“Kes Khianat Jadi Lagi” – Beberapa Cermin Kereta Pecah Di PPR Undang Perhatian
Menurut wanita dikenali sebagai Su, kejadian cermin kereta pecah yang lebih kurang sama pernah berlaku baru-baru ini di PPR Pantai Ria, Kuala Lumpur.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
“Malang tidak berbau.”
Itulah ungkapan yang selalu didengari apabila ada individu ditimpa musibah ketika waktu tidak dijangka. Walaupun sudah berhati-hati namun ada sahaja faktor luaran yang tidak dapat dikawal.
Sebagai contoh sikap individu yang melakukan onar dengan sesuka hati di tempat terbuka. Antara kes yang kerap didengari berlaku di kawasan pangsapuri atau flat adalah perbuatan khianat di tempat meletakkan kenderaan.
Baca Artikel Berkaitan: “Susah Parking Terhad” – Lelaki Beri Amaran Kes Curi Bateri Di LRT Glenmarie Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] 5 Kereta Kena Sagat Lepas Parkir Luar Kawasan LRT Glenmarie Undang Pelbagai Reaksi
2 Cermin Kereta Pecah Sekitar PPR Pantai Ria
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@susyed88) apabila seorang wanita dikenali sebagai Su mendedahkan situasi yang berlaku di kawasan parkir sekitar Program Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Kuala Lumpur.
Menerusi video perkongsian, kelihatan cermin belakang kereta jenis Proton Persona dan Honda Insight telah pecah seakan dihentak dengan objek yang berat. Dakwa Su, ia adalah perbuatan khianat seorang individu yang berada di kawasan tersebut.
“Khianat lagi.. mengapakah?” tanya Su di ruangan kapsyen.
Jelas Su, perkara tersebut telah menyusahkan penduduk yang menggunakan kenderaan berkenaan pada setiap hari.
“Itulah tak ada kerja kan buat macam ni. Orang-orang yang ada kereta untuk guna hari-hari dah susah dah,” ujar Su.
Tambah wanita itu, pelaku bagi kejadian ini telah pun dikenal pasti.
@susyed88 khianat lagi… mengapakah #capcut ♬ Swear By It – Chris Alan Lee
Tonton video penuh [DI SINI].
Kes Sama Pernah Terjadi Baru-baru Ini Di PPR Itu
Sebelum ini, Su juga ada mendedahkan situasi sama yang pernah berlaku di lokasi terbabit. Dalam klip berkenaan, kelihatan cermin hadapan beberapa buah kereta retak dan diletakkan batu besar di atasnya.
Selain itu, ada juga Perodua Axia berwarna hitam yang rosak pada bahagian cermin belakang.
Pada awalnya, ramai warganet menyangka ada individu yang berang dengan pemandu kereta memandangkan kenderaan tersebut diparkir di tepi jalan dan berkemungkinan mengganggu laluan orang lain.
Namun selepas ia berulang lagi pada kenderaan yang diletakkan pada blok lain, Su percaya bahawa ia adalah perbuatan khianat.
@susyed88 angkara siapa ni ye …
♬ never have i ever – Casey Baer
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Tentang Dakwaan Khianat Di PPR
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa bengang dengan tindakan individu yang membuat onar di kawasan PPR.
“Mak ai, dia ingat ganti cermin belakang tu pergi kedai RM2 ke,” kata seorang pengguna TikTok.
“Kesiannya hidup sihat tubuh badan kuat perkasa tapi buat kerja khianat. Kufur nikmat ke ni?” tanya seorang warganet.
Malah segelintir netizen turut berasa bimbang sekiranya aksi itu akan membahayakan orang lain.
“Astaghfirullahazim. Orang macam ni tak boleh dibiarkan berlegar-legar di luar. Kena cekup cepat-cepat sebab berbahaya. Apa pun alasan dia, tetap perlu dipertanggungjawabkan. Tak ada alasan mental ke apa,” kata seorang lelaki.
Sementara itu, ramai berharap agar pelaku dapat ditangkap oleh pihak berkuasa secepat mungkin agar orang lain tidak menjadi mangsa.
“Mungkin dia tak ada kereta. Jadi dia tak tahu harga cermin tu kalau pecah. Stres betul,” luah seorang wanita.






Lelaki Pecahkan Cermin Kereta Gara-gara Owner Myvi ‘Double Park’
Kadangkala, kejadian sebegini berlaku apabila ada individu tidak berpuas hati selepas kereta diparkir di tempat tidak sepatutnya. Seperti sebelum ini, seorang lelaki telah bertindak memecahkan cermin sebuah kereta yang parkir berganda (double park) hingga menghalang laluan.
Selepas cermin bahagian pemandu tersebut pecah, lelaki berkenaan kemudian dipercayai menurunkan brek tangan dan menolak Myvi itu ke belakang.
Tonton video penuh [DI SINI].
Namun begitu perlu diingatkan, ia tidak boleh dijadikan satu alasan untuk anda bertindak sebegitu. Hal ini kerana, anda berkemungkinan perlu membayar ganti rugi kerosakan kereta yang dilakukan.
Tindakan yang wajar dilakukan adalah dengan membuat aduan kepada pihak berkuasa tanpa melakukan sebarang aksi agresif.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kes Khianat Terbalikkan Myvi Di Johor Bahru, 7 Individu Mengaku Bersalah
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Pecahkan Cermin Kereta Gara-gara Owner Myvi ‘Double Park’ Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Persoal Tindakan Wanita Cari Saksi Selepas Cermin Kereta Kena Pecah Gara-Gara Double Park
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.