Now Reading
Tular Lagi Kes Cop Parking Di Pasar Raya, Boleh Ke Kalau Ikut Undang-Undang?

Tular Lagi Kes Cop Parking Di Pasar Raya, Boleh Ke Kalau Ikut Undang-Undang?

Situasi itu dirakamkan oleh seorang individu di pasar raya di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak dinafikan betapa penatnya apabila kita berkunjung ke suatu tempat seperti pusat beli belah, pasar raya atau kawasan perumahan tetapi tiada ruang parkir yang kosong.

Lebih menyakitkan hati lagi jika terdapat ruang yang kosong namun diletakkan pula barang yang bertujuan untuk ‘cop parking’ tersebut.

Malah kita sering kali melihat individu yang sanggup berdiri di petak parkir dengan bertujuan untuk menghalang kenderaan lain sementara menunggu kereta dipandu ahli keluarga atau rakan mereka tiba di situ.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Didakwa Cop Parking Tak Puas Hati Pemandu Lain Parkir Di ‘Tempatnya’

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Isu Cop Parking Belum Berakhir, Bila Ditegur Digelakkan Pula!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kes ‘Cop’ Parking Kembali Lagi. Kali Ini Kereta Nombor Plate Singapura Pula

Wanita Cop Parking Di Pasar Raya Siap Pakai Pelitup Muka

Itulah yang berlaku di sebuah pasar raya di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur baru-baru ini seperti dikongsikan di TikTok (@suzzanneanton).

Video yang dimuat naik memaparkan seorang wanita yang memakai pelitup muka berdiri di sebuah petak parkir untuk tujuan cop parking berkenaan.

“Siap pakai mask (pelitup muka) takut orang kenal ye. Tak beradab tau,” kata individu yang merakamkan situasi tersebut.

Walaupun terdapat sebuah kereta yang mahu masuk ke petak tersebut, dia tetap tidak berganjak sambil menunjuk ke arah kereta lain yang mahu parkir di situ dan membuat isyarat tangan ‘tidak boleh’.

Kereta terbabit kemudiannya mengalah dengan wanita itu dan beredar dari situ sebelum diikuti satu lagi kereta lain.

Wanita itu akhirnya berganjak ke tepi untuk memberi laluan kepada kereta dipercayai dipandu oleh keluarga atau rakannya itu masuk ke petak parkir tersebut.

@suzzanneanton #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – SnglmomKL_SuzzanneAnton

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Tetap Akan Parkir Di Situ Walaupun Ada Yang Cop

Tindakan wanita terbabit sememangnya meraih perhatian orang ramai memandangkan perbuatan cop parking dilihat menyusahkan pengguna lain di sekeliling.

Ramai yang berkata bahawa mereka akan memandu kereta masuk juga ke kotak parkir berkenaan secara perlahan-lahan walaupun dihalang oleh seseorang.

Ada juga yang menanyakan sama ada mereka boleh menghubungi talian kecemasan 999 dalam situasi sedemikian.

Seorang individu bagaimanapun berpendapat bahawa orang ramai sepatutnya mengambil inisiatif untuk menegur wanita berkenaan kerana perkara itu akan berlanjutan sekiranya dibiarkan.

Sumber: Threads

Cop Parking Satu Kesalahan Di Bawah Akta Pengangkutan Jalan

Memandangkan tindakan cop parking ini seolah-olah sudah menjadi satu fenomena, mungkin anda tertanya-tanya sama ada perkara itu sebenarnya menyalahi undang-undang mahupun tidak.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa mana-mana pihak yang meletakkan sesuatu sebagai tanda cop parking telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 50 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ini juga termasuk dengan tindakan cop parking dengan berdiri di suatu petak meletakkan kenderaan.

Di bawah Seksyen 119, pesalah boleh dikenakan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.

Namun jika ada melihat seseorang berdiri di petak parkir, janganlah saja-saja buat tak nampak atau mengugut untuk melanggarnya pula kerana itu juga merupakan satu kesalahan.

Sebaliknya, laporkan perkara itu kepada pihak JPJ menerusi salah satu cara di bawah:

  • Whatsapp ke 011-511 5252
  • Emel ke aduantrafik@jpj.gov.my
  • Telefon 03-8886 6412

Jangan lupa untuk dapatkan juga bukti seperti gambar atau video yang menunjukkan dengan jelas nombor plat pesalah bersama kesalahan yang dilakukan.

Baca Artikel Berkaitan: Kereta Kena Conteng & Cermin Sisi Dikepak Hanya Kerana Parkir Di Kawasan Flat Yang Telah Dicop

Baca Artikel Berkaitan: Penduduk Pasang Bumbung Depan Rumah Flat, Siap Cop Parkir Undang Pertikaian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kereta Digores Dalam Parkir Mall, Wanita Kesal Pengurusan Beri Alasan Tak Masuk Akal


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd