[Video] Rider Ini Titip Pesanan Kepada Pelajar Buat Part Time Agar Tak Putus Asa Cari Rezeki Halal
Jelas lelaki dikenali sebagai Amir itu, dia faham keadaan pelajar ini yang mana mereka mencari duit poket bagi menampung perbelanjaan sepanjang pengajian.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sudah tentu matlamat bagi setiap bergelar pelajar adalah untuk lulus dengan cemerlang. Namun begitu, tidak dapat dinafikan alam pengajian tinggi mempunyai cabarannya.
Jika terdahulu, makanan dan pakaian disediakan oleh ibu bapa di rumah, tetapi kali ini para penuntut kolej atau universiti misalnya perlu berdikari dan belajar hidup sendiri.
Sesetengah golongan ini masih mendapat duit poket mencukupi oleh penjaga, tetapi segelintir pula hanya mengharapkan bantuan daripada agensi-agensi kerajaan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menampung perbelanjaan.
Oleh disebabkan itu juga, ada individu yang kurang berkemampuan melakukan kerja sambilan semasa belajar.
Baca Artikel Berkaitan: Demi Mencari Rezeki, Pemandu E-Hailing Sanggup Buat 3 Kerja Demi Sara 7 Anak
Baca Artikel Berkaitan: Tersentuh Lihat Remaja Gigih Cari Rezeki Dalam Hujan Lebat, Guru Borong Semua Barang Jualan
Baca Artikel Berkaitan: “Respect”- Pelajar Malaysia Buat PhD Di UK Jadi ‘Cleaner’ Untuk Kerja Sambilan Raih Perhatian [Video]
Rider Beri Pembakar Semangat Kepada Pelajar Yang Kerja Part-time Sebagai Penghantar Makanan
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@amir.long.tiger) apabila seorang rider penghantar makanan Grab dikenali sebagai Amir berkongsi pandangannya tentang para pelajar yang membuat kerja sambilan bagi menampung kos sara hidup.
Menurut Amir, golongan ini perlu berbangga dan tidak ambil kisah sekiranya ada individu yang mempelekehkan pekerjaan atau niat anda bagi mencari rezeki.
“Walaupun korang kerja tu hanya part time (separuh masa), apa-apa budak sama tempat belajar mengata kau, ‘Apalah kerja Grab Food ingat style la tu? Bawak beg (penghantaran) pergi universiti,’ apa-apa je diorang cakap depan kau buat b*doh je.
“Kau kerja je tau. Sebab aku tahu korang kerja sebagai part time rider ni hidup bukanlah senang sangat. Kalau hidup senang mesti tak jadi hantar makanan betul tak?” tanya Amir.
Rider Penghantar Makanan Bukan Satu Pekerjaan Yang Hina
Jelas rider itu, individu lain yang memperlekehkan pelajar melakukan kerja separuh masa ini hanya cemburu dengan kejayaan mereka.
“Dia tak boleh tengok duit kau banyak dari dia sebab tu dia suka mengata sama ada depan atau belakang. Walaupun kau sambung belajar tapi part time jadi penghantar makanan, tak hina pun. Tak hina pun kerja macam tu,” katanya lagi.
Tambah Amir di akhir perkongsian, pekerjaan ini jauh lebih baik dan mulia berbanding mereka yang bertindak menjual seks berunsur lucah hanya semata untuk mendapatkan wang.
Bukan sahaja menjatuhkan maruah diri tetapi juga ia adalah haram di sisi Islam.
@amir.long.tiger Jangan Lupa Tekan Reposted 🔃#fyp #fypage #fypシ゚ #amirlongtiger #ridergrabfood #grab #grabfood #acknowledge_me #foodpanda #lalamove #shopeefood ♬ original sound – Amir Long Tiger ☝️🐯
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Kongsi Sisi Baik Belajar Sambil Bekerja
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju dengan pandangan Amir.
“Aku lagi suka tengok orang kerja time belajar. Nampak rajin dan tak mengharapkan ihsan ibu bapa,” kata seorang individu.
Malah ramai netizen berpendapat bahawa individu yang bertindak memperlekehkan pekerjaan sebagai penghantar makanan hanya memendam sifat dengki.
“Hidup senang je bang. Tapi saja nak cari duit. Yang mengata tu duit dalam bank RM5,000 pun tak sampai,” ujar seorang pengguna Threads.
Ada pekerja Grab berkata dia melakukan kerja tersebut kerana mahu belajar berdikari daripada sentiasa mengharapkan duit poket dari orang tua.
“Aku dah tiga tahun dari diploma buat Grab. Sekarang dah ijazah semester 3. Banyak dah aku tolong pelajar lain masuk Grab. Diorang hormat sebab pandai cari duit sendiri. Daripada asyik meminta ibu bapa baik buat simpanan kan. Belajar berdikari,” kata seorang pelajar.





Kanak-kanak Perempuan Sediakan Makanan Jamuan Guna Duit Sendiri
Bukan sahaja di kalangan anak muda di pengajian tinggi, tetapi ramai juga kanak-kanak lain yang sudah berdikari sejak kecil kerana tidak mahu menyusahkan ibu bapa.
Seperti sebelum ini, tular di media sosial apabila seorang budak perempuan gigih menyediakan snek buat rakan sekelas bersempena dengan anjuran jamuan akhir tahun.
Perkara yang mencuri perhatian adalah modal untuk menyediakan snek choco jar mini itu merupakan hasil titik peluh anak sulung itu sendiri.
Jelas si ibu dikenali sebagai Nazya, dia pada awalnya tidak meletakkan nama dalam senarai ibu bapa yang menyediakan makanan untuk jamuan tersebut. Hal ini kerana dia tidak mempunyai simpanan mencukupi bagi menyediakan juadah yang banyak untuk rakan sekelas anak sulungnya itu.
Namun disebabkan rakan-rakan yang lain menyediakan sesuatu, kanak-kanak perempuan berkenaan juga teringin melakukan perkara sama dan berusaha keras bagi mengumpul modal untuk jamuan terbabit.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Puji Murid Gigih Jual Keychain, Cari Modal Sediakan Choco Jar Untuk Jamuan Kelas
Baca Artikel Berkaitan: “Berjam-jam Adik Ni Panas” – Kanak-kanak Dalam Maskot Katak Di Pasar Raya Undang Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: “Mak Ayah Penat Balik Kerja” – Ramai Sebak Dengar Jawapan Murid Ini Tekad Nak Berjaya
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.