[Video] Aksi Kucing Hampir Digilis Lori Di Tengah Jalan Raya Bikin Ramai Seriau
Si bulus yang diselamatkan itu telah dibawa berjumpa doktor haiwan yang mendapati terdapat retak pada kaki belakang sebelah kanannya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kucing liar yang berkeliaran di sekitar kawasan rumah, malah di jalan raya bukanlah satu situasi yang aneh lagi di dalam negara kita.
Ini merupakan perkara yang amat malang buat mereka kerana sentiasa berada dalam keadaan yang sangat terdedah kepada bahaya.
Kebiasaannya, orang ramai pasti mengambil inisiatif untuk menyelamatkan kucing yang berada dalam keadaan bahaya, malah turut mengambil si bulus menjadi sebahagian daripada keluarga mereka.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Hiba Kucing Peliharaan Dah Pergi, Pakcik Ini Lepas Rindu Main Dengan Si Bulus Di Cat Cafe
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kerana Simpati & Kasihan, Wanita Bawa Pulang Tujuh Ekor Anak Kucing Buat Ramai Tersentuh
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Puji Tindakan Lelaki Selamatkan Kucing Di Tengah Jalan Raya Sibuk
Lelaki Selamatkan Kucing Dari Tengah Jalan Raya Yang Sibuk
Sifat mulia itulah yang ditunjukkan oleh seorang lelaki apabila dia menyelamatkan seekor anak kucing yang berada di tengah jalan raya.
Satu hantaran video di TikTok (@nurainrdzuan) menyaksikan seekor anak kucing yang tersesat di tengah jalan raya dengan kenderaan dipandu laju berhampirannya.
Lebih mengecutkan perut lagi apabila kelihatan sebuah lori treler yang hanya sipi-sipi mengelak si bulus itu.
Melihat keadaan itu, lelaki terbabit segera melintas jalan raya untuk menyelamatkan kucing berkenaan. Dia sempat memberi isyarat tangan agar kenderaan di laluan tersebut diperlahankan.
Si Bulus Berada Dalam Keadaan Yang Sangat Takut, Ada Darah Pada Hidung
Dia kemudian segera kembali ke keretanya sambil membawa anak kucing berwarna hitam itu bersama.
Si bulus itu dipercayai berada dalam keadaan yang amat ketakutan sehingga membulatkan badannya seakan-akan menjadi bentuk bola.
Kedengaran juga isteri kepada lelaki berkenaan yang merakamkan situasi itu berkata terdapat darah pada hidung anak kucing tersebut.
“Panjang umur kamu anak kecil. Pagi Isnin jalan sibuk, kereta dan lori lalu lalang. Gementar rasanya masa ini.
“Terima kasih suami selamatkan anak kucing ni. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan mu di dunia dan akhirat,” tulis wanita itu pada ruangan kapsyen.
@nurainrdzuan panjang umur kamu anakk kecil😭 pagi isnin jalan sibuk kete lori lalu lalang . nervous rasa nya masani . terima kasih suami selamatkan anak kucing ni . semoga allah permudahkan segala urusan mu dunia&akhirat🤲🏻❤️
♬ original sound – Nrain_
Tonton video penuh [DI SINI].
Warganet Puji Aksi Berani Lelaki Selamatkan Anak Kucing
Aksi berani lelaki itu pastinya meraih pujian orang ramai yang turut berterima kasih kepadanya kerana menyelamatkan si bulus yang dalam ketakutan.
Sesetengah pengguna media sosial juga menzahirkan rasa risau melihat lori yang hampir melanggar kucing berkenaan.
“Tak terkata kak, nampak riak muka kucing tu sangat dalam ketakutan. Bayangkan itu kita, lalu diselamatkan sedangkan sudah putus harapan,” kata seorang lelaki.
Dalam masa sama, segelintir pengguna media sosial berpendapat bahawa kucing itu kemungkinan tercicir kerana memasuki bahagian bawah kereta sebelum kenderaan bergerak.










Si Bulus Telah Dibawa Ke Vet, Ada Retakan Pada Kaki Belakang Kanan
Menerusi beberapa hantaran lain, si bulus terbabit dilihat selamat berada dalam jagaan pasangan itu dan telah dibawa bertemu doktor haiwan.
Doktor haiwan yang merawatnya bagaimanapun merasakan bahawa dia telah dilanggar kerana terdapat tompok darah di dalam matanya.
Tambah doktor itu lagi, terdapat retakan pada kaki belakang sebelah kanan. Namun katanya memandangkan kucing itu masih kecil, retak berkenaan boleh sembuh dengan sendirinya.
Anak kucing tersebut juga kedengaran mengeluarkan suara seakan-akan marah kerana berada dalam keadaan yang sakit.
Si bulus akhirnya telah diberi tiga suntikan yang merangkumi ubat saraf dan ubat radang.
@nurainrdzuan penjelasan dari doktor 🥺 terima kasih apakkk @SIDEMIRROR ♬ original sound – Nrain_
Tonton video penuh [DI SINI].
Kucing Sering Masuk Ke Bahagian Enjin & Kawasan Berdekatan Tayar Kereta
Seperti yang dinyatakan oleh beberapa pengguna media sosial di atas, kucing berkenaan mungkin telah tercicir dari kereta.
Bagi mereka yang memelihara kucing, pasti tahu bahawa haiwan ini gemar masuk ke dalam kawasan enjin kereta atau bahagian di atas tayar.
Seperti sebelum ini, sepasang suami isteri mendakwa terdengar bunyi kucing ketika memandu sebelum menemukakan seekor anak kucing di kawasan berhampiran tayar kereta.
Jadi sekiranya anda ada memelihara si bulus atau meletakkan kereta di kawasan yang terdapat banyak kucing liar, lebih elok jika periksa dulu sama ada terdapat kucing yang tersesat.
Antara perkara yang boleh dilakukan adalah:
- Cuba untuk memanggil kucing dan menunggu jika ada sebarang sahutan kedengaran.
- Semak keadaan bawah kenderaan terlebih dahulu.
- Bunyikan ‘ram’ dengan kuat ketika menghidupkan kereta untuk memberi tanda amaran kepada kucing.
Baca Artikel Berkaitan: Cemas Dengar Bunyi Kucing Dalam Enjin, Wanita Ini Segera Ke Bengkel Minta Bantuan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] UAI Perjelas Hukum Terlanggar Kucing Hingga Mati & Tidak Tanam Bangkai
Baca Artikel Berkaitan: “Yeah Atuk Dah Sampai!” – Ramai Teruja Lihat Kucing Cam Bunyi Enjin Motor Lelaki Ini
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



