Now Reading
[Video] Ramai Teruja Lihat Kucing Tenang Layan Angin Atas Motosikal

[Video] Ramai Teruja Lihat Kucing Tenang Layan Angin Atas Motosikal

Difahamkan, kucing itu memang sudah biasa dibawa ke sana ke sini menaiki motosikal bersama pemiliknya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kucing sememangnya ada keistimewaan tersendiri. Kecomelan dan perangai unik haiwan ini sering menjadikan mereka sangat dekat di hati manusia.

Bukan saja dijaga sebagai haiwan peliharaan, malah ramai yang menganggap kucing seperti ahli keluarga sendiri. Tidak hairanlah jika ada yang sanggup membawa mereka ke mana sahaja, termasuklah menaiki motosikal.

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seekor kucing yang bukan sahaja tenang didukung atas motosikal, malah turut melayan angin malam dengan penuh selamba.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kerana Simpati & Kasihan, Wanita Bawa Pulang Tujuh Ekor Anak Kucing Buat Ramai Tersentuh

Baca Artikel Berkaitan: “Taman Kucing Ke Kanak-kanak?” – Individu Tegur Ibu Bapa Biar Anak Main Di Taman Khas Kucing Raih Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gerak Dah Separuh Jalan, Ramai Terhibur Lelaki Baru Sedar Kucing Ikut Pulang Dalam Ambulans

Naik Motosikal Seperti Sudah Biasa, Kucing Santai Layan Angin

Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@cikpersonamanis), seekor kucing dilihat duduk dengan begitu tenang di bahagian bahu seorang penunggang motosikal sambil menikmati tiupan angin malam.

Difahamkan, penunggang tersebut merupakan kenalan rapat pemilik video dan mereka ketika itu sedang dalam perjalanan bersama ke destinasi masing-masing.

Apa yang mencuri perhatian ialah kucing itu kelihatan begitu tenang, seolah-olah sudah biasa dengan suasana jalan raya.

Kucing tersebut dilihat santai didukung seperti seorang bayi dan hanya menoleh ke kiri dan kanan sepanjang perjalanan membuktikan itu memang bukan kali pertamanya berada dalam posisi itu.

https://www.tiktok.com/@cikpersonamanis/video/7519898373076307208?_r=1&_t=ZS-8xWH7GajA3O
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Teruja, Pemilik Tampil Jelaskan Situasi Sebenar

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat kucing yang kelihatan begitu tenang kerana lazimnya haiwan ini mudah panik dalam situasi sebegitu.

Lebih menarik, pemilik kucing itu turut tampil memberikan penjelasan kepada mereka yang prihatin bertanyakan mengenai aspek keselamatan.

Menurutnya, kucing tersebut memang biasa keluar menaiki motosikal dan sudah mengenali bakul yang digunakan sebagai tempat selamat.

Jika kucing itu berasa takut, ia akan segera masuk semula ke dalam bakul dan tidak akan melompat.

Kadangkala, ia hanya ingin didukung untuk mengambil angin dan melihat sekeliling. Pemilik itu juga menghargai segala nasihat serta ucapan dari netizen.

Sumber: TikTok @cikpersonamanis

Beberapa pengguna lain turut dilihat tidak melepaskan peluang menambah ceria ruangan komen dengan jenaka mereka.

“Sebenarnya bahaya tau, nanti kucing dah pandai tunggang motosikal, kena tangkap dengan pawlis (polis),” gurau seorang pengguna.

Sumber: TikTok @cikpersonamanis
Sumber: TikTok @cikpersonamanis

Bawa Kucing Naik Motosikal, Ini Tips Keselamatan Buat Pemilik

Sumber: Zikry/TRP

Untuk makluman, tiada larangan khusus untuk membawa kucing menaiki motosikal. Namun begitu, pemilik dinasihatkan agar lebih peka terhadap langkah keselamatan.

Berbeza dengan manusia, kucing tidak mampu membuat pertimbangan seperti kita dan hanya bergantung pada kebiasaan dan naluri. Oleh itu, sebarang perubahan mendadak boleh menyebabkan tindakan luar jangkaan.

Berikut beberapa cadangan untuk memastikan keselamatan kucing jika ingin dibawa menaiki motosikal. Antaranya:

  • Gunakan bakul khas dengan penutup atau jaring keselamatan.
  • Latih kucing secara berperingkat agar biasa dengan suasana luar.
  • Pastikan motosikal dipandu perlahan dan stabil.
  • Bawa makanan atau selimut kecil untuk menenangkan mereka.
  • Elakkan perjalanan jauh atau keluar ketika cuaca tidak menentu.

Langkah kecil sebegini mampu mengelakkan risiko dan menjadikan pengalaman bersama kucing lebih menyeronokkan dan selamat.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Puji Tindakan Lelaki Selamatkan Kucing Di Tengah Jalan Raya Sibuk

Baca Artikel Berkaitan: “Malam Tadi Dia OT” – Gelagat Kucing Tidur Tergantung Di Kaunter Pam Minyak Bikin Dekah

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Penat Majikan Cari, Gelagat Anak Kucing Sembunyi Dalam Tong Sampah Bikin Dekah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd