“Make Up I Okay Ke?” – Minta Pendapat Driver E-Hailing, Perbualan Dua Wanita Ini Raih Perhatian
Menerusi perkongsian berkenaan, kedua-dua individu itu dilihat terus berbual mesra selepas soalan tentang topik alat solek ditanya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bukan semua perjalanan e-hailing hanya sekadar naik dan turun. Ada kalanya ia disertai dengan perbualan ringan yang spontan dan tak disangka sehingga berjaya mengundang senyuman.
Walaupun pemandu dan penumpang tidak saling mengenali, suasana dalam kereta boleh berubah menjadi mesra hanya kerana satu soalan yang kelakar serta bersahaja.
Itulah yang berlaku baru-baru ini apabila satu rakaman dashcam tular di laman TikTok, memaparkan penumpang wanita yang menceriakan perjalanan dengan soalan tentang solekan dan bulu mata.
Baca Artikel Berkaitan: “Ingatkan Gimik Hari Sukan” – Unit Payung Terjun Tersasar, Pendaratan Di Padang Sekolah Cetus Gelak Tawa
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tindakan Lelaki Bantu Beli Jualan Peniaga Kurang Pengunjung Raih Pujian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Air Ikat Tepi Atas Puncak Bukit, Tindakan Pemuda Jual Teh Ais Ketika Hiking Raih Pujian
Penumpang Spontan Tanya Solekan, Driver Balas Dengan Pujian & Tips
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@santy_meng86), pemandu wanita itu berkongsi rakaman video daripada kamera kabin semasa membawa dua penumpang wanita di tempat duduk belakang.
Dalam suasana yang santai, salah seorang penumpang secara tiba-tiba bertanya kepada pemandu kereta, “Make up I okay ke?”
Pertanyaan itu dibalas mesra oleh si pemandu yang memuji wajahnya kelihatan cantik dan tidak perlu pun solekan yang terlalu tebal.
“Simple, tak tebal sangat. Cantik,” jawabnya ringkas.
Perbualan kemudian berlanjutan kepada topik bulu mata, di mana penumpang tersebut turut berkongsi rasa kagumnya terhadap mereka yang memiliki bulu mata panjang.
Sebagai respon, si pemandu sempat berkongsi tip membeli bulu mata palsu (lash extension), jika mahu penampilan lebih menonjol.
Penumpang itu pula kelihatan sangat ceria dan penuh keyakinan hasil daripada pujian yang diberikan, bahkan sempat berdiri dan bergurau memperkenalkan dirinya di hadapan kamera.
@santy_meng86 Perempuan dan makeup berpisah tiada.. #mypassenger #type #makeup
♬ original sound – santy_meng86 – santy_meng86
Netizen Terhibur, Puji Interaksi Spontan Yang Positif
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui terhibur dengan interaksi ringkas antara mereka bertiga.
Ada yang menyifatkannya sebagai momen yang comel dan wholesome, manakala yang lain memuji sifat ceria penumpang yang dikatakan berani dan yakin diri.

Ramai juga yang menyatakan bahawa mereka faham benar perasaan bila sesama wanita berbicara tentang kecantikan, khususnya soal solekan.
Topik yang biasa dibincangkan di kalangan rakan sendiri ini tiba-tiba menjadi perbualan hangat antara orang asing dalam kereta e-hailing.


Gelagat Antara Pemandu & Penumpang E-Hailing

Setiap hari, pasti ada sahaja kisah menarik yang berlaku antara pemandu dan penumpang e-hailing. Ragamnya pelbagai dan tidak dijangka.
Ada yang sekadar berbual kosong, ada yang mencetuskan gelak tawa, malah tidak kurang juga yang meninggalkan kesan mendalam kepada hati ramai.
Seperti sebelum ini, tular kisah sepasang suami isteri menaiki kereta e-hailing dipandu oleh seorang lelaki yang kelihatan terlalu mengantuk.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Sikap Murni Pelanggan Offer Bawa Kereta Kerana Simpati Pemandu E-Hailing Mengantuk Raih Pujian
Tanpa ragu, si suami terus menawarkan diri untuk mengambil alih tempat pemandu dan memandu sendiri ke destinasi. Tindakan tersebut menerima pujian ramai kerana bukan semua sanggup membantu dalam situasi begitu.
@faraferara bila naik grab time subuh..kesian driver grab mengantuk.. dia berhenti sekali untuk rehat. xlama macam tu dia minta kebenaran untuk tukar grab sebab mengantuk..husband bangun tido n offer bawak kereta.. alhamdulilahh sampaii juga..
♬ original sound – farafaizi – farafaizi
Situasi begini bukan sahaja menceriakan perjalanan, malah menjadi bukti bahawa perbualan kecil dan sikap terbuka boleh mencipta memori yang menggembirakan.
Ia mengingatkan kita bahawa dalam dunia yang semakin sibuk, interaksi ringkas dengan orang asing pun boleh memberi makna yang besar.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Teruja Lihat Kucing Tenang Layan Angin Atas Motosikal
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Puji Tindakan Senior Ambil Pendekatan Perbincangan Dua Hala Dengan Pekerja Gen-Z
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pasangan Malaysia-AS Tarik Perhatian, Warga Amerika Puji Nasi Lemak Di Festival Makanan Budaya
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.