“Banyak Barang Kami Rosak” – Peniaga Hiba Barang Berniaga Berterbangan Dek Ribut
Cuaca ribut yang menyebabkan banyak peralatan perniagaan Fopi Red Chick rosak itu berlaku di Selat Melaka.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui terdapat waktu di mana peniaga berjaya mengaut keuntungan tinggi. Namun pada masa tertentu, bisnes tidak berjalan dengan baik kerana faktor luaran yang sukar dikawal.
Seperti sebelum ini, tular di media sosial apabila peniaga Nasi Kerabu Budu Nusuk di Kampung Tendong di Kelantan menitiskan air mata selepas melihat makanan-makanan yang belum terjual bertaburan di atas jalan tar.
Difahamkan, ribut yang berlaku secara tiba-tiba telah menyebabkan kerugian besar. Jelas peniaga berkenaan, almari bagi meletakkan makanan itu telah terjatuh akibat ribut kuat. Walaupun tempat meletakkan makanan itu kukuh namun ia masih tidak mampu melawan bencana alam terbabit.
Baca Artikel Berkaitan: “Ujian Kami” – Peniaga Hiba Nasi Kerabu Habis Berselerak Atas Jalan Lepas Ribut Melanda
Baca Artikel Berkaitan: “Tahun Ini Paling Terkesan” – Peniaga Kecewa Bazar Raya Lengang Tanpa Pengunjung
Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Kecewa Kuetiau Hancur, Sanggup Buang 50 Paket Demi Jaga Kualiti
Ribut Kuat Di Selat Melaka Punca Bisnes Tak Dapat Berjalan
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@fopi.my) apabila staf bisnes ayam goreng dikenali Fopi Red Chick berkongsi suasana hiba semasa sedang berniaga sekitar Selat Melaka.
Menerusi video perkongsian, kelihatan gerai yang terletak di tepi jalan itu dalam keadaan lintang-pukang semasa hujan ribut melanda. Segala perkakas dilihat terjatuh termasuklah bekas bungkusan makanan, tisu dan banyak lagi.
Difahamkan, staf-staf Fopi Red Chick tidak sempat menyimpan kesemua barangan sebelum ribut berkenaan hingga menyebabkan banyak perlatan rosak dek cuaca buruk.
Pun begitu, mereka reda dengan nasib dan takdir. Jelas mereka, mungkin ia petanda bahawa Tuhan mahu mengurniakan rezeki yang lebih pada masa akan datang.
“Dugaan sekali lagi. Minggu ni banyak sangat dugaan kami peniaga-peniaga ni. Tak apa la mungkin Allah uji kami sebab nak bagi yang lebih.
“Doakan kami untuk terus kuat. Mungkin kami tak dapat nak buka dulu sebab banyak barang kami rosak dan tak dapat nak diselamatkan,” kata Fopi Red Chick di ruangan kapsyen.
@fopi.my Dugaan sekali lagi. Minggu ni banyak sgt dugaan kami peniaga2 ni. Tak apa la mungkin Allah uji kami sebab nak bagi yang lebih. Doakan kami untuk terus kuat 😭😭 mungkin kami tak dapat nk buka dulu sebab banyak barang kami rosak dan tak dapat nak diselamatkan 😢 #dugaan #ribut #melaka #selatmelaka ♬ suara asli – dimás
Tonton video [DI SINI].
Orang Ramai Turut Sebak Lihat Nasib Peniaga Yang Kerugian Akibat Ribut
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberi kata semangat kepada peniaga kedai ayam berkenaan agar tidak putus asa selepas ditimpa musibah.
“Allah turunkan hujan sebab Allah nak bagi pelangi. Semoga urusan kakak dan abang-abang di Selat Melaka dipermudahkan,” kata seorang wanita.
“Kesian tengok korang berkemas semalam dalam pukul dua pagi. Tapi mampu tengok dari jauh je. Semangat korang lebih kuat dari angin yang kuat,” jelas seorang lagi warganet.
Malah, segelintir individu lain turut berkongsi pengalaman mereka apabila berdepan dengan cuaca buruk di Melaka.
“Angin memang kuat. Masa kejadian tu saya memancing di Masjid Selat belakang tu je. Mula-mula perlahan. Masa hujan nak datang tu, punya kuat angin sampai saya pun melayang.
“Lagi satu pokok belah depan ada tumbang. Hati-hati la yang mana berniaga tu. Masuk ni kali kedua pokok tumbang depan mata,” ujar seorang netizen.
Sementara itu, ada individu turut berkongsi tips bagi mengenal pasti sama ada cuaca buruk akan melanda di sesuatu lokasi.
“Zaman saya meniaga dulu, tengok langit warna oren je memang saya dah kemas sikit-sikit. Lagi-lagi kalau dah ada angin. Terus bongkau (beredar),” kata seorang pengguna TikTok.








Kuih-muih Milik Peniaga Bazar Ramadan Bertaburan Atas Jalan Raya
Memang benar orang kata, musibah ini kadangkala datang pada waktu tidak dijangka. Meskipun anda sudah berhati-hati, tetapi ada juga faktor luaran yang sukar dikawal oleh diri sendiri.
Sebelum ini, satu kes kemalangan kereta dilaporkan berlaku melibatkan seorang peniaga dikenali sebagai Mohammad yang sedang membawa kereta jenis Toyota Avanza sekitar Petron Seksyen 18, Shah Alam.
Saksi insiden berkata, peniaga itu sedang dalam perjalanan ke bazar Ramadan bagi menjual kuih-muih. Difahamkan kereta berkenaan telah terbabas dan melanggar sebatang pokok sehingga menyebabkan kenderaannya terbalik.
Perkara membuatkan situasi itu lebih hiba adalah bukan setakat kenderaannya rosak, bahkan kuih-muih yang dimuatkan di dalam kereta turut bertaburan dan memenuhi jalan raya.
Antara jenis kuih yang dilihat bertaburan atas jalan terbabit adalah karipap dan juga onde-onde.
Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Kereta Peniaga Terbalik Lepas Terbabas Langgar Pokok, Kuih-muih Bertaburan Atas Jalan Raya
Baca Artikel Berkaitan: “Ujian Ramadan Ke-3” – 8 Air Balang Jatuh, Peniaga Terpaksa Tanggung Kerugian RM2,000
Baca Artikel Berkaitan: “Nak Sewa Kedai Tak Mampu” – Peniaga Indonesia Kecewa Bisnes TikTok Shop Dihentikan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.