[Video] Simpang Empat Tiada Lampu Isyarat & Garisan, Ramai Gesa Pihak Berwajib Ambil Tindakan
Difahamkan, kekeliruan yang berlaku akibat ketiadaan lampu isyarat dan garisan pada jalan hampir menyebabkan lelaki itu terlibat dalam kemalangan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Dalam memastikan keselamatan jalan raya sentiasa berada pada tahap terbaik, peranan pihak berkuasa tempatan sangat penting. Penyelenggaraan infrastruktur seperti lampu isyarat, papan tanda dan garisan jalan adalah antara elemen penting.
Namun begitu, masih ada lokasi yang dilihat terlepas pandang atau kurang diberi perhatian, sekaligus menimbulkan risiko kepada pengguna jalan raya. Malah, ada kawasan yang langsung tiada sistem pandu arah asas, menjadikan laluan berbahaya.
Seperti yang berlaku baru-baru ini, seorang lelaki meluahkan rasa tidak puas hati selepas melalui sebuah simpang empat yang disifatkannya sebagai simpang maut kerana tiada langsung lampu isyarat, papan tanda dan garisan putih yang jelas.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Awtar Singh Dakwa Ada Kereta Disita JPJ Tersadai & Belum Dibawa Ke Mahkamah, Gesa Pemilik Ambil Tindakan
Baca Artikel Berkaitan: Ahli Parlimen Gesa Elaun Bomba Dinaikkan, Tidak Sepadan Dengan Risiko Kerja
Baca Artikel Berkaitan: “Niat Tak Halalkan Cara” – Wanita Ini Gesa Guru Sekolah Henti Periksa Pad Murid Untuk Pastikan Haid
Simpang Maut Di Jalan Bukit Kemuning Undang Risau Ramai
Menerusi satu perkongsian video di TikTok (@sifu_life), lelaki tersebut berkongsi situasi yang dihadapinya ketika melalui simpang empat yang terletak di Jalan Bukit Kemuning.
Dia yang ketika itu dalam perjalanan untuk menukar tayar kereta miliknya hampir terlibat dalam kemalangan akibat ketiadaan panduan jelas di simpang itu.
Menurutnya, simpang tersebut langsung tidak mempunyai garisan putih atau lampu isyarat. Malah garisan kuning dan tanda berhenti juga dikatakan sudah pudar serta sukar dilihat oleh pemandu.
Mengulas lanjut, keadaan jalan yang rosak serta dilalui banyak lori turut memburukkan lagi keadaan. Dia menyifatkan simpang itu sebagai simpang maut, dan juga menyeru agar pihak berwajib segera mengambil tindakan.
Dalam nada kesal, lelaki itu mengingatkan bahawa aduan tidak seharusnya ditunggu sehingga berlaku kemalangan atau kematian sebelum sebarang tindakan diambil.
Netizen Sepakat Bersetuju, Desak Tindakan Segera
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan yang dikongsikan. Ramai yang mengakui sering melalui kawasan tersebut dan turut berdepan kekeliruan apabila ingin menentukan laluan utama di simpang berkenaan.
Ada juga yang menyatakan pernah hampir berlanggar di kawasan itu kerana tidak pasti arah mana yang sepatutnya diberi laluan.

Keadaan jalan yang sibuk dengan kenderaan berat dan kurang pencahayaan pada waktu malam juga menambah risiko kemalangan.
Mereka menyeru agar pihak berkuasa segera mengambil tindakan membaiki garisan jalan dan memasang lampu isyarat demi keselamatan pengguna.

Pihak Berkaitan Didakwa Sudah Ambil Maklum, Tindakan Diharap Menyusul
Dalam satu kemas kini, pemilik video menjelaskan bahawa terdapat seorang individu dipercayai wakil pihak berkaitan yang telah menghubunginya bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan lokasi simpang tersebut.
Dia berharap tindakan segera akan diambil demi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku kepada pengguna lain yang mungkin tidak sempat untuk berhenti tepat pada masanya.
Kejadian ini menjadi peringatan bahawa aspek keselamatan asas seperti garisan jalan dan lampu isyarat bukan perkara remeh. Ia adalah nadi utama kepada kelancaran dan keselamatan pengguna jalan raya.

Cara Buat Aduan Jalan Rosak Di Kuala Lumpur
Sekadar info, jika anda melalui atau terjumpa jalan yang rosak di sekitar Kuala Lumpur, anda boleh membuat aduan melalui saluran seperti berikut:
1. Jabatan Kerja Raya (JKR)
- Nombor Telefon: 1-300-888-557
- Melalui emel: aduan@jkr.gov.my
- Aplikasi MyJalan KKR
2. Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL)
- WhatsApp Aduan Potholes DBKL di 011 62396652
- Laman web aduan iSPAAA DBKL
- Hotline DBKL di talian 1 800 88 3255
- Sistem Pengaduan Awam DBKL
- Aplikasi i-Tegur (KPKT)
- Aduan bersemuka di Pejabat Cawangan DBKL
Baca Artikel Berkaitan: Anjing Liar ‘Pecah Masuk’ Rumah Kejar Kucing, Ramai Gesa Pihak Berkuasa Ambil Tindakan
Baca Artikel Berkaitan: PHM Gesa Hentikan Trend Makan ‘Cheese Leleh’, Perangkap Yang Boleh Jejaskan Kesihatan
Baca Artikel Berkaitan: Papan Tanda & Lampu Jalan Di Laluan Gajah, Kerajaan Ambil Serius Isu Kemalangan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



