“Berhenti Lah!” – Aksi Uncle Tempik & Hon Lori Yang Dipandu Huyung-hayang Raih Perhatian
Kelihatan lori tersebut memandu secara berbahaya di mana ia hampir melanggar kenderaan-kenderaan lain yang berada di lebuh raya menghala ke Rompin itu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Semasa berada di atas jalan raya, semua pengguna diingatkan untuk memandu dengan berhemah dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.
Hal ini kerana jalan atau lebuh raya merupakan lokasi yang berbahaya kerana ia melibatkan kenderaan yang bergerak dengan kelajuan tinggi. Antara perkara lain yang perlu dititikberatkan adalah kesihatan dan keadaan diri sendiri sebelum memandu.
Sebagai contoh, masih ada yang berdegil untuk teruskan perjalanan mesikpun mereka kepenatan dan mengantuk. Seperti yang kita tahu, sukar untuk mengawal minda masing-masing setiap kali rasa ngantuk.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Sikap Murni Pelanggan Offer Bawa Kereta Kerana Simpati Pemandu E-Hailing Mengantuk Raih Pujian
Lori Jalan Huyung-hayang Di Lebuh Raya Menghala Rompin
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@enghenglim6) apabila seorang pemandu kenderaan berat dikenali sebagai Eng Heng berkongsi situasi mendebarkan yang berlaku di sebuah lebuh raya pada waktu malam.
Menerusi video perkongsian, kedengaran Eng Heng sedang menjerit sambil membunyikan hon berkali-kali kepada pemandu lori yang berada di hadapannya.
Hal ini kerana pemandu tersebut seakan tidak fokus terhadap perjalanan kerana kenderaan itu dilihat terhuyung-hayang dari arah kanan ke kiri.
Lebih menggerunkan apabila lori itu hampir berlanggar dengan kenderaan-kenderaan lain yang berada di lokasi sama. Dakwa Eng Heng, dia sudah mengekori lori itu sejauh 15KM namun pemandu masih berdegil dan tidak mahu memberhentikan kenderaannya.
Dalam klip sama, kelihatan lori itu hampir terlanggar pembahagi jalan di sebelah kiri.
@enghenglim6 ♬ 原声 – lim. eng heng
Tonton video [DI SINI].
@enghenglim6 ♬ original sound – ariessunflowersz
Tonton video penuh [DI SINI].
Uncle Lapor Insiden Berbahaya Kepada Pihak Berkuasa
Oleh disebabkan aksi itu mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain, Eng Heng telah bertindak menghubungi pihak berkuasa dipercayai polis agar tindakan lanjut boleh diambil dengan segera.
“Lori tu saya dah hon banyak kali tapi tak nak berhenti. Lebuh raya menghala ke Rompin. Orang tu ngantuk. Tengok semua orang sudah hon, dia masih lagi dekat tengah jalan tak nak berhenti!” lapornya kepada polis.
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Lelaki Ekori Pemandu Yang Dipercayai Mengantuk
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa bimbang dan mempersoalkan tindakan pemandu lori yang masih meneruskan perjalanan meskipun tidak fokus.
“Saya banyak kali dah nampak orang macam ni. Kadang-kadang nak potong sebelah dan nak tegur dia tak berani la sebab ke kiri dan kanan dia pergi. Sedih sangat bila tengok ada pemandu macam ni,” kata seorang individu.
Dalam masa sama, ramai juga berterima kasih kepada Eng Heng kerana prihatin dengan keselamatan pengguna jalan raya lain.
“Marah uncle marah dia! Terima kasih uncle. Common sense sangat tinggi. Usaha sungguh-sungguh nak elak jadi kemalangan. Semoga uncle sentiasa selamat dalam perjalanan,” kata seorang netizen.
Sementara itu, ada juga yang berkongsi pengalaman mereka semasa menghadap perangai individu yang memandu secara tidak berhemah sebelum ini.
“Aku pernah macam ni. Aku follow kereta tu. Lepas R&R Dengkil kalau tak silap aku nampak peronda. Aku tahan peronda tu.
“Sambil memandu sambil bagi signal tangan yang kereta depan jalan (memandu) macam orang mabuk. On the spot siren dia hidup,” kata seorang pengguna TikTok.




Tips Untuk Elak Mengantuk Ketika Memandu
Sekadar info, jika ada yang mengantuk ketika memandu, ini cara ringkas yang boleh digunakan untuk menghilangkan rasa mengantuk ketika memandu.
Caranya adalah:
- Jangan lebih atau kurang makan sebelum memandu. Makan dengan amaun yang sederhana.
- Jangan memandu dalam keadaan khayal. Ini kerana situasi sebegini boleh melambatkan respon ketika memandu.
- Cari teman memandu yang rajin bersembang.
- Berhenti untuk solat dan rehat
- Pasang radio dan dengar celoteh DJ
- Tetapkan suhu penyaman udara kereta yang sesuai. Ini kerana suhu yang sejuk boleh menyebabkan individu mudah mengantuk.
- Kurangkan pengambilan gula
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Minta Isteri Drive Sebab Mengantuk, Tak Sampai 5 Minit Diminta Pandu Semula
Baca Artikel Berkaitan: “Masa Drive Tertidur” – Lelaki Ini Kongsi Cerita Bantu Gadis Balik Melaka Lepas Terlanggar Divider
Baca Artikel Berkaitan: Pakar Neurologi Ulas Apa Itu ‘Microsleep’, Punca & Cara Atasinya
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.