“Mesti Jadi Core Memory” – Sekumpulan Pemuda Bersorak Lepas Si Kecil Jaringkan Gol Cuit Hati Ramai
Kanak-kanak lelaki itu dilihat main bola sepak berseorangan di padang Politeknik Kota Bharu, Kelantan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila di usia muda, pelbagai perkara yang mahu dicuba oleh golongan kanak-kanak. Mana tidaknya, baharu sahaja nak mengenali dunia. Kadangkala, ada juga yang mahu bekerja selepas melihat orang dewasa pergi dan pulang setiap hari ke pejabat.
Selain itu, ada juga yang bercita-cita untuk menjadi pemain bola misalnya. Tetapi disebabkan fizikal badan yang belum matang, mungkin mereka mempunyai cabarannya tersendiri.
Oleh disebabkan itu, adalah penting bagi golongan anak kecil ini mendapat sokongan penuh dari orang ramai agar mereka tidak cepat berputus asa dan teruskan menggilap bakat sedia ada.
Kanak-kanak Lelaki Bermain Bola Seorang Diri Di Padang
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@a.022i88sjc59) apabila seorang pemuda dikenali sebagai Irfan Danial berkongsi suasana semasa berada di sebuah padang dipercayai sekitar Politeknik Kota Bharu, Kelantan.
Menerusi video perkongsian, kelihatan Irfan bersama rakan lain sedang memerhati dan menonton seorang budak lelaki yang gigih bermain bola sepak berseorangan di tengah padang.
Ketiadaan ahli pasukan lain tidak menjadi penghalang buat kanak-kanak lelaki berkenaan untuk bermain bola secara bersendirian. Dengan langkah kecilnya itu, budak tersebut berjaya menjaringkan gol dengan sempurna.
Sekumpulan Pemuda Bersorak Atas Kejayaan Budak Lelaki Jaringkan Gol
Namun perkara yang mencuri perhatian apabila kumpulan pemuda yang berada di tepi padang bersorak dengan meriah sejurus gol dijaringkan.
Dalam video itu, kelihatan Irfan bersama rakan-rakannya berlari ke arah budak lelaki itu dan meraikan kejayaannya. Malah salah seorang daripada mereka turut mengangkat si kecil pada bahu. Memang satu situasi yang menyentuh hati.

“Seorang lelaki gembira, semua lelaki gembira,” ujar Irfan di ruangan kapsyen.
Lebih terharu lagi apabila kanak-kanak berkenaan mengukirkan senyuman selepas disambut sebegitu rupa. Mungkin dapat rasa macam bintang pemain bola pada ketika itu. Comel!
Hantaran ini nyata mendapat perhatian ramai selepas ia menerima sebanyak 1.2 juta kali tontonan setakat artikel ini ditulis (4 Julai 2025).
@a.022i88sjc59 1 lelaki gembira, semua lelaki gembira #ptss #football ♬ Viva La Vida Coldplay sped up – ol
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Terharu Lihat Si Kecil Gembira Selepas Diraikan Kerana Jaringkan Gol
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut tersentuh melihat momen yang dipercayai tidak akan dilupakan oleh si kecil.
“Terima kasih abang semua. Korang baru je cipta kenangan manis yang adik tu akan ingat sampai la besar,” kata seorang wanita.
“Bang, kau bagi satu memori yang budak ni tak akan lupakan sampai dia tutup mata. Silap-silap dia cari kau balik bila dia dah besar,” ujar seorang lagi netizen.
Malah ada yang berkata golongan lelaki mudah mendapat kawan dan kenalan baharu.
“Ni la sebab lelaki banyak kawan mana pilih umur kalau berkawan,” seloroh seorang pengguna TikTok.
Baca Artikel Berkaitan: “Senang Betul Cari Kawan” – Lelaki Ini Selamba Join Sekumpulan Nenek Lepak Depan Rumah
Sementara itu, netizen turut berharap agar kanak-kanak tersebut mampu menjadi seorang pemain bola sepak pada masa akan datang.
“Mulai dari saat itu dia menyimpan cita-cita untuk jadi pemain bola,” kata seorang warganet.





Bapa Tolak Anak Istimewa Dalam Stroller Sambil Berlari Marathon
Dengan sokongan tidak terhingga dari kenalan rapat dan insan tersayang, perkara yang pada awalnya sukar sememangnya boleh menjadi mudah.
Seperti sebelum ini, tular satu hantaran di media sosial menyaksikan seorang bapa yang menyertai Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) bersama anak syurganya.
Kelihatan bapa itu menolak anak perempuan yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) berada di dalam stroller sambil berlari ketika menyertai program tersebut.
Malah apa yang lebih menarik, anak perempuan yang mesra dipanggil Dihan itu kelihatan tenang dan seronok sepanjang dibawa berlari bersama bapanya.
Alhamdulillah, semangat yang ditunjukkan oleh kedua-dua peserta akhirnya membuahkan hasil apabila mereka berjaya menuju ke garisan penamat.
Baca Artikel Berkaitan: Bapa Dukung Anak Syurga Ke Garisan Penamat Ketika Sertai Marathon Buat Ramai Sebak [Video]
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Tersentuh Lihat Reaksi Anak Terharu Ayah Beli Kereta Baharu Hingga Nangis
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Penjual Terus Bagi Free!” – Ramai Kagum Lihat Usaha Kanak-Kanak Kumpul Duit Beli Kasut Idaman
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.