[Video] Sampai Ada Kes Curang, Dr Say Tegur Golongan Suami Yang Jijik Dengan Stretch Marks & Bekas Czer Isteri
Menurut Dr Say, stretch marks (kesan regangan pada kulit) dan bekas pembedahan czer merupakan perkara yang normal bagi ibu hamil.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Buat individu luar biasa yang bergelar ibu, terdapat banyak halangan dan cabaran mereka perlu lalui sebelum dapat menimang cahaya mata.
Sebagai contoh, kepenatan, stres, tidak sedap badan, kerap membuang air kecil, sukar bergerak, tidak dapat melakukan aktiviti lasak dan yang paling ketara adalah perubahan hormon serta fizikal badan.
Bagaimanapun ada juga yang menggunakan perkara itu sebagai satu cara merendahkan kaum Hawa ini.
Baca Artikel Berkaitan: Ibu Hamil Cepat Rasa Lesu Dalam Rutin Harian? Ini Tips Tingkatkan Imun Badan
Lelaki Curang Kerana Tak Suka Stretch Marks & Bekas Czer Pada Isteri
Baru-baru ini, tular di laman TikTok apabila influencer yang juga doktor selebriti terkenal, Dr Say Shazril berkongsi tentang satu tangkap layar diterima daripada isterinya.
Dalam screenshot perbualan itu, kelihatan seorang individu dipercayai suami kepada seseorang merendahkan ibu hamil yang menunjukkan perubahan pada tubuh badannnya.
“Ada ke nak dekat perempuan yang ada bekas Czer (pembedahan cesarean, C-section).. ada ke nak perempuan (yang ada) stretch marks (kesan regangan pada kulit) berlambak dekat perut,” katanya.

Dedah Dr Say, si suami telah bertindak mencurangi isterinya hanya kerana alasan tersebut.
“Kisahnya seorang suami curang dengan bininya dan dia nak ngorat perempuan lain dengan bercakap tentang ex wife dia guna ayat-ayat sebegini,” katanya.
Menurutnya, perkara itu terjadi apabila segelintir kaum lelaki terutamanya golongan bapa masih tidak mengetahui ilmu atau fakta tentang ibu hamil.
Golongan ini akan menganggap stretch marks pada kulit dan juga bekas C-section sesuatu yang menggelikan serta jijik.
Dr Say Perjelas Proses Kesan Regangan Pada Kulit Perut
Oleh disebabkan itu, Dr Say tampil memberi perkongsian mengenai stretch marks dan bekas C-section yang perlu diketahui orang ramai.
Stretch marks dikatakan berlaku apabila kulit perut wanita mengandung meregang dengan cepat kerana bayi yang semakin membesar di dalam rahim.
Justeru itu, lapisan kulit paling bawah akan terkoyak secara perlahan-lahan hingga menjadi stretch marks.
“Dia ibarat kita tarik baju lama kuat-kuat. Benang dia mula renggang, kain jadi berbulu dan keluar jalur. Sama konsepnya. Bukannya wanita mengandung je kena, lelaki pun kalau perut besar mendadak dalam masa singkat penangan makan minum melampau akan naik stretch marks juga,” jelasnya.
Tambahnya, kesan regangan adalah kejadian yang normal dan tidak sepatutnya dipandang jijik atau disifatkan sebagai cacat.
7 Bahagian Badan Wanita Perlu Dikorban Kerana Czer
Berbicara tentang bekas C-section pula, si suami perlu tahu bahawa pembedahan itu bukan sahaja memotong satu lapisan kulit perut tetapi tujuh bahagian badan secara keseluruhan.
“Bermula dengan kulit, lemak, fascia, otot, lapisan peritonium, rahim dan kantung bayi. Ini semua bukan luka parut biasa tapi inilah luka untuk keluarkan anak bila cara biasa tak selamat untuk anak mahupun ibu tu,” jelasnya.
Bukan sahaja parut, malah golongan ibu juga perlu menghadap rasa sakit semasa dan selepas pembedahan selesai.
Baca Artikel Berkaitan: “Czer Ke Normal?” – Uyaina Arshad Kongsi Perkara Tak Patut Ditanya Pada Ibu Baru Bersalin
Baca Artikel Berkaitan: Luka Pembedahan Czer Lambat Sembuh? Ini 5 Mitos & Fakta Anda Perlu Tahu
“Dia kena tahan sakit nak bangun pun perit apatah lagi terbersin. Tanyalah azab dia macam mana. Kesimpulannya, stretch marks bukan kecacatan, bekas caesar bukan kekurangan. Itu lambang kekuatan.
“Kalau hang nilai perempuan pada licin kulit dan perut cantik, hang tak cukup matang lagi untuk jadi suami apatah lagi ayah,” tegasnya di akhir perkongsian.
Baca Artikel Berkaitan: Baru 2 Bulan Selesai Bersalin Czer, Wanita Terhamil Lagi!
@say_shazril0 Kisahnya seorang suami curang dengan bininya & dia nak powm kat ex wife dia dengan ayat2 sebegini. Benci manapun kat ex wife tu at least ingatlah dia jugak yg go through stretch marks & birth scars untuk melahirkan keturunan kita. Forward lah kat laki2 yg mungkin benak dengan kejadian stretch marks & bekas cezar ni k peeps?
♬ Dramatic Piano (sad background) – AurbanniAudio
Tonton video [DI SINI].
Orang Ramai Kecewa Stretch Marks & Bekas Czer Diperlekehkan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai golongan ibu berkata mereka sanggup mendapat stretch marks asalkan bayi dapat dilahirkan dengan selamat.
“Lain kali bila bini beranak masuk dan tengok. Baru dia tahu pengorbanan nak melahirkan tu. Setakat stretch marks tu, perempuan rela dapat. Asalkan anak lahir dengan selamat,” kata seorang wanita.
Malah ramai juga yang kecewa melihat sesetengah lelaki yang tidak memahami perjuangan si isteri bagi melahirkan bayi ke dunia ini.
“Tengok video macam ni, berkaca air mata. Sedihnya jadi orang perempuan ni. Berjuang habis-habisan nak bahagiakan si suami tapi..” luah seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, segelitir netizen berpendapat si suami sengaja menggunakan alasan terbabit untuk curang dengan perempuan lain.
“Tak adanya. Semua alasa je memang niat dia pun nak curang lepas tu berdalih. Bagi suami orang lain elok je, dia yang melebih-lebih,” kata seorang warganet.






Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.