Now Reading
Wajah Sultan Dipalsukan Guna AI, Istana Pahang Gesa Pelaku Untuk Tidak Sebarkan Video

Wajah Sultan Dipalsukan Guna AI, Istana Pahang Gesa Pelaku Untuk Tidak Sebarkan Video

Kenyataan itu dibuat susulan cubaan scam beberapa video menggunakan wajah mirip Sultan Pahang yang tular di aplikasi media sosial.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dengan kemajuan teknologi semasa, pelbagai ciptaan baharu yang dahulu hanya fantasi kini menjadi realiti. Antaranya ialah penggunaan teknologi kecerdasan buatan atau AI yang semakin mendapat tempat dalam kehidupan seharian.

Namun, penggunaan teknologi ini tidak harus disalahgunakan. Terdapat segelintir pihak yang sanggup mencipta kandungan palsu demi kepentingan sendiri, hingga mencetuskan kekeliruan dan risiko kepada orang ramai.

Baru-baru ini, muncul beberapa video tular di TikTok yang didakwa memaparkan wajah mirip Sultan Pahang, kononnya menyampaikan mesej tertentu kepada rakyat. Perkara itu ternyata palsu dan telah mendapat perhatian pihak Istana.

Baca Artikel Berkaitan: Penjawat Awam Pahang Kerja Setakat 12.30 Tengah Hari Pada Jumaat Sepanjang Ramadan – Al-Sultan Abdullah

Baca Artikel Berkaitan: “Haramkan Penggunaan Vape Secara Total”- Sultan Pahang

Baca Artikel Berkaitan: Scam Kad Bank Menerusi E-Mel, Ini Cara Kenal Pasti E-Mel Betul Atau Palsu

Istana Pahang Kesan Akaun TikTok Palsu Jana Video AI Perdaya Orang Ramai

Menerusi satu kenyataan rasmi di laman Facebook Kesultanan Pahang, pihak istana memaklumkan telah mengesan penyebaran beberapa video palsu yang dihasilkan menggunakan teknologi AI.

Video tersebut memperlihatkan wajah menyerupai Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, kononnya menyampaikan tawaran bantuan kepada rakyat.

Video itu dikesan disebarkan menerusi akaun TikTok seperti (@datuk_abdul_majid), (@datokfahrolaziz07), dan (@datuk_abdul_majid7).

Pihak istana memberi amaran bahawa video-video berkenaan adalah tidak benar dan merupakan cubaan penipuan dengan menyalahgunakan imej Baginda Sultan.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai, menyebar atau berinteraksi dengan sebarang pautan berkaitan video tersebut. Segala kandungan mencurigakan perlu segera dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Mengulas lanjut, Istana turut menegaskan bahawa Baginda Sultan tidak mempunyai sebarang akaun media sosial.

Semua kenyataan rasmi atau titah hanya dikeluarkan menerusi platform sah Kesultanan Pahang yang mempunyai lebih 725,000 pengikut di Facebook serta nama rasmi Kesultanan Pahang di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan X.

https://www.tiktok.com/@datuk_abdul_maajid7/video/7523091323751042312?_r=1&_t=ZS-8xojVt8HGhG
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Gesa Tindakan Tegas Terhadap Penyamar Guna AI

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa marah dan kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab individu yang menyebarkan video palsu berkenaan.

Ramai yang menyifatkan perbuatan itu sebagai satu bentuk penghinaan serta penipuan yang harus dikenakan tindakan tegas.

Ada yang menyatakan bahawa kewujudan akaun palsu menyamar sebagai tokoh terkenal bukan isu baharu, malah semakin menjadi-jadi sejak wujudnya teknologi AI.

Sumber: Facebook/Kesultanan Pahang

Wajah individu terkenal turut dimanipulasi untuk menyampaikan mesej palsu bagi memperdaya mangsa.

Susulan itu, netizen menggesa pihak berkuasa agar bertindak tegas terhadap pemilik akaun-akaun terbabit.

Sumber: Facebook/Kesultanan Pahang
Sumber: Facebook/Kesultanan Pahang

Orang ramai juga dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan menyemak sumber sebelum mempercayai sebarang maklumat yang tular.

Baca Artikel Berkaitan: Whoscall 2025 – Panggilan Scam Berleluasa, Malaysia Negara Teratas Terjejas Di Rantau Asia

Baca Artikel Berkaitan: Whoscall 2025 – Panggilan Scam Berleluasa, Malaysia Negara Teratas Terjejas Di Rantau Asia

Baca Artikel Berkaitan: Kajian: Hanya 35% Syarikat Malaysia Manfaatkan Teknologi Data dan AI Demi Capai Kelestarian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd