Now Reading
Lelaki Persoalkan Sama Ada Ibu Ayah Patut Basuh Najis Anak Di Tempat Ambil Wuduk

Lelaki Persoalkan Sama Ada Ibu Ayah Patut Basuh Najis Anak Di Tempat Ambil Wuduk

Menurut pengguna Threads, tandas lelaki ketika itu sedang dipenuhi orang ramai yang mungkin membuatkan bapa tadi memilih untuk membersihkan anaknya di tempat mengambil wuduk.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ibu ayah mesti tahu yang lampin bayi perlu segera ditukar sebaik sahaja dia membuang air besar bagi mengelakkan sebarang masalah.

Namun kadangkala apabila berada di luar rumah, tandas yang tersedia berada dalam keadaan yang kotor atau tidak sesuai untuk membersihkan bayi.

Oleh yang demikian, ada segelintir ibu ayah yang memilih untuk membersihkan najis bayi di tempat mengambil wuduk di surau atau masjid berhampiran.

Baca Artikel Berkaitan: Cuma Tukar Pampers Bayi 2 Kali Sehari, Review Jenama Lampin Ini Buat Orang Ramai Marah

Baca Artikel Berkaitan: Kipas, Makanan Instant & 5 Lagi Barang Penting Untuk Bayi Yang Perlu Dibawa Ketika Bercuti

Lelaki Persoalkan Tindakan Basuh Najis Anak Di Kawasan Berwuduk

Seperti dalam satu hantaran di Threads (@izac_98), perkara tersebut menjadi tanda tanya buat dirinya yang menyaksikan situasi sedemikian.

Menerusi gambar yang dikongsi, dapat dilihat seorang lelaki dipercayai sedang membersihkan anaknya di tempat berwuduk. Kelihatan juga diaper bag berwarna ungu yang diletakkan berhampirannya.

Menurut pengguna Threads terbabit, tandas lelaki ketika itu sedang dipenuhi orang ramai yang mungkin membuatkan bapa tadi memilih untuk membersihkan anaknya di tempat mengambil wuduk.

“Nak tanya pendapat. Apa korang rasa kalau satu-satunya tempat ambil air wuduk dijadikan tempat membasuh najis budak?” dia mempersoalkan perkara itu.

Sumber: Threads

Ramai Berpendapat Boleh Cuci Najis Anak Di Tempat Wuduk Tetapi Pastikan Bersih

Di ruangan balas, rata-rata pengguna Threads berpendapat bahawa tiada masalah untuk mencuci najis anak di kawasan berwuduk.

Namun mereka menegaskan agar ibu ayah yang berbuat demikian memastikan kawasan itu bersih dari sebarang najis selepas selesai urusan tersebut.

Seorang individu turut menyamakan keadaan itu dengan tandas di rumah di mana kebanyakan orang pasti mengambil wuduk dan melepaskan hajat di ruang yang sama.

“Kalau ikutkan tak sopan kan tempat kawasan wuduk, tapi dalam Islam janji bersih dari hadas tu,” kata seorang wanita.

Di samping itu, seorang lagi wanita berpendapat berdasarkan warna ungu diaper bag tersebut, mungkin ia merupakan kanak-kanak perempuan dan tidak sesuai dibawa ke tandas lelaki untuk dibersihkan.

Sumber: Threads

Dalam masa sama, ada individu yang memilih untuk bersangka baik bahawa kanak-kanak itu berumur di bawah satu tahun dan lebih mudah untuk mencuci najisnya secara terus di bawah paip.

Dia juga berpendapat mungkin lelaki tersebut bergegas dan membersihkan najis anaknya di ruang mengambil wuduk kerana lampin telah bocor.

Untuk info, lampin bayi perlu ditukar setiap empat ke enam jam bagi mengelakkan sebarang ruam.

Malah jika bayi telah membuang air besar, lampin perlu sedia ditukar agar tidak mengalami jangkitan kuman dan sebagainya.

Sumber: Threads

Air Kencing Bayi Lelaki Bawah 2 Tahun Hanya Minum Susu Ibu Ialah Najis Ringan

Umat Islam sedia maklum bahawa terdapat tiga jenis najis iaitu mukhaffafah (ringan), mutawasittah (sederhana) dan mughallazah (berat).

Menurut mazhab syafie, air kencing bayi lelaki yang berumur kurang daripada dua tahun dan hanya minum susu badan ibunya sahaja merupakan najis mukhaffafah yang cukup sekadar dipercikkan air pada tempat yang terkena najis tersebut.

Ini adalah berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Ummu Qais:

Maksudnya: “Bahawa dia (Ummu Qais) pernah datang kepada Rasulullah SAW bersama anak lelakinya yang masih kecil dan belum memakan makanan lalu Rasulullah SAW mendudukkan anak itu di pangkuan Baginda, kemudian bayi tersebut kencing di atas pakaian Baginda. Maka Baginda meminta air lalu memercikkannya ke atas kain Baginda dan tidak membasuhnya (menjirus air).”

Riwayat al-Bukhari (223) Muslim (287)

Cuci Najis Mutawasittah Yang Kelihatan Hingga Hilang Segala Zat

Sebaliknya, najis selain air kencing bayi lelaki seperti di atas merupakan najis mutawasittah yang perlu dicuci sehingga hilang bau, warna dan rasa.

Sebagai info, najis ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu hukmiyyah dan ‘ainiyyah.

Hukmiyyah ialah najis yang tidak kelihatan secara jelas kerana tiada tanda-tanda seperti bau, rasa dan warna. Untuk menyucikannya, cukup sekadar mengalirkan air pada tempat yang terkena najis.

‘Ainiyyah pula ialah najis yang kelihatan dan mempunyai sifat sama ada bau, rasa atau warna dan perlu dibersihkan sehingga hilang kesemua zat.

Walau bagaimanapun, sekiranya najis tidak hilang selepas tiga basuhan bersama bahan bantuan seperti sabun, ia dinamakan sebagai keadaan yang susah dan sudah dikira suci.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini Cara Sucikan Najis Di Atas Tilam Atau Sofa

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Timbang Rambut Bayi Bukan Adat, Tapi Ibadat Yang Masih Ramai Tak Tahu

Baca Artikel Berkaitan: Nak Bawa Bayi Naik Kapal Terbang? Ini 5 Tips Mudahkan Perjalanan Anda


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd