Now Reading
[Video] Dua Individu Didakwa Scam Penjaga Kaunter, Menyamar Jadi Tukang Selenggara Pemadam Api

[Video] Dua Individu Didakwa Scam Penjaga Kaunter, Menyamar Jadi Tukang Selenggara Pemadam Api

Difahamkan, pemilik akaun hanya sedar ditipu selepas menyemak invois dan mendapati tiada sebarang maklumat syarikat mahupun nombor telefon.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Isu scam dan penyamaran bertujuan mencuri semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Pelbagai modus operandi dan pendekatan digunakan oleh penjenayah bagi memperdaya orang ramai.

Seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini, terdapat kes seorang lelaki di Johor yang menyamar sambil bermesra dengan pekerja sebelum melaksanakan helah meyakinkan untuk mengaut keuntungan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Taktik Licik Lelaki Ini Curi PIN TnG Di Kedai Serbaneka Sekitar Johor Undang Reaksi

Baru-baru ini pula, satu lagi kes tular melibatkan dua lelaki yang menyamar sebagai tukang selenggara pemadam api. Mereka hadir ke premis dengan alasan mahu mengutip tangki, namun didakwa menghilangkan diri selepas menerima bayaran.

Baca Artikel Berkaitan: Taktik Baru Scammer Melalui Aplikasi Jual Beli Online, Wanita Hilang Hampir RM800

Baca Artikel Berkaitan: Rakyat Malaysia Negara Paling Senang Kena Scam Berulang, Tertinggi Di Asia

Lakonan Meyakinkan Dalam Rakaman CCTV

Menerusi satu perkongsian di laman Threads (@ffatinsskml), pemilik akaun berkenaan memuat naik rakaman CCTV menunjukkan dua lelaki yang sedang berbual mesra dengan penjaga kaunter di sebuah premis.

Salah seorang daripada mereka dilihat menulis sesuatu di kaunter. Difahamkan, sambil beramah mesra dengan penjaga kaunter, mereka turut mengemukakan alasan kononnya mereka dari syarikat servis pemadam api.

Mereka turut menyatakan bahawa pembayaran untuk servis tersebut dikenakan mengikut jumlah tangki. Tanpa menyoalkan apa-apa, penjaga kaunter menyerahkan dua tangki beserta wang tunai RM200.

Menurut pemilik akaun, mereka hanya sedar ditipu selepas menyemak invois dan mendapati tiada sebarang maklumat syarikat mahupun nombor telefon.

Kedua-dua lelaki itu datang pada 24 Jun lalu dan sehingga kini belum mengembalikan pemadam api baru seperti dijanjikan.

View on Threads

Ramai Mengaku Pernah Jadi Mangsa Taktik Sama

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna tampil berkongsi pengalaman sama, malah ada yang mendakwa individu dalam video itu kelihatan seperti scammer yang pernah datang ke premis mereka sebelum ini.

Antara yang dikongsi termasuk taktik yang hampir serupa iaitu dengan cara datang berdua, minta bayaran segera, beri resit palsu tanpa nama syarikat dan nombor telefon, kemudian terus menghilangkan diri.

Sumber: Threads @ffatinsskml

Beberapa pemilik perniagaan turut menyatakan dalam kebanyakan kejadian, mereka hanya menyedari selepas menghubungi syarikat asal yang mereka biasa berurusan setiap tahun.

Malangnya, ketika itu pemadam api dan wang tunai sudah pun lesap. Ada juga yang berjaya mengesan helah tersebut saat scammer gagal menjawab soalan mudah atau tergesa-gesa beredar apabila ditanya butiran lanjut.

Sumber: Threads @ffatinsskml
Sumber: Threads @ffatinsskml

Langkah Awal Untuk Pastikan Servis Adalah Sah

Beberapa individu yang bekerja dalam bidang servis pemadam api turut memberi nasihat berdasarkan pengalaman mereka sendiri bagi mengelakkan orang ramai menjadi mangsa.

Antara langkah penting adalah:

  • Minta kad nama dan sijil pendaftaran – Pastikan syarikat berdaftar dengan Jabatan Bomba dan mempunyai rekod sah.
  • Semak identiti pekerja – Staf yang sah biasanya membawa pemadam api ganti (spare) dan tidak meminta bayaran segera secara tunai.
  • Periksa label tarikh – Pemadam api hanya perlu ditukar jika sudah melebihi 10 tahun dari tarikh kilang.
  • Rujuk dengan pihak berkuasa – Boleh semak kesahihan kontraktor dengan terus ke balai bomba dan bertanya kepada pegawai bahagian Efies.

Pendek kata, jika ada sebarang keraguan, lebih baik tangguhkan servis atau minta pengesahan sebelum membuat sebarang pembayaran.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Scam Kad Bank Menerusi E-Mel, Ini Cara Kenal Pasti E-Mel Betul Atau Palsu

Baca Artikel Berkaitan: Whoscall 2025 – Panggilan Scam Berleluasa, Malaysia Negara Teratas Terjejas Di Rantau Asia

Baca Artikel Berkaitan: “Long Number Soli Aaa…” – Gelagat Siti Nurhaliza Jawab Call Scammer Cuit Hati Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd