Now Reading
[Video] Taktik Licik Lelaki Ini Curi PIN TnG Di Kedai Serbaneka Sekitar Johor Undang Reaksi

[Video] Taktik Licik Lelaki Ini Curi PIN TnG Di Kedai Serbaneka Sekitar Johor Undang Reaksi

Difahamkan, lelaki yang sama didakwa menggunakan kaedah licik itu berulang kali untuk mendapatkan PIN TnG secara percuma di kedai serbaneka sekitar Johor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, pelbagai cara digunakan oleh scammer untuk menipu atau mencuri, termasuk melalui pendekatan yang nampak biasa namun penuh helah.

Menyedari bahawa rakyat Malaysia terkenal dengan budi bahasa dan keramahan, ada pihak yang bertindak mengambil kesempatan terhadap sifat ini demi menjalankan kerja-kerja kotor.

Seperti yang tular baru-baru ini, insiden melibatkan seorang lelaki yang aktif memperdaya penjaga kaunter kedai serbaneka sekitar Johor dengan taktik liciknya telah meraih perhatian ramai.

Baca Artikel Berkaitan: Rakyat Malaysia Negara Paling Senang Kena Scam Berulang, Tertinggi Di Asia

Baca Artikel Berkaitan: Risau Kena Scam? Ini Cara Untuk Bezakan Iklan Palsu Di Facebook

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bayar RM99 Tapi Cuma Ajar Upload Video, Lelaki Pesan Jangan Tertipu Dengan Webinar Guru TikTok

Rakaman CCTV Dedah Helah Lelaki Rakam PIN Kredit TnG

Menerusi satu perkongsian di TikTok (@tvkomunitijohor), rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan situasi di kaunter sebuah kedai serbaneka.

Pada awal video, seorang lelaki berbaju oren dilihat memasuki premis dengan tenang sebelum terus menuju ke kaunter dan memaklumkan hasrat untuk membeli PIN kredit Touch ’n Go bernilai RM200.

Proses jual beli berjalan seperti biasa. Kedengaran lelaki itu berbual mesra dengan penjaga kaunter wanita dan sempat mempelawa untuk membelanja minuman.

Dia kemudian pergi ke bahagian air dan mengambil dua tin air, dipercayai untuk dirinya dan wanita tersebut.

Setelah kembali ke kaunter, PIN kredit diserahkan kepadanya dan wanita itu mula mengira jumlah harga keseluruhan pembelian.

Difahamkan, taktik penipuan bermula ketika itu. Lelaki berkenaan dipercayai meletakkan sebuah telefon bimbit di poket bajunya dalam mod rakaman, dan telah merakam paparan kod PIN pada kertas tersebut.

Tidak lama selepas itu, dia memaklumkan kepada penjaga kaunter bahawa dia terlupa membawa wang dan ia berada di dalam kereta.

Dengan gaya yang bersahaja dan meyakinkan, dia meninggalkan kesemua barang di kaunter bertujuan mengambil duitnya.

Malah, dia sempat kembali selepas berjalan beberapa langkah bagi memastikan harga barang tepat untuk mengukuhkan lakonan sebelum terus keluar dari kedai dan menghilangkan diri.

@tvkomunitijohor

Sapa kenal orang ini minta Hadir ke Petronas Senai Airport Johor… Orang ini datang ke Petronas Senai Airport Dan minta Topap TNG RM 200 lepas itu nak ambil barang lain tapi tak ambil.. Sebelum dia masuk dalam Petronas Dia on awal² Camera dalam poket Dan ambil TNG RM 200 Rakam Nombor TNG dan kata Nak ambil Duit tapi last² lari.. Bila kami check online Topap dah Claim..Kaki Scam Baru area Johor Tarikh..24/6/2025 MASA: 16:56 petang

♬ original sound – TV Komuniti Johor – TV Komuniti Johor
Tonton video penuh [DI SINI].

Taktik Sama Dikesan Di Lokasi Lain, Sasar Kedai Serbaneka Sekitar Johor

Dalam satu perkongsian lain, lelaki berbaju oren itu turut didakwa aktif melakukan kegiatan serupa di sekitar kedai serbaneka stesen minyak.

Dia dilihat menggunakan kaedah yang hampir sama iaitu menyamar sebagai pembeli, mengambil hati staf dengan berbual mesra, kemudian menggunakan telefon bimbit tersembunyi untuk merakam kod PIN TnG.

Dalam kes lain, dia dikatakan menggunakan kad debit yang tidak sah atau tidak boleh digunakan semasa membuat pembayaran, sebelum berdalih dan beredar dari lokasi.

Sumber: TiKTok @tvkomunitijohor
@tvkomunitijohor

Petronas simpang kanan Batu Pahat HP dalam pocket record. Kata nak bayar topup guna credit card. Bila staff kata hanya cash, terus bagi excuse nak ambil dari kereta lepas tu cabut. Pin topup dah selamat record dlm phone Orang sama kes di Petronas Senai Airport

♬ bunyi asal – TV Komuniti Johor – TV Komuniti Johor
Tonton video penuh [DI SINI].
Tonton video penuh [DI SINI].

Kod Sekali Guna Jadi Sasaran, Pelaku Guna Psikologi & Jurang SOP Kaunter

Modus operandi seperti ini semakin kerap berlaku dengan menggunakan kelemahan di kaunter sebagai sasaran utama.

Pelaku didakwa menggunakan teknik psikologi seperti berbual, beramah mesra dan mencipta gangguan kecil bagi mengalihkan fokus pekerja.

Kod TnG pula bersifat sekali guna dan tidak boleh dibatalkan selepas diserahkan. Ini menjadikannya antara bentuk transaksi digital yang mudah disalahgunakan jika tiada langkah keselamatan.

Beberapa premis perniagaan tidak mengetatkan SOP dalam jualan produk digital seperti PIN, menyebabkan ada yang menyerahkan kod terlebih dahulu tanpa menerima bayaran.

Antara langkah pencegahan yang boleh diambil adalah:

  • Jangan serahkan sebarang kod sebelum bayaran dibuat sepenuhnya
  • Elakkan gangguan luar atau perbualan tidak berkaitan semasa transaksi
  • Latih pekerja untuk kesan taktik pengalihan fokus oleh pelanggan
  • Pastikan rakaman CCTV sentiasa aktif, jelas dan fokus ke arah kaunter
  • Laporkan segera sebarang kejadian mencurigakan kepada pihak berkuasa

Baca Artikel Berkaitan: “Mungkin Taktik Samun” – Dua Wanita Tenang Berdepan Detik Cemas ‘Drama Suami Isteri’ Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Terus Keluar Rumah Jika Elektrik Putus” – Lelaki Dedah Taktik Penyamun Di Puncak Alam

Baca Artikel Berkaitan: [Pendapat] Hati-hati Dengan Helah ‘Scammer’, Ambil Tahu Cara Untuk Elak Dari Jadi Mangsa Seterusnya


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd