Now Reading
“Siap Pergi Dusun Kutip Durian” – Aksi Lelaki Masak & Kongsi Rezeki Dengan Roommates Raih Pujian

“Siap Pergi Dusun Kutip Durian” – Aksi Lelaki Masak & Kongsi Rezeki Dengan Roommates Raih Pujian

Selain memasak hidangan rendang ayam buat rakan sebilik lain di kampus UiTM Shah Alam, lelaki itu juga telah pergi ke dusun untuk mengutip durian kerana ia merupakan buah kegemaran mereka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semasa berada di alam pengajian tinggi, anda akan berjumpa dan berkenalan dengan individu baharu. Antara memori tidak boleh dilupakan sepanjang tempoh pembelajaran adalah kehidupan bersama rakan dan teman serumah.

Kemas bilik, cuci pakaian, bersukan, belajar dan pergi ke mana-mana semua bersama. Ini termasuklah menikmati juadah makanan.

Setiap kali ada rakan balik pada hujung minggu, pasti ada segelintir yang membawa pulang makanan dimasak oleh ibu bapa mereka untuk dijamah. Namun lain pula kali ini apabila pelajar itu sendiri yang bertindak memasak untuk sahabatnya.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Eksperimen Sosial Lelaki Tak Makan 2 Hari, Ramai Individu Tampil Kongsi Rezeki

Baca Artikel Berkaitan: “Baik Dia Kongsi Rezeki” – Pelakon Remaja Belanja Keluarga Makan Lepas Dapat Gaji Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: “Serious Best Tak Tipu” – Ramai Terinspirasi Dengan Tindakan Sedekah Makan Buat Gelandangan

Pelajar Gigih Sediakan Makanan Buat Rakan-rakan Di Kampus

Seperti baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@tajaott) apabila seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dikenali sebagai Jaie berkongsi momennya menyediakan juadah makanan bagi rakan sebilik.

Lain daripada lain, Jaie buat semuanya sendiri dari awal iaitu dia pergi ke dusun untuk kutip buah durian yang segar. Selepas berjemur ketika cuaca panas bagi mencari durian, dia kemudian membawanya pulang dan membungkus buah itu dengan rapi di dalam bekas.

“Roommates suka makan durian katanya,” ujar Jaie di ruangan kapsyen.

Sumber: TikTok (@tajaott)

Bukan sahaja buah-buahan, malah Jaie juga sempat memasak untuk rakan-rakannya. Daripada membeli lauk di pasar, menyediakan bahan, menumis dan memasak semuanya dilakukan sendiri oleh pelajar itu.

Selepas Jaie siap memasak lauk ayam rendang tersebut, dia terus membersihkan dapur seperti sedia kala. Lelaki berkenaan juga tidak terlepas untuk membungkus juadah disediakan oleh si ibu iaitu sambal tempoyak daun kayu.

Rakan-rakan Berselera Jamah Makanan Yang Disediakan

Walaupun perlu membawa bekas besar ke dalam tren bagi menuju ke universiti, namun Jaie dilihat teruja untuk mengisi perut teman-teman sebiliknya.

Sumber: TikTok (@tajaott)

Setibanya di kampus, mahasiswa berkenaan terus menghidangkan makanan-makanan tersebut kepada rakannya. Malah ada juga yang dilihat sudah melicinkan pinggan selepas mencuba sendiri makanan dimasak dengan air tangan Jaie.

Alhamdulillah, niat murni lelaki itu sedikit sebanyak telah mengenyangkan perut dan menggembirakan hati rakan seperjuangan lain.

@tajaott Roomates suka makan durian katanya #uitmshahalam #fyp ♬ เสียงต้นฉบับ – kittikmr – veesun95

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Kagum Dengan Kesungguhan Pelajar Sediakan Juadah Buat Rakan Sebilik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji tindakan Jaie yang tidak berkira berkongsi rezeki dengan rakan lain.

“Kenyang perut kawan-kawan. Alhamdulillah, sanggup berangkut bekal,” kata seorang wanita.

Malah segelintir netizen turut kagum dengan Jaie kerana terus membersihkan ruangan dapur selepas selesai memasak.

“Akak paling suka part pandai lap dapur tu. Terbaik. Tak pernah tengok ada orang lelaki kemas macam tu. Mak awak buat yang terbaik untuk didik awak,” ujar seorang pengguna TikTok.

“Dik part beli bahan dan masak tu memang dah kagum. Lagi betul-betul wow bila cuci dapur dik. Terbaik,” jelas seorang lagi wanita.

Sementara itu, warganet juga tidak terlepas mendoakan agar rezeki Jaie sentiasa berpanjangan selepas ini.

“Bagusnya. Travel naik pengangkutan awam pun boleh bawa bekal untuk kawan-kawan. Semoga dimurahkan rezeki selalu,” kata seorang individu.

Sumber: TikTok (@tajaott)

Lelaki Masak Juadah Dari Malaysia Untuk Rakan Warga Korea

Selain mendapat ganjaran pahala kerana bersedekah kepada orang lain, berkongsi rezeki ini juga boleh membuatkan anda rasa puas hati selepas melihat senyuman pada wajah si penerima.

Sebelum ini, seorang pekerja di Korea dikenali sebagai Fikri Akram mendapat perhatian ramai apabila dia bertindak menyediakan sajian kegemaran ramai dari Malaysia buat rakan staf lain di sana.

Sumber: TikTok (@fikriakram91)

Makanan yang disediakan adalah set sate bersama nasi impit. Jelas kelihatan pada wajah rakan-rakan, yang mana mereka menikmati juadah legend berkenaan.

Kalau ada rezeki lebih, boleh la berkongsi dengan individu lain mengikut kemampuan anda. Insya-Allah perbuatan itu diredai Tuhan Yang Maha Esa.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Netizen Bangga Orang Korea Enjoy Makan Sate Dengan Kuah Kacang Disediakan Rakan Sekerja Dari Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: “Sedap”- Acik-Acik Jepun Gembira Makan Bihun Goreng Dimasak Lelaki Malaysia [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Semoga Murah Rezeki Dia” – Pemilik Kedai Belanja Pelanggan Makan Lepas Tengok Ramai Beratur Panjang


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd