Cikgu Jelaskan Kesan Telefon Pintar Pada Murid Walaupun Tak Dibawa Ke Sekolah
Guru itu berkata murid mengalami masalah brain rot akibat menonton skrin selama berjam-jam pada malam sebelumnya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Penggunaan telefon pintar dilihat seakan-akan sudah menjadi satu norma dalam kalangan remaja dan turut digunakan oleh kanak-kanak yang masih kecil.
Namun apa yang menjadi kegusaran adalah apabila konten yang ditonton oleh mereka tidak bersesuaian dan boleh menyebabkan ‘brain rot’.
Malah masalah ini juga boleh menjadikan kanak-kanak tidak dapat memberi fokus sepenuhnya ketika menghadiri sesi persekolahan.
Baca Artikel Berkaitan: “Terdedah Konten Seksual” – Pakar Anggap Telefon Bukan Satu Keperluan Untuk Pelajar Sekolah
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Ini Jelaskan Mengapa Animasi ‘Skibidi Toilet’ Berbahaya Buat Kanak-Kanak
Baca Artikel Berkaitan: Cikgu Terkejut, Anak Murid Bercita-Cita Nak Jadi Pemb*nuh Kerana Pengaruh Video Game
Cikgu Sedar Anak Murid Tak Mampu Fokus Di Dalam Kelas
Menerusi hantaran di laman Threads (@napiee), dia yang merupakan seorang guru berkata telefon pintar memberi kesan kepada anak muridnya walaupun peranti itu tidak dibawa ke sekolah.
Berdasarkan pemerhatiannya, murid-murid kelihatan tidak mampu untuk fokus ketika di dalam kelas.
Mereka juga dilihat lebih gelisah, cepat mengeluh dan perlu mengambil masa yang lama untuk menyiapkan suatu tugasan ringkas seolah-olah minda sudah berada dalam keadaan letih walaupun di awal pagi.
Cikgu Anggap Guna Telefon Pintar Sebelum Tidur Sebabkan Keadaan Ini
Dia berpendapat bahawa perkara ini disebabkan oleh penggunaan telefon pintar pada waktu malam sebelum tidur.
“Video pendek, game laju, kartun hyper. Otak mereka ‘dibakar’ perlahan-lahan tanpa kita sedar,” katanya.
Katanya mereka mengalami brain rot yang bermula sejak malam sebelum ke sekolah apabila menonton skrin selama berjam-jam sehingga otak tidak dapat berehat.
“Keesokan pagi, mereka datang ke sekolah tapi otak dah letih, tumpuan dah hilang. Otak mereka dibentuk oleh apa yang mereka tonton dan sayangnya, bukan semua yang mereka tonton itu mendidik,” ujarnya.
Kanak-Kanak Mengalami Brain Rot Akan Rasa Bosan Dengan Dunia Besar
Guru itu berkata dia memahami bahawa ibu ayah juga berasa penat dan memberi anak-anak menggunakan telefon pintar untuk berasa tenang buat seketika.
Namun apabila situasi ini mula menjadi rutin buat anak-anak, mereka akan berasa ketagih dengan keseronokan segera, seterusnya hilang minat untuk belajar.
Walaupun penggunaan telefon pintar oleh kanak-kanak sukar untuk dihalang sepenuhnya, namun ibu ayah boleh mengambil tindakan berikut:
- Tetapkan masa penggunaan skrin.
- Menapis konten yang bersesuaian.
- Sering mengajak anak untuk bersembang dan bermain bersama.
- Biarkan kanak-kanak berasa bosan kerana bagus untuk otak.
Tambahnya, kanak-kanak yang mengalami brain rot akan mula berasa bosan dengan dunia sebenar dan boleh menyebabkan dia malas belajar.
“Saya bukan marah. Saya cuma risau. Kalau kita tak ubah sekarang, kita akan lihat generasi yang laju berfikir, tetapi tidak tahu berfikir.
“Anak-anak kita bijak. Tetapi kita kena bantu mereka urus dunia digital. Sebab bila otak mereka rosak, sekolah tak cukup untuk ubahnya. Peranan sebenar bermula di rumah,” dia menegaskan perkara itu.
View on Threads
Ini 3 Tanda Anak Mengalami Brain Rot
Pempengaruh Md No sebelum ini pernah menerangkan tanda-tanda yang boleh diperhatikan oleh ibu ayah sekiranya anak mengalami masalah brain rot.
Masalah yang paling utama disebabkan oleh brain rot adalah mempunyai jangka masa perhatian (attention span) yang pendek, sekaligus menyebabkan kesukaran untuk fokus.
Selain itu, kanak-kanak yang mempunyai masalah ini akan sukar mengingati sesuatu dan cepat melupakan perkara yang telah didedahkan kepadanya sebelum itu.
Malah mereka juga akan mengalami kesukaran untuk membuat keputusan walaupun bagi hal yang remeh.
Dia turut menyenaraikan punca yang boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami brain rot iaitu:
- Ketagihan skrin.
- Kurang melakukan aktiviti sosial.
- Tidak melakukan aktiviti yang merangsang kecerdasan minda.
- Tidak mendapat tidur yang mencukupi, seterusnya menyebabkan fungsi otak merosot.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anak Kerap Tonton Skrin? Perhatikan Tanda-Tanda Ini Untuk Kenal Pasti ‘Brain Rot’
Baca Artikel Berkaitan: Nak Elak Beri Gajet Kepada Anak Kecil? Wanita Ini Kongsi 3 Tips Mudah Buat Ibu Bapa
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Mak Ayah Boleh Relate, Anak-Anak Kena Serah Gajet Lepas Cuti Sekolah Tamat
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.