Now Reading
[Video] 5 Kereta Kena Sagat Lepas Parkir Luar Kawasan LRT Glenmarie Undang Pelbagai Reaksi

[Video] 5 Kereta Kena Sagat Lepas Parkir Luar Kawasan LRT Glenmarie Undang Pelbagai Reaksi

Kelihatan beberapa buah kereta yang disagat di luar LRT Glenmarie itu mengalami kerosakan pada bahagian bampar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, mematuhi undang-undang jalan raya adalah penting bagi memastikan keselamatan semua terjamin. Namun ada juga yang bertindak sebaliknya.

Seperti Mei tahun lalu, kelihatan beberapa kereta mewah selamba diletakkan di kawasan selekoh dan lebih teruk lagi sekitar laluan pejalan kaki.

Pun begitu dalam sesetengah kes, ada pemandu yang berkata mereka melakukan aksi tersebut kerana tempat parkir begitu terhad di sesuatu kawasan.

Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Kereta Mewah Selamba Parkir Di Laluan Pejalan Kaki & Selekoh Undang Kecaman

Baca Artikel Berkaitan: “Kalau Gesel, Jadi Salah Lori” – Kereta Parkir Sesuka Hati Tepi Jalan Di R&R Bikin Ramai Berang

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Pasal-pasal Bezza Kena” – Bas Selamba Undur Ketika Trafik Sesak Buat Ramai Berang

Kereta Parkir Luar Kawasan LRT Glenmarie Teruk Dirempuh

Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@aawinn10) apabila seorang wanita dikenali sebagai Awin menunjukkan deretan kereta yang diparkir di luar kawasan LRT Glenmarie.

Menerusi video perkongsian, kelihatan lima buah kereta telah rosak seolah-olah seperti disagat kenderaan berat lain yang melalui lokasi berkenaan.

Bukan hanya kesan kemek yang biasa, tetapi kelihatan bumper dan bahagian pintu beberapa kereta juga remuk dengan teruk.

Cermin tingkap sebelah pemandu sebuah kereta jenis Toyota Avanza pula dilihat pecah keseluruhannya. Beberapa kereta juga dilihat telah ‘mencium’ satu sama lain, dipercayai akibat impak perlanggaran kenderaan terbabit.

Wanita Kecewa Tiada Nota Permohonan Maaf Ditinggalkan Di Tempat Kejadian

Perkara tersebut membuatkan Awin berasa simpati dengan nasib pemilik kereta.

“Balik kerja hari ni (25 Jun) nampak banyak kereta kene seret. Dah la tak tinggalkan sebarang nota yang tertulis perkataan maaf sekali pun.

“Sakit mat tengok damage kereta walaupun bukan kereta sendiri yang kena. Tak dapat bayang kalau kereta sendiri yang kene seret. Moga yang terkesan bertabah dan dipermudah segala urusan,” kata Awin di ruangan kapsyen.

@aawinn10 Cerita hari ini [25 Jun 2025] Balik kerja harini nampak banyak kereta kene seret.. dah la tak tinggalkan sebarang nota yang tertulis perkataan maaf sekalipun.. Sakit mat tengok damage kereta walaupon bukan kereta sendiri yang kena.. takdapat bayang kalau kereta sendiri yang kene seret.. moga yg terkesan bertabah dan dipermudah segala urusan.. #glenmarie #lrtglenmarie #shahalam ♬ som original – Movimento Reggae Parnarama

Tonton video [DI SINI].

Orang Ramai Beri Pandangan Berbeza Tentang Kejadian Kereta Yang Dipercayai Dirempuh

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai tentang situasi itu.

Ramai berkata kejadian tersebut merupakan risiko yang perlu ditanggung pemilik kereta sendiri memandangkan mereka meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya.

“Pedih tengok kalau kereta sendiri, tapi nak buat macam mana salah sendiri. Nak lawan pun tak boleh menang sebab bukan tempat parkir,” kata seorang pengguna TikTok.

Malah segelintir individu turut berkata aksi parkir di luar kawasan tren itu menyusahkan kereta lain bagi melalui tempat itu lebih-lebih kenderaan berat.

“Kena fikir juga kenderaan lain nak lalu. Kalau dah kiri kanan ada yang parkir memang kenderaan berat susah nak lalu,” ujar seorang netizen.

Sementara itu, ramai mengadu bahawa jumlah parkir di kawasan LRT Glenmarie tidak mencukupi bagi menampung setiap kenderaan pengguna tren di sana.

“Dekat LRT Glenmarie ni memang parkir tak cukup. Aku park dalam parking bay pun kena park luar kotak sebab sentiasa penuh. Pukul 7 pagi je dah penuh dan kereta aku juga pernah kena langgar parkir dalam tu.

“Mana lagi nak parkir dekat LRT Glenmarie ni, diorang (orang ramai) pun kena letak kereta tepi jalan. Harap pihak Rapid KL dapat selesaikan masalah parkir dekat sini, mungkin buat parkir bertingkat yang lebih efisien,” kata seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@aawinn10)

Lelaki Dedah Kes Curi Bateri Kereta Kerap Berlaku Di LRT Glenmarie

Sebenarnya sudah banyak kes dilihat berlaku di LRT Glenmarie.

Seperti pada Mei lalu, seorang individu memberi peringatan kepada para pengguna LRT Glenmarie baik golongan lelaki mahupun wanita untuk sentiasa berjaga-jaga jika mereka meletakkan kenderaan di luar kawasan LRT terbabit.

Menurut lelaki itu, parkir di luar kawasan mempunyai risikonya tersendiri sebagai contoh, banyak kes kecurian bateri kereta dilaporkan berlaku di sana.

Sambil menunjukkan kereta di depannya, lelaki itu memaklumkan bahawa bateri kereta berkenaan sudah dicuri kali kedua oleh pelaku tidak bertanggungjawab selepas ditelakkan di situ.

Dia dalam masa sama berharap agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pihak LRT dapat memikirkan cara dan langkah penyelesaian kepada masalah terbabit.

Baca Artikel Berkaitan: “Susah Parking Terhad” – Lelaki Beri Amaran Kes Curi Bateri Di LRT Glenmarie Raih Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: “Minda Kelas Ketiga” – Penunggang Motosikal Parkir Sekitar Bus Stop Undang Kecaman

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kereta Digores Dalam Parkir Mall, Wanita Kesal Pengurusan Beri Alasan Tak Masuk Akal


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd