Taktik Baru Scammer Melalui Aplikasi Jual Beli Online, Wanita Hilang Hampir RM800
Wanita itu rugi RM800 selepas diperdaya scammer melalui aplikasi jual beli yang menggunakan kaedah e-mel disertai pautan palsu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum sedia maklum, pelbagai cara digunakan oleh scammer untuk memperdaya mangsa di platform dalam talian. Pelbagai kempen kesedaran telah dijalankan, namun jenayah siber terus berlaku tanpa mengenal latar belakang mangsa.
Biarpun pelbagai langkah membendung dipraktikkan, pasti ada individu yang mengalami detik kecuaian atau terpedaya dengan taktik yang makin canggih dan meyakinkan.
Seperti baru-baru ini, seorang wanita tampil berkongsi pengalamannya ditipu hampir RM800 hanya kerana ingin menjual sebotol susu bayi di sebuah aplikasi popular.
Baca Artikel Berkaitan: Scam Kad Bank Menerusi E-Mel, Ini Cara Kenal Pasti E-Mel Betul Atau Palsu
Baca Artikel Berkaitan: Whoscall 2025 – Panggilan Scam Berleluasa, Malaysia Negara Teratas Terjejas Di Rantau Asia
Baca Artikel Berkaitan: “Long Number Soli Aaa…” – Gelagat Siti Nurhaliza Jawab Call Scammer Cuit Hati Ramai
Modus Operandi Scammer Guna Pautan Checkout Palsu
Menerusi satu perkongsian di akaun Threads (@sarahzulkuply), wanita ini menjelaskan secara terperinci bagaimana dia menjadi mangsa kepada individu yang menyamar sebagai pembeli dalam aplikasi jual beli dalam talian.
Katanya, penipuan bermula selepas dia memuat naik iklan menjual botol susu. Tidak lama kemudian, dia menerima mesej daripada seorang individu yang menyatakan minat dan meminta untuk berurusan menerusi WhatsApp.
Urusan seterusnya kelihatan meyakinkan, malah pelaku bersetuju untuk datang mengambil sendiri barang tersebut.
Namun, apabila wanita itu mencadangkan agar pembayaran dibuat secara tunai semasa pickup, pembeli terbabit menolak dan mendakwa hanya boleh membuat bayaran menerusi sistem checkout dalam aplikasi.
Pelaku kemudian meminta alamat e-mel wanita itu kononnya sebagai sebahagian daripada proses pembayaran.
Tidak lama kemudian, wanita itu diminta membuka satu link yang dihantar ke WhatsApp atas alasan transaksi tidak berjaya dan perlu disahkan secara manual.
Link tersebut membawa kepada laman Customer Support yang kelihatan sangat meyakinkan. Wanita itu diminta log masuk ke akaun bank kononnya untuk proses penerimaan bayaran, dan tanpa sedar dia telah memberikan maklumat perbankan.
Akaun banknya kemudiannya ditolak hampir RM800 secara tiba-tiba sebelum WhatsApp pelaku hilang dan nombornya tidak lagi dapat dihubungi.
View on Threads
Ramai Kongsi Pengalaman Sama, Gesa Lebih Banyak Langkah Keselamatan Dikuatkuasakan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan taktik baharu itu yang kelihatan sangat terancang dan sukar dikesan.
Ramai turut berkongsi pengalaman serupa, termasuk ada yang hampir ditipu sehingga RM2,000 melalui kaedah sama.


Beberapa pengguna turut mempersoalkan bagaimana akaun scammer itu boleh wujud selama lebih 11 tahun dalam sistem aplikasi tersebut tanpa sebarang sekatan.
Hal ini sekali gus menimbulkan keraguan terhadap sistem keselamatan platform itu sendiri.

Sekadar peringatan, orang ramai dinasihatkan agar tidak berkongsi perincian peribadi atau maklumat bank kepada pihak yang tidak dikenali, lebih-lebih lagi jika transaksi dilakukan di luar aplikasi rasmi itu sendiri.
Segala bentuk pautan atau arahan untuk log masuk ke bank hendaklah dilakukan secara terus dari laman web rasmi bank dan bukannya menerusi pihak ketiga.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tak Tahu Apa Nak Buat Bila Kena Scam? Ini Nombor Yang Boleh
Baca Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Wang Dipulangkan Semula Lepas Lakukan 20 Transaksi Bank Pada Scammer
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Dedah Bagaimana Scammer Berjaya Akses Data Peribadi Mangsa Dalam Telefon Bimbit
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



