“Tanpa Tutup Aurat” – Wanita Kecewa MUA Post Video Makeup Ahli Keluarga Tanpa Kebenaran
Wanita dikenali sebagai Edd itu berkata, jurusolek berkenaan telah memuat naik video makeup adik-adik dan si ibu di media sosial tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sudah menjadi satu kebiasaan pada ketika ini apabila ramai di kalangan masyarakat akan menempah servis MUA (jurusolek artis) untuk mencantikkan diri bagi sesuatu majlis.
Mana tidaknya, bukan selalu kita dapat meraikan sesuatu yang istimewa itu sebagai contoh majlis pertunangan, perkahwinan, konvokesyen dan banyak lagi.
Bagi mempromosikan servis berkenaan, kebanyakan MUA akan muat naik hantaran memaparkan canvas bagi setiap jenis solekan di media sosial. Pun begitu, ada juga segelintir jurusolek yang melakukan perkara tersebut tanpa kebenaran tuan badan.
Wanita Tegur MUA Post Video Tak Tutup Aurat Di Media Sosial
Seperti baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Edd berkongsi satu kejadian menghampakan yang berlaku kepada ahli keluarga semasa majlis perkahwinannya.
Menurut Edd, dia telah mengupah seorang MUA dari Johor Bahru bagi mendandan ibu dan adik-adiknya semasa hari istimewa itu.
Namun lain pula yang terjadi apabila wanita itu mendapati MUA terbabit telah memuat naik hantaran video ahli keluarganya di media sosial tanpa kebenaran.
Lebih teruk lagi apabila video dikongsi memaparkan si ibu dan adik-beradik yang tidak menutup aurat dengan sempurna.
“Hancur luluh hati bila tengok (video) adik-adik dan ibu saya dimuat naik tanpa menutup aurat. Setakat ni selama upah MUA, rata-rata akan tanya, freehair atau bertudung.
“Siap minta izin sekiranya nak snap gambar atau video untuk upload. Tiada common sense langsung. Hari tu dah buat berperangai. Ini pun jadi lagi,” katanya.
MUA Hanya Balas ‘Ok’ Lepas Ditegur Pelanggan
Selepas ditegur, MUA terbabit hanya membalas dengan perkataan ‘ok’ tanpa sebarang penjelasan lain atau permohonan minta maaf.
Edd dalam masa sama menasihati si jurusolek agar meminta pelanggan memakai tudung atau pakaian bersesuaian bagi menjaga aurat agar kejadian sama tidak berulang lagi.
“Terima kasih ya atas pertimbangan. Kesian mak dan adik-adik saya. Saya cadangkan lepas ni minta pelanggan pakai anak tudung atau tudung sarung ya. Terima kasih akak,” ujar Edd kepada MUA berkenaan.
Selain itu, Edd turut berkongsi pengalaman buruk lain yang pernah dilaluinya sepanjang berurusan dengan jurusolek itu.
“Cakap kena gerak awal sebab aada customer lain walk in jam 11AM. Eh kau, aku dah buat bayaran penuh dua minggu awal terus banyak bunyi,” dakwanya.
View on Threads
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat MUA Muat Naik Video Tanpa Izin
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berang dengan tindakan MUA yang memuat naik hantaran pelanggan sesuka hati tanpa kebenaran.
“Tolong spill, saya nak elak jumpa MUA yang biadab tak reti nak jaga privasi pelanggan. Peduli la dengan periuk nasi dia tu. Siapa suruh tak jaga etika dengan pelanggan. Geram,” kata pengguna Threads.
Malah ada juga individu pernah menjadi mangsa MUA sebagai konten di platform media sosial.
“Saya pun stres. Saya dah cakap jangan muat naik gambar saya dekat mana-mana. Saya tak suka jadi canvas. Saya bayar hanya untuk makeup. Since saya pun memang tak pernah upload gambar saya. Alih-alih dia post dekat Facebook dengan TikTok,” ujar seorang wanita.
Sementara itu, segelintir individu turut mempersoalkan perangai MUA yang tidak meminta maaf kepada Edd atas kesalahan tersebut.
“Dah buat salah lepas tu balas okay je? Tak ada cakap minta maaf langsung ya. Wah wah, memang out betul perangai MUA ya,” kata seorang netizen.





Baca Artikel Berkaitan: “Aurat Dia!” – Wanita Kritik Warga Asing Guna Kipas & Aircond Ketika Rehat Dalam Surau Undang Kecaman
Baca Artikel Berkaitan: Makanan Kenduri Jadi Tak Cukup, MUA Nasihat Jangan Sesuka Hati Ajak Individu Lain Ke Majlis Kahwin Orang
Baca Artikel Berkaitan: Hormat Aurat Wanita, Sekumpulan Lelaki Cover Muka Tiap Kali Lalu Depan Ibu Rakan Raih Pujian
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.