“Siap Ada Mixue!” – Fun Run Sediakan Makanan Di Check Point Buat Ramai Teruja
Food Fun Run dianjurkan oleh Kelab Penyayang UniMAP itu berlangsung pada 28 Jun lalu dengan lima check point makanan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kalau anda perasan, banyak penganjuran maraton atau larian diadakan di setiap negeri bagi mengajak orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat. Tidak kira dalam kalangan orang dewasa atau pun anak muda.
Selain meningkatkan kesihatan fizikal seseorang, aktiviti tersebut juga boleh mengisi masa lapang anda dengan sesuatu yang jelas memberi faedah.
Namun siapa sangka, program Fun Run ini telah dinaik taraf kepada next level. Bukan sekadar berlari atau joging, malah peserta juga boleh mengenyangkan perut masing-masing.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Joging Di Trek Baru KLCC Park, Netizen Beri Idea Buka Banyak Lagi Taman Rekreasi
Baca Artikel Berkaitan: Berbeza Dengan Joging, Ini Kebaikan ‘Brisk Walk’
Baca Artikel Berkaitan: Perut Kejang Waktu Jogging? Jom Ketahui Punca & Cara Untuk Atasinya
Fun Run Di UniMAP Sediakan Mixue Buat Para Peserta
Seperti baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@izz.tjdin) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Izz berkongsi suasana semasa memasuki acara Fun Run yang dianjurkan oleh Kelab Penyayang UniMAP.
Kebiasaannya, acara larian yang lebih santai hanya berjarak 3-5 kilometer (km) ini hanya melibatkan beberapa check point yang tersedia dengan minuman buat para peserta.
Namun lain pula kali ini, apabila Fun Run tersebut tampil dengan idea kreatif yang lain daripada biasa. Menurut Izz, pihak penganjur telah menyediakan pelbagai jenis makanan di setiap check point larian.
Lebih menarik lagi, minuman popular dari Mixue juga ada sekali! Bukan sahaja menerima jus lemon, malah peserta juga diberikan kupon RM1 bagi pembelian di mana-mana kedai francais berkenaan.
“Bila masuk Fun Run sebab ingat boleh kurus tapi kau salah masuk Food Fun Run (jadi) terpaksalah makan sepanjang perjalanan. Nasib baik ada Mixue sekali,” kata Izz.
Baca Artikel Berkaitan: “Larian Ke Kenduri?” – Ramai Teruja Lihat Kaunter Checkpoint Larian Sawah Padi Penuh Dengan Makanan [Video]
Maskot Snowman Popular Salji Siap Beri Sokongan Kepada Para Peserta
Buat individu yang sudah kepenatan berlari, maskot orang salji Mixue kegemaran ramai itu juga dilihat berada di sana bagi menunjukkan sokongan.
Aktiviti sebegitu membuatkan Izz teruja selain berharap agar pihak penganjur akan mengadakan banyak lagi program menarik seperti itu selepas ini.
“Nanti buatlah aktiviti lain. Bosan asyik duduk dalam bilik je manjang,” kata Izz.
@izz.tjdin makan sambil kuruskan badan 🙂 main point join sebab nak makan, tak tahu pulak ada MIXUE >_< pls more activities like this…… #unilife #degree #student #study #degreelife #studentlife #studytok #studymotivation #Unimap #unimapmantap #bukanuitm #bukandengkil #uitm #uitmdihatiku #perlis #engineeringstudent #technologist #engineering #fyppppppppppppppppppppppp #xybca #foodfunrun #kelabpenyayangunimap #Mixue #mixuemalaysia #unimapstudent #creatorsearchinsights ♬ suara asli – Mixue CBD Cengkareng
Tonton video [DI SINI].
Menerusi semakan kami, Food Fun Run yang berlangsung pada 28 Jun lalu itu mempunyai lima check point yang tersedia dengan lima jenis makanan buat para peserta.
Aktiviti larian ini dianjurkan agar para pelajar dapat meluangkan masa bersama rakan mereka sambil menikmati makanan yang dihidangkan. Sambil bersenam, sambil makan katanya.
Warganet Turut Teruja Dengan Anjuran Food Fun Run
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi tentang Food Fun Run itu.
Ramai di kalangan warganet turut berasa teruja melihat acara melibatkan vendor dari Mixue itu.
Malah ramai juga mula memasang niat untuk menyertai acara sukan sebegitu selepas ini.
“Okay yang ni boleh join!” kata seorang pengguna TikTok.






Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



