Now Reading
Warganet Kongsi Cara Nak Kenal Pasti Syarikat ‘Red Flag’ Atau Tak Ketika Mohon Kerja

Warganet Kongsi Cara Nak Kenal Pasti Syarikat ‘Red Flag’ Atau Tak Ketika Mohon Kerja

Nak cari pekerjaan yang betul-betul menitikberatkan kebajikan staf bukanlah satu perkara mudah kan?

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau anda perhatikan di platform media sosial, pasti ada sahaja individu meluahkan pengalaman buruk mereka apabila berkhidmat dalam sesebuah syarikat. Oleh disebabkan itu, ramai bertindak lompat pekerjaan meskipun dalam tempoh masa yang sekejap.

Bagaimanapun ada juga yang tersilap langkah. Ingatkan dapat meneruskan kerjaya di persekitaran lebih baik, tetapi rupa-rupanya sama sahaja dengan tempat terdahulu.

Kejadian ini rata-ratanya berpunca daripada staf yang cepat ‘termakan’ dengan janji-janji manis majikan semasa proses temuduga.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Syarikat Di AS Tawar Khidmat ‘Marah Bos’ Untuk Hilangkan Stres Pekerja

Baca Artikel Berkaitan: Ini Antara ‘Budaya’ Di Ofis Yang Perlu Ditukar. Tak Kiralah Kerajaan Atau Swasta

Baca Artikel Berkaitan: Graduan UTP Lompat Kerja 4 Kali Dalam 7 Tahun, Berjaya Naik Gaji Dari RM3,500 Ke RM15,000

Wanita Dedah Persekitaran Syarikat Baharu Diterima Tak Seperti Jangkaan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Nieysa berkongsi pengalamannya semasa diterima bekerja di sebuah syarikat.

Jelas Nieysa, dia berasa trauma apabila jangkaannya terhadap pekerjaan tersebut tidak seperti yang digambarkan.

“Kita trauma. Masa temuduga semuanya berjalan lancar, (tetapi) bila masuk jadi lain pulak,” katanya.

Oleh disebabkan itu, dia meminta jasa baik warga Threads untuk berkongsi tips bagi mengenal pasti ciri-ciri syarikat toksik semasa di peringkat temuduga, atau dalam erti kata mudah ‘red flag’.

View on Threads

Antara Ciri-ciri & Tips Nak Tahu Syarikat Toksik Atau Sebaliknya

Menjengah ke ruangan balas, orang ramai dilihat memberikan pelbagai reaksi yang berbeza mengikut pengalaman masing-masing. Antara balasan diterima adalah seperti berikut:

#1. Syarikat Tergesa-gesa Nak Isi Kekosongan Jawatan Kosong

Yang pertama, syarikat anda tergesa-gesa mencari pekerja baharu bagi mengisi kekosongan jawatan.

Jelas seorang wanita, situasi itu menunjukkan bahawa syarikat terbabit berkemungkinan ada masalah perancangan.

Sumber: Pexels

“Sesetengah syarikat yang mengambil kerja dengan terlalu segera contohnya, baru je interview hari ni terus dapat tawaran. Selalunya ia menunjukkan tanda perancangan lemah atau kadar keluar masuk pekerja yang tinggi.

“Lepas tu masa interview, HR cakap, ‘Boleh tak siap sedia sampai malam ni kalau bos tiba-tiba ada kerja urgent?’ Itu dah terang-terang petanda tiada work-life balance,” kata wanita berkenaan.

#2. Multitasking Syarat Utama Mohon Jawatan

Selain itu apabila syarikat itu mengharapkan anda untuk buat banyak tugasan dalam satu masa yang sama atau kerja lebih masa (OT) tanpa sebarang bayaran.

Sumber: Pexels

“Dia tanya boleh OT tak? Tapi OT free. Dia (majikan) kata kena berkorban sikit untuk syarikat,” dedah seorang individu.

Baca Artikel Berkaitan: Lama Makan Hati, Pengawal Keselamatan Akhirnya Berjaya Tuntut RM58,000 Gaji OT Selama 3 Tahun

#3. Anggap Pekerja Sebagai Keluarga

Seterusnya ada yang berkata apabila sesebuah syarikat memaklumkan bahawa budaya di sana adalah bekerja sebagai satu keluarga.

Hal ini kerana bimbang perkara tersebut akan menyebabkan majikan mengharapkan anda melakukan segalanya tanpa mengharapkan balasan. Lebih teruk lagi apabila staf kerap diganggu di luar waktu bekerja.

Sumber: Pexels

“Kadang-kadang red flag dia secara halus. Bila temuduga soalan asyik pusing-pusing, komunikasi satu hala berbanding perbincangan.

“Macam semua lah dia ‘terpaling’, skop kerja pun tak jelas kena multitasking semua dan paling cliche bila tanya pasal budaya syarikat. Dia (majikan) terus jawab mereka bekerja sebagai sebuah keluarga di sana,” jelas seorang netizen.

#4. Syarat Kerja Tidak Munasabah

Memang tidak dapat dijangkakan, kadangkala ada syarikat yang meminta anda untuk melakukan sesuatu tidak munasabah dengan jawatan dipohon.

“Sebelum ni pernah temuduga dengan seorang rekruter, bila tanya apa matlamat yang nak dicapai tak boleh jawab. Sampai ke pengurus dia letak syarat kena free hair (tak pakai tudung) dan menari depan orang awam. Memang tak ambil terus kerja tu,” ujar seorang warganet.

Sumber: Pexels

Sebelum ini juga pernah tular apabila seorang wanita mendedahkan pengalaman pelik semasa temuduga.

Menurut individu itu, majikan telah memintanya untuk membotakkan kepala sekiranya menerima jawatan ditawar. Jelas si bos, tindakan tersebut bagi menyokong badan bukan kerajaan (NGO) pesakit kanser.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Pengalaman Pelik Ketika Temuduga, Staf Wajib Botak Kepala Konon Support NGO Pesakit Kanser

#5. Baca Review Orang Ramai

Bagi mengelakkan anda tersalah pilih tempat kerja, netizen mencadangkan agar setiap calon membaca dahulu review di beberapa aplikasi seperti Glassdoor.

Di sana, anda boleh baca ulasan dan pengalaman orang sebelum ini tentang persekitaran sesuatu pekerjaan sama ia bagus atau toksik.

Sumber: Unsplash
Sumber: Threads

Tips Untuk Anda Yang ‘Last Minute’ Nak Pergi Interview Kerja

Ada masanya, calon kerja dihubungi pada minit terakhir sebelum temu duga dijalankan.

Jika berada dalam situasi tersebut, pasti anda akan berasa cuak kerana risau tidak dapat melakukan sesi interview dengan baik. Tetapi usah risau, di sini kami kongsikan beberapa tips yang boleh dipraktikkan sekiranya berdepan dengan situasi sedemikian. Antaranya:

Sumber: Freepik
  • Buat senarai soalan untuk ditanya kepada syarikat.
  • Cari maklumat tentang alamat, visi, dan misi di laman web syarikat.
  • Layari media sosial syarikat untuk lihat aktiviti yang sering dijalankan pihak majikan.
  • Fokus terhadap kata kunci untuk jawatan yang dimohon.

Semoga perkongsian ini membantu buat orang ramai di luar sana yang mencari pekerjaan. Good luck!

Baca Artikel Berkaitan: Susah Nak Dapat Slot Temu Duga? Ini Tips Dapatkan Banyak Sesi Interview Dari Syarikat

Baca Artikel Berkaitan: Ini Tips Berguna Untuk Anda Yang ‘Last Minute’ Nak Pergi Temuduga Kerja


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd