Doktor Jelaskan Bahan Xenoestrogen Boleh Sebabkan Kanak-Kanak Mula Baligh Awal
Menurutnya, banyak produk rumah yang mengandungi xenoestrogen termasuk bahan pencuci, bekas plastik dan perkakas memasak.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kebanyakan barangan harian di rumah mengandungi bahan kimia yang boleh memberi kesan buruk kepada tahap kesihatan.
Lebih merisaukan lagi apabila produk tersebut turut digunakan oleh ibu ayah ke atas anak-anak kerana tidak menyedari kewujudan bahan kimia berbahaya.
Malah, terdapat juga bahan kimia yang boleh meniru kesan hormon semula jadi dalam tubuh badan, seterusnya menyebabkan ketidakseimbangan hormon terbabit.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Jelaskan Kenapa Tak Boleh Guna Perfume Kalau Nak Hormon Sihat & Tidak Haywire
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Guna Fabrik Pakaian 100% Polyester Undang Masalah Kesihatan? Ini Penjelasannya
Baca Artikel Berkaitan: Hadkan Penggunaan Racun Serangga! Boleh Beri Kesan Pada Perkembangan Saraf Kanak-Kanak
Xenoestrogen Dalam Bahan Pencuci Boleh Jadi Punca Anak Cepat Baligh
Baru-baru ini, Pakar Nutrisi Kanak-Kanak Dr Amalina Mohd Daud, berkongsi di media sosial bahawa banyak produk pencuci mengandungi bahan kimia xenoestrogen.
Menurutnya, xenoestrogen boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami baligh pada usia terlalu awal atau ‘precocious puberty‘ seperti yang sudah banyak dilaporkan.
Baligh awal berlaku apabila ciri-ciri seksual sekunder muncul pada usia kurang lapan tahun bagi kanak-kanak perempuan, dan di bawah sembilan tahun dalam kanak-kanak lelaki.
Sebagai perbandingan, Healthline menyatakan bahawa kanak-kanak selalunya mula baligh pada umur antara 9 ke 11 tahun, dengan kanak-kanak perempuan mendapat haid pertama antara 12 ke 14 tahun.

Kanak-Kanak Baligh Awal Alami Perubahan Pada Ciri-Ciri Seksual Sekunder
Harus diingat bahawa baligh pada usia awal tidak semestinya merangkumi kedatangan haid bagi kanak-kanak perempuan, sebaliknya terdapat perubahan lain yang ibu ayah kena cakna.
Antara perubahan ciri-ciri seksual sekunder yang boleh dialami bagi mereka yang baligh awal adalah:
- Pertumbuhan payu dara.
- Penghasilan bulu pada bahagian kemaluan.
- Kedatangan haid.
Manakala kanak-kanak lelaki pula akan menghasilkan suara yang garau serta saiz testis menjadi besar.
Mereka juga mungkin akan mula mendapat jerawat dan mempunyai bau badan seperti orang dewasa.
Kesannya, kanak-kanak yang mengalami perubahan ciri-ciri seksual sekunder ini pada usia terlalu awal akan mengalami tulang matang dengan cepat dan tinggi tidak bertambah.

Xenoestrogen Turut Dijumpai Dalam Kosmetik & Perkakas Memasak
Mengulas lanjut, Dr Amalina berkata xenoestrogen dapat dijumpai dalam pelbagai produk rumah dan bukan hanya bahan pencuci, termasuk:
- Plastik
- Racun serangga
- Kosmetik
- Perkakas memasak
Dia turut berkongsi senarai xenoestrogen yang banyak ditemui dalam produk rumah seperti di bawah.

Dalam pada itu, dia mengingatkan orang ramai agar memeriksa sabun pencuci yang digunakan untuk melihat sama ada ia mengandungi bahan-bahan yang disenaraikan.
Xenoestrogen Boleh Meniru Fungsi Hormon Estrogen
Sebagai info, xenoestrogen merupakan bahan kimia sintetik yang menyerupai hormon estrogen dan boleh mengikat pada reseptor estrogen.
Keadaan ini akan menyebabkan bahan kimia itu meniru atau menghalang kesan estrogen semula jadi, iaitu hormon penting dalam tubuh badan bagi mengekalkan kesihatan pembiakan dan seksual.
Apabila berlakunya gangguan terhadap reseptor estrogen, ia boleh menyebabkan kadar hormon itu tidak stabil seterusnya memberi kesan kepada sistem pembiakan serta perkembangan otak.
Malah, pendedahan estrogen berlebihan boleh menjadi faktor risiko bagi masalah di kawasan organ peranakan wanita termasuk endometriosis dan kanser ovari.
Baca Artikel Berkaitan: Sakit Senggugut Terlalu Kuat? Mungkin Tanda Anda Alami Endometriosis
Baca Artikel Berkaitan: Ini Faktor Risiko Kanser Ovari, Jalankan Pemeriksaan Segera Jika Ada Salah Satu Simptom
Bahan Kimia Pengganggu Sistem Endokrin Buatkan Haid Tak Teratur
Sebenarnya, xenoestrogen merupakan salah satu bahan kimia yang boleh mengganggu sistem endokrin (endocrine disruptor), termasuk dalam merangsang penghasilan hormon yang mencetus akil baligh.
Sebagai info, sistem endokrin adalah rangkaian kelenjar dan organ kompleks yang menggunakan hormon untuk mengawal serta menyelaras beberapa fungsi badan.
Sebelum ini, seorang wanita menerusi hantaran di TikTok (@ainicamila) berkongsi bahawa banyak produk kecantikan, termasuk produk mandian, mengandungi bahan kimia yang boleh mengganggu sistem endokrin.

Dia menasihati para wanita agar menyemak semula kandungan produk mandian seperti sabun badan dan syampu untuk memastikan bebas daripada bahan kimia berkenaan.
Ini kerana bahan kimia tersebut boleh mengganggu keseimbangan hormon, seterusnya menyebabkan seseorang mengalami kitaran haid yang tidak teratur.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini 4 Punca Hormon Wanita Terganggu & Period Selalu Tak Menentu
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Doktor Kongsi Bahaya Panaskan Makanan Dalam Microwave Guna Bekas Plastik
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



