Now Reading
“You Pandu Kereta Ke Lori?” – Lelaki Sindir Wanita Cuba Keluar Parkir Cetus Kemarahan Ramai

“You Pandu Kereta Ke Lori?” – Lelaki Sindir Wanita Cuba Keluar Parkir Cetus Kemarahan Ramai

Menerusi perkongsian berkenaan, perbincangan tenang bertukar menjadi pertelingkahan selepas lelaki tersebut bertindak menyindir pemilik video.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Siapa sahaja yang tidak pernah melalui detik aneh melayani pelbagai ragam pemandu di jalan raya Malaysia ini. Setiap hari, ada sahaja kerenah masing-masing yang terkadang menghiburkan.

Pun begitu, tak semua berakhir dengan indah. Ramai cakna tentang karakter seseorang yang pelbagai. Terutamanya apabila berdepan dengan perkara yang menimbulkan ketidakpuasan hati.

Itulah yang terpaksa ditanggung oleh seorang wanita baru-baru ini apabila tindakannya meminta bantuan secara baik disambut pula dengan kata-kata sinis oleh seorang lelaki yang parkir secara menyusahkan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ikut Peraturan Tapi Tetap Kena Hon, Lelaki Persoal Sikap Sesetengah Pemandu Di Jalan Raya

Baca Artikel Berkaitan: Budaya Potong Spring Kereta Untuk Kosmetik, Ramai Tak Tahu Keburukan & Risikonya

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Puji Tindakan Lelaki Selamatkan Kucing Di Tengah Jalan Raya Sibuk

Tegur Dengan Baik, Tapi Dapat Sindiran Pedas

Menerusi satu perkongsian di akaun Threads (@giraffe.5373377), wanita ini berkongsi rakaman dashcam kenderaannya berdekatan kawasan parkir sebuah deretan kedai.

Dalam video berkenaan, kelihatan wanita itu sedang cuba mengundur kenderaannya dari kotak parkir.

Namun, sebuah kereta dipercayai model Proton Persona didapati diletakkan tidak jauh di belakangnya sehingga menyukarkan pergerakan keluar.

Walaupun kereta tersebut tidak sepenuhnya menghalang laluan, ia tetap menyebabkan kesulitan kepada wanita berkenaan untuk mengeluarkan kenderaannya secara selamat.

Menyedari keadaan itu, wanita tersebut meminta dengan nada sopan kepada pemilik kenderaan yang kebetulan berada di situ agar kenderaannya dialihkan.

Lelaki berkenaan dilihat pada awalnya akur, namun tiba-tiba menyuruh wanita itu mencuba sahaja dahulu sambil berdiri memerhati.

Apa yang kurang menyenangkan adalah tindakan lelaki terbabit yang tiba-tiba menyindir, “You pandu kereta ke lori?”, seolah-olah mempersendakan wanita berkenaan tidak pandai mengendalikan kenderaannya sendiri.

Soalan sinis yang diberi nyata membuatkan wanita tersebut terkilan kerana beranggapan tiada keperluan untuk memerli ketika dia hanya meminta tolong secara baik.

Wanita berkenaan kemudiannya menyuarakan rasa kurang senangnya kepada lelaki itu dengan nada tegas.

Lelaki itu bagaimanapun dilihat seakan-akan tidak mempedulikan teguran berkenaan. Pun begitu, dia tetap mengalihkan kenderannya di akhir video dan terus beredar.

View on Threads

Netizen Bengang, Anggap Lelaki Itu Tidak Bertimbang Rasa

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam reaksi lelaki berkenaan yang disifatkan tidak bertimbang rasa dan menyusahkan pengguna jalan raya lain.

Ramai yang mempersoalkan sikapnya yang bukan sahaja enggan memudahkan urusan orang lain, malah sempat pula menyindir dengan kata-kata yang boleh mengguris hati.

Tidak kurang juga yang menyokong tindakan wanita itu yang berani menyuarakan hak dan mempertahankan hak diri daripada menjadi mangsa buli (emosi).

Sumber: Threads @giraffe.5373377
Sumber: Threads @giraffe.5373377

Jalan Raya Dikongsi, Jangan Pentingkan Diri Sendiri

Sumber: MalayMail

Sebagai peringatan, jalan raya adalah ruang awam yang dikongsi semua orang. Apabila kita berada dalam posisi salah, tiada gunanya mempertahankan ego. Rendahkan diri, minta maaf dan bantu selesaikan masalah.

Kejadian kecil seperti ini boleh menjadi tegang hanya kerana sikap kurang budi bahasa dan enggan bertolak ansur. Apa yang pada awalnya boleh diselesaikan secara harmoni, berubah menjadi pertikaian yang tidak perlu.

Persis peribahasa Melayu, “Jangan kerana mulut, badan binasa”.

Kadangkala, satu ayat yang sinis boleh membawa kesan yang panjang. Maka, utamakan komunikasi yang baik dan akhlak yang mulia di jalan raya, dan di mana-mana sahaja.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tindakan Wanita Halau Tukang Kutip Sampah Parkir Lori Hadapan Rumahnya Raih Kecaman

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kereta Digores Dalam Parkir Mall, Wanita Kesal Pengurusan Beri Alasan Tak Masuk Akal

Baca Artikel Berkaitan: “Kalau Gesel, Jadi Salah Lori” – Kereta Parkir Sesuka Hati Tepi Jalan Di R&R Bikin Ramai Berang


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd