[Video] Awtar Singh Dakwa Ada Kereta Disita JPJ Tersadai & Belum Dibawa Ke Mahkamah, Gesa Pemilik Ambil Tindakan
Awtar Singh menegur tindakan JPJ yang didakwa menyimpan kenderaan disita berbulan tanpa membawa kes ke mahkamah, sekali gus menyusahkan pemilik untuk mendapatkan semula hak milik mereka.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui, pihak berkuasa seperti JPJ mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana kesalahan jalan raya, termasuk mengeluarkan saman, kompaun dan dalam kes tertentu, menyita kenderaan.
Kenderaan yang disita kebiasaannya akan disimpan dalam stor sebagai sebahagian daripada siasatan atau proses perundangan lanjut, bergantung pada tahap kesalahan yang dilakukan oleh pemilik atau pemandu.
Namun baru-baru ini, muncul dakwaan baharu mengenai kelewatan JPJ membawa kes ke mahkamah dan menyimpan kenderaan berkenaan terlalu lama, sekali gus membebankan pemilik kenderaan terbabit.
Baca Artikel Berkaitan: Scalper ‘Sapu Habis’ Bidaan No Plat, Sharnaaz Berang Sistem JPJeBid Tak Adil
Baca Artikel Berkaitan: [Video] JPJ Jadi ‘Undercover’, Pemandu Bas Disaman Gara-gara Main Telefon Waktu Memandu
Baca Artikel Berkaitan: Pengunjung UTC ‘Disidai’ 5 Jam Untuk Urusan Di Kaunter JPJ
Awtar Singh Dakwa Pemilik Terpaksa Tunggu Tanpa Kepastian
Menerusi satu video di laman TikTok (@awtarsinghpuchong10), bekas ketua MIC bahagian Puchong, Awtar Singh berkongsi keluhan yang diterimanya daripada beberapa individu yang mendakwa kenderaan mereka disita berbulan-bulan namun tiada perkembangan dari pihak JPJ.
Difahamkan, aduan itu melibatkan pelbagai jenis kenderaan termasuk lori, bas, motosikal dan kereta yang disita sewaktu sekatan jalan raya atas pelbagai kesalahan.
Menurutnya, pemilik-pemilik kenderaan terpaksa berulang-alik ke pejabat JPJ untuk mendapatkan maklumat tentang status kes mereka, namun dimaklumkan bahawa ia masih belum dibawa ke mahkamah.
Beliau mempersoalkan SOP JPJ dan mendakwa kelewatan ini menyebabkan rakyat terbeban kerana tidak tahu bila boleh menebus semula kenderaan.
Tambahan pula, ada kes di mana denda telah dibayar namun kenderaan tetap tidak dilepaskan dengan alasan siasatan tambahan seperti caj stor, pemeriksaan PUSPAKOM dan sebagainya.
Beliau turut menyeru semua pemilik yang terkesan untuk membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang dengan melantik peguam serta menghantar notis kepada JPJ jika kes tidak diselesaikan dalam tempoh munasabah.
Netizen Kongsi Pengalaman Serupa, Setuju Ambil Tindakan
Menjengah ke ruangan komen, ramai menyatakan persetujuan terhadap pendedahan itu serta menyokong saranan agar tindakan undang-undang diambil bagi membela nasib pemilik kenderaan.
Ada juga yang berkongsi pengalaman peribadi, mendakwa kenderaan mereka ditahan tanpa panggilan mahkamah atau makluman rasmi daripada JPJ.

Tidak kurang juga yang menyatakan mereka kini lebih berani untuk bertindak selepas menyedari hak sebagai pemilik, memandangkan tindakan menahan kenderaan terlalu lama tanpa proses undang-undang yang dianggap tidak wajar.


Pun begitu setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak JPJ atau Kementerian Pengangkutan berhubung dakwaan ini.
Pentingnya Ketahui Hak Sebagai Pemilik Kenderaan
Untuk info, menyita kenderaan merupakan sebahagian daripada tindakan penguatkuasaan yang sah, namun ia tetap tertakluk kepada prosedur dan tempoh munasabah berdasarkan undang-undang.
Beberapa langkah penting yang boleh diambil oleh pemilik kenderaan termasuk:
- Minta surat rasmi atau notis siasatan daripada pihak berkuasa terlibat.
- Tanya secara bertulis bila kes akan dibawa ke mahkamah.
- Simpan bukti komunikasi.
- Buat laporan jika tiada maklum balas munasabah dalam tempoh lama.
- Dapatkan khidmat peguam untuk keluarkan notis tuntutan.
Rakyat wajar tahu bahawa tiada agensi boleh sewenang-wenangnya menahan harta milik awam tanpa alasan yang sah dan jelas di sisi undang-undang.
Tindakan pantas dan berasas boleh membantu mengekang penyalahgunaan kuasa serta memastikan proses penguatkuasaan berjalan secara adil dan telus.
Baca Artikel Berkaitan: Motor Penghantar Makanan Kena Sita JPJ, Orang Ramai Sedih Tengok Nasib Rider
Baca Artikel Berkaitan: JPJ Mohon Maaf, Perjelas Isu Foto Lesen Digital Pada Aplikasi MyJPJ Tak Sama Dengan Maklumat
Baca Artikel Berkaitan: Netizen Persoal JPJ Tentang Isu Nombor Plat Mewah & ‘Fancy’
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.