Now Reading
[Video] Apa Perlu Buat Jika Kucing Terkena Serangan Sawan?

[Video] Apa Perlu Buat Jika Kucing Terkena Serangan Sawan?

Pemilik kucing juga diingatkan agar tidak cuba menghentikan gerakan tubuh badan si bulus akibat serangan sawan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap pencinta si bulus mesti mahu kucing peliharaannya sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan bebas daripada sebarang penyakit.

Namun seperti manusia, kucing juga berisiko mengalami kesakitan tertentu disebabkan oleh kecederaan, masalah pada organ dalaman dan sebagainya.

Salah satu masalah yang pasti digeruni oleh setiap pemilik kucing adalah apabila si bulus terkena serangan sawan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Boleh Kena Sawan Jika Pakai Ubat Kutu Botol Hijau – Klinik Veterinar

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rupa-Rupanya Kucing Juga Boleh Kena Diabetes, Sampai Kena Potong Kaki

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Veterinar Kongsi 4 Tanda Kucing Anda Ada Cacing, Take Note!

Jauhkan Kucing Daripada Perkara Bahaya Jika Terkena Serangan Sawan

Seperti yang dikongsikan di TikTok (@lifewithnoraini) oleh Noraini Alias, kucingnya yang bernama Marjinah dilihat terketar-ketar dan menggelupur akibat terkena serangan sawan.

Malah keadaan ini juga boleh menyebabkan kucing mengeluarkan kuku pada kaki bahagian hadapan dan belakangnya.

Jadi, sekiranya kucing terkena serangan sawan, anda perlulah membantunya agar tidak terdedah kepada sebarang bahaya lain.

Paling penting sekali, jauhkan kucing daripada tempat berbahaya serta sebarang objek tajam atau keras yang boleh mencederakannya.

Sumber gambar: TikTok @lifewithnoraini

Jangan Cuba Hentikan Gerakan Sawan Pada Kucing

Noraini juga mengingatkan orang ramai agar tidak memegang kucing untuk cuba menghentikan pergerakan akibat sawan.

Pun begitu, pegang kucing secara perlahan-lahan jika perlu mengelakannya daripada terjatuh.

Kucing yang baru sahaja mengalami serangan sawan akan kelihatan keliru, lemah atau bingung, satu keadaan yang digelar sebagai fasa postiktal dan merupakan tempoh pemulihan.

Oleh itu, biarkan si bulus itu berehat dan berada di tempat yang selamat serta tenang.

Bawa Kucing Ke Klinik Haiwan Jika Sawan Lebih 5 Minit

Mungkin ada yang tertanya-tanya jika kucing perlu dibawa ke klinik haiwan sekiranya mengalami serangan sawan.

Berdasarkan video TikTok tersebut, terdapat beberapa keadaan apabila kucing perlu dibawa berjumpa doktor haiwan akibat sawan:

  • Sawan lebih daripada lima minit.
  • Sawan berulang tanpa kucing sedar di antara episod.
  • Sukar bernafas atau badan biru atau kejang berlebihan.
  • Trauma akibat sawan, seperti jatuh dari tempat yang tinggi.

Jika kucing mengalami mana-mana masalah ini ketika terkena serangan sawan, segera bawa si bulus ke klinik veterinar berhampiran.

@lifewithnoraini Apa perlu dilakukan jika kucing kita sawan. Jangan panik! #kucing #cat #cats #kucingsawan ♬ original sound – Noraini Alias

Tonton video penuh [DI SINI].

Tiga Jenis Sawan Kucing Yang Pemilik Si Bulus Harus Tahu

Berdasarkan laman web PetMD, terdapat tiga jenis serangan sawan yang boleh dihadapi oleh kucing.

#1. Sawan Fokal/ Sawan Motor Separa

Jenis sawan yang biasa berlaku ialah sawan fokal atau sawan motor separa yang hanya menjejaskan bahagian otak tertentu.

Serangan sawan jenis ini akan memberi kesan setempat pada tubuh badan bergantung kepada bahagian otak yang terjejas.

Kebiasaannya, kucing tidak akan hilang sedar atau pengsan apabila terkena serangan sawan ini, tetapi dia mungkin kelihatan bingung. Malah, pemilik si bulus mungkin tidak menyedari sawan ini kerana kesannya yang tidak ketara seperti gerakan telinga, misai, mulut dan mata.

Sumber gambar: Pexels
#2. Sawan Umum/ Sawan Grand Mal

Serangan sawan jenis ini menyebabkan kucing hilang sedar dan hilang keseluruhan fungsi badannya, menyebabkan pergerakan atau kekejangan tonik-klonik.

Otot-otot akan bergerak secara sendiri dan selalunya secara drastik sehingga kucing mencengkam mulutnya, mengeluarkan air liur, membuang air kecil atau besar kerana kehilangan fungsi tubuh badan mereka.

#3. Sawan Psikomotor/ Sawan Separa Kompleks

Jenis serangan sawan ini boleh menyebabkan kucing bertindak secara pelik dengan tidak sengaja termasuk mengeluarkan bunyi marah, mengunyah ekor atau kulit dengan kasar, membuat bunyi kuat atau ‘zoomies’.

Seperti jenis sawan fokal, sawan psikomotor tidak menyebabkan kucing hilang sedar atau pengsan.

Dalam sesetengah kes, kucing juga kelihatan seolah-olah cuba menangkap lalat dengan mulutnya apabila menggigit angin.

Sumber gambar: Pexels

Kebanyakan Sawan Kucing Bukanlah Situasi Kecemasan

PetMD menyatakan bahawa kebanyakan serangan sawan yang berlaku pada si bulus bukanlah satu situasi kecemasan.

“Jika kucing terkena serangan sawan beberapa kali dalam sehari dengan keadaan normal di antara episod, atau jika mereka mengalami lebih daripada satu sawan setiap bulan, tetapi selebihnya bertindak dengan normal, bincangkan perkara ini dengan doktor haiwan,” jelasnya.

Orang ramai juga diingatkan agar mencatat tarikh, masa, jenis, kekerapan dan jangka masa serangan sawan sebagai rujukan doktor haiwan.

Penting juga untuk pemilik kucing tahu perkara yang boleh menyebabkan serangan sawan ke atas si bulus termasuk:

  • Toksin (sebagai contohnya penggunaan dos ubat kutu berlebihan).
  • Hipoglisemia atau tekanan darah rendah.
  • Bunyi kuat dan cahaya terang.
  • Penyakit metabolik dan epilepsi.
  • Panas akibat cuaca atau demam.
  • Penyakit pada otak.
  • Isu vaskular atau strok.
  • Tumor otak.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Sebab Penting Semak Testis Kucing Jantan Sebelum Dimandulkan

Baca Artikel Berkaitan: Jangkitan Toxoplasmosis Boleh Sebabkan Buta, Ini Fakta Penting Anda Perlu Tahu

Baca Artikel Berkaitan: Ini Sebab Kenapa Kucing Anda Suka Duduk Dalam Posisi ‘Cat Loaf’


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd