Ramai Bimbang Individu Kurang Mahir Prosedur Undang-undang Jadi Sasaran Utama ‘Ulat Mahkamah’
Menerusi video berkenaan, peguam itu memberi amaran kepada orang awam agar tidak berurusan dengan individu yang menawarkan khidmat guaman secara tidak sah.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui, mahkamah merupakan institusi sah negara yang menjadi tempat penyelesaian sebarang pertikaian sivil, jenayah dan pelbagai urusan perundangan lain.
Namun, tidak semua rakyat Malaysia memahami bagaimana proses mahkamah berjalan, khususnya mereka yang baru pertama kali terlibat dengan sistem perundangan.
Baru-baru ini, satu video di TikTok memaparkan seorang peguam memberi peringatan terbuka kepada orang awam tentang kewujudan individu yang digelar ulat (touts) mahkamah yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan.
Baca Artikel Berkaitan: Scalper ‘Sapu Habis’ Bidaan No Plat, Sharnaaz Berang Sistem JPJeBid Tak Adil
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kutip RM5 Hingga RM10, Lelaki Pertikai Tindakan Warga Asing Jadi ‘Ulat Parkir’ Di Bukit Bintang
Baca Artikel Berkaitan: Scalper ‘Sapu Habis’ Bidaan No Plat, Sharnaaz Berang Sistem JPJeBid Tak Adil
Peguam Dedah Wujudnya Ulat Di Hadapan Mahkamah
Menerusi satu rakaman video di TikTok (@papa.ash_official8055), peguam terbabit berkongsi visual sebuah bunting amaran yang dipasang di hadapan bangunan berkaitan bahaya ulat mahkamah.
Difahamkan, amaran tersebut ditujukan kepada orang awam agar tidak berurusan dengan individu yang menawarkan khidmat guaman secara tidak sah dan mendakwa mereka mampu menjadi perantara antara pengunjung dan peguam.
Rakaman itu menarik perhatian ramai dan mengundang perbincangan lanjut dalam kalangan pengguna media sosial, khususnya mereka yang pernah menjadi mangsa penipuan ulat mahkamah.
@papa.ash_official8055 Kat mana lagi yg korang nmpk “ulat”?
♬ original sound – Papa.AshFendy Li – Papa.AshFendy Li
Apa Sebenarnya Peranan Ulat Mahkamah?
Ulat mahkamah bukanlah satu fenomena baharu, malah telah lama berleluasa terutama di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Pada 2019, lebih 15 individu dikenal pasti aktif bekerja sebagai ulat yang berkeliaran di hadapan Mahkamah Majistret. Mereka menyasarkan pengunjung yang kelihatan kebingungan atau baru pertama kali hadir ke mahkamah.
Dengan gaya meyakinkan, ulat ini akan bertanya tujuan kehadiran, memperkenalkan diri sebagai orang tengah dan menawarkan perkhidmatan mencari peguam.
Apa yang lebih membimbangkan, ada dakwaan yang bayaran guaman terhadap mangsa akan dikongsi sehingga 50-50 antara ulat dan peguam yang bersekongkol.
Ini menjadikan kos guaman berganda tanpa disedari oleh orang awam, sekaligus menganiaya mereka yang terdesak.
Tanda-Tanda Anda Sedang Didekati Ulat Mahkamah
- Menyapa anda secara rawak di kawasan mahkamah.
- Bertanya tujuan kehadiran anda tanpa pengenalan rasmi.
- Mengaku mampu bantu cari peguam atau uruskan kes.
- Menjanjikan bayaran lebih murah atau keputusan memihak.
- Mendesak anda bersetuju dengan caj tertentu.
- Tidak menunjukkan kad pengenalan peguam atau dokumen sah.
Kenapa Ulat Mahkamah Bahaya Kepada Orang Awam
- Menipu dan mengaut keuntungan orang awam.
- Menyebabkan bayaran guaman meningkat dua kali ganda.
- Mencemar imej dan etika profesion guaman.
- Menyebarkan persepsi salah tentang sistem kehakiman.
- Melemahkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi undang-undang.
Etika Peguam Tercemar, Orang Awam Jadi Mangsa

Kegiatan ini sukar dibendung kerana segelintir peguam didakwa membuka peluang kepada ulat untuk membawa masuk pelanggan. Terdapat juga ulat yang menjadi tauke, membayar upah kepada peguam untuk mengendalikan kes.
Pensyarah UIAM, Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz menegaskan bahawa amalan ini bukan sahaja salah dari segi undang-undang, malah mencemar imej profesion guaman.
Malah, Kaedah 51 Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang 1978 melarang peguam daripada meraih pelanggan secara langsung.
Beliau menolak sebarang cadangan untuk melesenkan ulat mahkamah dan menegaskan tindakan tegas perlu diambil termasuk oleh Badan Peguam Malaysia (BAR) terhadap firma guaman yang bersekongkol.
Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah percaya dengan sebarang individu yang menawarkan khidmat guaman secara terus di kawasan mahkamah, dan hanya berurusan dengan peguam bertauliah melalui saluran yang sah.
Baca Artikel Berkaitan: Penjualan Semula Tiket Konsert Boleh Dikenakan Tindakan Undang-undang Atau Tidak? Ini Jawapannya
Baca Artikel Berkaitan: ‘Scalper’ Jual Tiket Konsert Taylor Swift Di Singapura Sehingga Cecah RM40,000
Baca Artikel Berkaitan: Peguam Mahu Siasatan Kes Simbah Asid Faisal Halim Diperhebat
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.