[Video] Pejalan Kaki Kongsi Sikap Pemandu & Rider Tidak Beri Laluan Di Lintasan Zebra
Menerusi video tular, kelihatan beberapa penunggang motosikal dan pemandu kereta melanggar lampu isyarat merah sehingga menyebabkan pejalan kaki tidak boleh berjalan di lintasan zebra.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Selain menaiki kenderaan sendiri dan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, ada juga segelintir individu yang berjalan kaki ke tempat kerja dari rumah mereka.
Pun begitu, ramai berkata laluan pejalan kaki di Malaysia ini tidak begitu selamat digunakan memandangkan masih ada rakyat yang tidak mempunyai kesedaran tentang keselamatan bagi golongan berkenaan.
Sebagai contoh, masih ramai tidak memberi laluan kepada individu yang mahu berjalan di lintasan zebra (zebra crossing).
Baca Artikel Berkaitan: Suka Berjalan Kaki? Ini 5 Bandar Mesra Pejalan Kaki & 3 Lokasi Sebaliknya
Baca Artikel Berkaitan: “Hormati Zebra Crossing” – Rider Ingatkan Orang Ramai Beri Laluan Kepada Pejalan Kaki
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kenari Selamba Ambil Shortcut Di Laluan Pejalan Kaki Untuk Elak Trafik Sesak
Wanita Dedah Keadaan Pejalan Kaki Di Ampang Park
Seperti baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila wanita dikenali sebagai Jasminer (@jasminer.fong) berkongsi suasana jalan raya yang sibuk sekitar Ampang Park, Kuala Lumpur.
Menerusi video perkongsian, kelihatan beberapa penunggang motosikal bersama pemandu kereta lain tidak berhenti walaupun lampu isyarat sudah bertukar merah.
Walaupun lampu isyarat untuk pejalan kaki sudah pun menyala, namun kenderaan di sana dilihat bergerak dengan laju dan ada yang terpaksa brek kecemasan.
Lebih parah lagi apabila ada beberapa buah kereta yang berhenti di lintasan zebra tanpa menghiraukan pejalan kaki di sana termasuklah Jasminer yang mahu melintas di jalan raya terbabit.
“Pejalan kaki sentiasa golongan yang paling kurang diutamakan di Malaysia,” kata Jasminer.
Aksi Pemandu Tak Berhenti Di Lintasan Zebra Boleh Undang Bahaya
Jelasnya, aksi masyarakat yang tidak prihatin tentang keadaan sekeliling itu mampu mengundang bahaya kepada orang ramai.
“Kenderaan langgar lampu merah selalu jadi isu dekat Ampang Park. Walaupun dekat lintasan zebra, pejalan kaki tak selamat,” ujarnya lagi.
@jasminer.fong Vehicles running the red light has always been an issue at Ampang Park. Even at the zebra crossing, pedestrians are not safe 🙂↔️
♬ original sound – jasminer.fong
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Beri Pendapat Mereka Tentang Nasib Pejalan Kaki Di Malaysia
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju dengan pandangan Jasminer.
“Kereta, lori dan bas okay lagi. Masalahnya dengan mentaliti penunggang motosikal,” kata seorang pengguna TikTok.
Malah ada juga individu berkata menggunakan kuasa memaparkan tangan kepada pemandu (power of hands) bagi menghentikan kenderaan yang bergerak tidak begitu berfungsi.
“Guna the power of hands overrated lebih-lebih lagi lintasan zebra,” kata seorang wanita.
Sementara itu, ada netizen berkata negara jiran lebih prihatin terhadap keselamatan kumpulan pejalan kaki.
“Saya pergi Singapura dan ya Tuhan cara mereka hormati pejalan kaki dekat sana (memang bagus). Kereta akan berhenti untuk pejalan kaki. Saya harap Malaysia lebih mesra berjalan,” kata seorang warganet.
“Sebab kebanyakan rakyat Malaysia tak berjalan dan negara ni tak dibina untuk berjalan kaki,” jelas seorang lagi lelaki.






Mat Saleh Persoal Kenapa Rider Di KL Guna Laluan Pejalan Kaki
Perkara ini bukan sahaja dipersetujui oleh penduduk tempatan, tetapi juga para pelancong yang bercuti di Malaysia.
Sebelum ini, seorang pelancong warga asing dikenali sebagai Chris Rodriguez mempersoal tindakan segelintir penunggang motosikal yang menggunakan laluan pejalan kaki di Kuala Lumpur.
Menerusi klip dikongsi, kelihatan Chris dan tunangnya yang sedang berjalan di kaki lima terpaksa memberi laluan kepada motosikal-motosikal tersebut.
“Memang gila, seumur hidup saya tak pernah saya lihat perkara sebegini. Tengok ini, mereka cuba melawan trafik,” katanya sambil berjalan di ibu kota.
Jelas Chris, perkara sebegitu menyebabkan pejalan kaki yang menggunakan kemudahan terbabit tidak selamat.
Baca Artikel Berkaitan: “Sangat Bahaya” – Mat Saleh Persoal Ada Rider Di KL Guna Laluan Pejalan Kaki [Video]
Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Kereta Mewah Selamba Parkir Di Laluan Pejalan Kaki & Selekoh Undang Kecaman
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Malaysia Dilanggar Ketika Berjalan Kaki di Johor-Singapore Causeway
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.