati demi memudahkan urusan bersama.

Sumber: TikTok @gajendraa.s
Sumber: TikTok @gajendraa.s
Sumber: TikTok @gajendraa.s

Sikap sebegini menunjukkan betapa nilai kemanusiaan dan semangat perpaduan masih menebal dalam jiwa rakyat Malaysia. Walau dalam suasana yang mencabar, kebaikan tetap menjadi pilihan.

Baca Artikel Berkaitan: “Inspirasi & Contoh Baik” – Lelaki Ini Tolong Bayar Barang Pelanggan Di Belakang Untuk Elak Tunggu Giliran Lama

Baca Artikel Berkaitan: “Jujur Tu Penting” – Kedai Makan Dengan Konsep Bayar Layan Diri Jadi Tumpuan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Air Ikat Tepi Atas Puncak Bukit, Tindakan Pemuda Jual Teh Ais Ketika Hiking Raih Pujian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd