“Kita Nak Buang Budaya Buli, Tiada Kompromi” – Pengerusi MARA Terjah MRSM Besut, Tinjau Isu Kes Buli
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pada Sabtu (28 Jun) telah hadir ke MRSM Besut bagi meninjau sendiri maktab yang terkait dengan insiden buli baru-baru ini.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Insiden buli dalam kalangan para pelajar di asrama bukanlah satu isu yang asing lagi dan turut membabitkan institusi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
Seperti baru-baru ini, satu kes buli oleh pelajar senior ke atas junior dilaporkan berlaku di MRSM Besut di Terengganu.
Sehubungan itu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki telah mengarahkan agar kesemua pelajar yang terbabit dalam kes buli itu dibuang daripada maktab.
Baca Artikel Berkaitan: “Ini Cubaan Buli” – Wanita Dedah Anak 5 Tahun Disimbah Air & Nyaris Disepak Oleh Sekumpulan Kanak-Kanak
Baca Artikel Berkaitan: Gurau Kasar Umpama Buli, Netizen Berang Tindakan Dua Pelajar ‘Tindih’ Rakan Dalam Dorm
Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Pelatih GiatMARA OKU Dibuli, Exco Pendidikan Melaka Dedah Ia Kes Lama
Pengerusi MARA Tinjau MRSM Besut, Dibawa Lihat Tempat Insiden Buli Berlaku
Menerusi satu hantaran di TikTok (@drasyrafwajdi), Asyraf Wajdi pada Sabtu (28 Jun) telah hadir ke MRSM Besut bagi meninjau sendiri maktab yang terkait dengan insiden buli itu.
“Saya amat kecewa dan dukacita apabila mendengar ada insiden buli di maktab ini. Ini bukan budaya kita. Ini bukan DNA MRSM,” kata beliau di kapsyen.
Beliau yang hadir secara mengejut di maktab berkenaan telah dibawa oleh pihak pengurusan untuk melihat tempat kejadian buli berlaku iaitu di sebuah tandas di blok asrama lelaki.
Difahamkan bahawa kejadian buli yang berlaku pada 11.30 malam Selasa (24 Jun) adalah bertujuan untuk menasihati mangsa yang didakwa menggunakan vape.
“Maknanya kalau dia dah pernah kena buli, dia nak kenakan kepada junior juga. Sebab itu budaya ini kena berhenti di mana-mana. Kalau tidak ia akan diwarisi,” kata beliau.
Asyraf Wajdi Titip Nasihat Buat Pelajar Agar Buang Budaya Buli
Dalam masa sama, Asyraf Wajdi turut mengambil peluang untuk bertemu dengan para pelajar dan berpesan agar mereka tidak membalas perbuatan buli terhadap adik-adik junior.
“Janganlah sebab dulu senior pernah buli kita, kita nak buat kepada adik-adik kita. Dulu kita pernah kena, sekarang payback time? Tiada istilah payback time. Kita nak buang budaya buli ini. Sifar buli,” beliau menitipkan nasihat.
Beliau turut berkongsi perasaan sedih apabila melihat pelajar-pelajar MRSM yang ditahan dan dipakaikan baju lokap.
“MRSM Besut, jadikan ini sebagai pengajaran besar. Kita buktikan bahawa ini kes terpencil. Tak ada lagi lepas ini. Saya taknak dengar dan tengok anak-anak MARA masuk lokap macam tu.
“Saya boleh berkompromi dalam hal-hal lain, tetapi dalam hal buli saya tidak akan kompromi,” tegas beliau.
Di samping itu, beliau memberi jaminan kepada ibu bapa bahawa anak-anak mereka yang dihantar ke MRSM akan sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dan terpelihara.
@drasyrafwajdi TERJAH MRSM BESUT: ISU BULI Seusai merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Puteh di Kompleks UMNO Dewan Uthmaniyah, Pulau Lima saya terus mengambil masa untuk #Terjah ke MRSM Besut tanpa pengetahuan pihak pengurusan maktab bagi meninjau sendiri maktab yang terkait dengan insiden buli beberapa hari lepas. Saya amat kecewa dan dukacita apabila mendengar ada insiden buli di maktab ini. Ini bukan budaya kita. Ini bukan DNA MRSM. Mengambil peluang berjumpa dengan anak-anak pelajar di surau dan titipkan beberapa pesanan dan peringatan kepada mereka. Budaya buli ini langsung tidak mencerminkan nilai Ulul Albab, sahsiah MARA dan prinsip pendidikan yang kami perjuangkan. Di MARA, kami tekankan prinsip “You Touch, You Go” , sesiapa yang terlibat dalam kes buli secara langsung atau bersubahat, tidak akan ada tolak ansur. MRSM bukan sekadar tempat menimba ilmu, tetapi medan pembentukan akhlak, jatidiri dan kepimpinan masa depan negara. Kita tidak boleh benarkan satu insiden mencemar keseluruhan institusi yang merupakan medan melahirkan kepimpinan masa hadapan negara. Saya dan pengurusan MARA akan pastikan budaya buli dihapuskan sampai ke akar. MARA menetapkan sasaran 'Sifar Buli' di semua MRSM agar budaya toksik seperti ini tidak lagi berlaku dan perlu dihapuskan segera. #MerakyatkanMARA #MARAGemilang #TerjahMRSM #BanterasBuli #YouTouchYouGo #MRSMBebasBuli #HidupBiarBerjasa #HidupKuMilikUmmah
♬ original sound – Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Tonton video penuh [DI SINI].
Mangsa Berusia 14 Tahun Mengalami Kecederaan Di Perut, Rusuk & Belakang
Terdahulu, media melaporkan satu insiden buli di MRSM Besut membabitkan mangsa berusia 14 tahun.
Menerusi laporan Harian Metro, mangsa mendakwa diarahkan duduk dalam keadaan separa mencangkung sambil diletakkan selipar di atas kepala selama kira-kira 40 minit.
“Mangsa turut mendakwa ditumbuk di bahagian perut serta ditampar oleh beberapa pelajar tingkatan tiga ketika berada di asrama putera maktab berkenaan sekitar jam 11.30 malam pada Selasa lalu.
“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di perut, rusuk dan belakang badan,” kata Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad@Abu.
Sehubungan itu, Asyraf Wajdi mengeluarkan arahan agar enam pelajar yang didapati membuli secara fizikal dibuang daripada maktab tersebut.
Enam Pelajar Tingkatan 3 & Seorang Tingkatan 5 Ditahan Reman
Dalam pada itu, empat pelajar Tingkatan 3 dan seorang Tingkatan 5 MRSM Besut telah ditahan reman selama tiga hari bermula Khamis (26 Jun) bagi membantu siasatan.
Manakala dua lagi pelajar Tingkatan 3 ditahan bermula Sabtu (28 Jun) selama tiga hari, lapor Berita Harian.
Mereka kesemua ditahan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Baca Artikel Berkaitan: Mahu Perkasakan Disiplin Pelajar MRSM, MARA Lantik Bekas Tentera & Polis Jadi Warden
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pengerusi MARA Terjah MRSM Langkawi, Pintu Tandas Tercabut Ketika Disentuh
Baca Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Yang Disenarai Hitam MARA Tak Boleh Masukkan Anak Ke MRSM
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.